Merah Putih: One for All | |
---|---|
Fail:Poster Merah Putih - One for All.jpg | |
Pengarah | Endiarto Bintang Takari |
Dihasilkan oleh | Toto Soegriwo |
Tarikh tayangan | 14 Ogos 2025 |
Masa tayangan | 70 minit |
Negara | Indonesia |
Bahasa | Indonesia |
Bajet | Rp 6.7 bilion[1] |
Merah Putih: One for All ialah sebuah filem animasi pengembaraan Indonesia 2025 yang diarahkan oleh Endiarto dan Bintang Takari, dengan animasi oleh Perfiki Kreasindo. Bertemakan sambutan hari kemerdekaan Indonesia, filem ini menceritakan sekumpulan anak yang mengembara untuk mencari bendera Merah Putih yang dicuri agar dapat digunakan dalam sambutan kemerdekaan di kampungnya. Filem ini bakal ditayangkan pada 14 Ogos 2025, bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan ke-80 Indonesia. Walau bagaimanapun, filem ini mendapat kritikan meluas oleh sebab kualiti animasinya yang serba buruk, mendorong pelbagai persoalan tentang pembikinan filem tersebut.[2]
Sinopsis
Sebuah kampung bakal meraikan hari kemerdekaan Indonesia dengan sebuah pesta setempat. Pembesar kampung, Pak Lurah, mengumpulkan beberapa orang kanak-kanak kampung lalu membentuk sebuah pasukan bernama Tim Merdeka, terutamanya untuk menjaga bendera Indonesia yang bakal digunakan semasa pesta tersebut.[3] Walau bagaimanapun, tidak lama sebelum sambutan dijalankan, bendera tersebut tiba-tiba hilang, mendorong Tim Merdeka untuk berusaha mencari bendera itu. Tim Merdeka meredah hutan hingga menjumpai golongan yang mencuri bendera itu, tetapi menuntut sesuatu sekiranya ingin bendera itu dipulang semula.[2]
Penerbitan
Filem ini dikatakan mula dihasilkan pada Jun 2025, hanya dua bulan sebelum masa mula tayang.[3]
Rujukan
- ^ Farida, Kimda (10 Ogos 2025). "Film Animasi "Merah Putih One For All" Tersandung Kontroversi: Anggaran Rp 6,7 Miliar, Trailer Diduga Penuh Aset Beli". Lombok Post (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 10 Ogos 2025.
- ^ a b "Trailer Film Animasi Merah Putih: One for All Bikin Netizen 'Nyerah'". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 8 Ogos 2025. Dicapai pada 10 Ogos 2025.
- ^ a b "Pembuat Film Animasi Merah Putih Buka Suara Usai Viral di Medsos". CNBC Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 9 Ogos 2025. Dicapai pada 10 Ogos 2025.