| Nama asli | Maybach |
|---|---|
| Dinamakan sempena | Wilhelm Maybach |
| Jenis/bentuk sah | Bahagian |
| Industri | Automotif |
| Ditubuhkan | 1909 |
| Pengasas | Wilhelm Maybach |
| Dibubarkan | 2013 |
| Nasib | Diserap oleh Mercedes-Benz sebagai subjenama |
| Pengganti | Mercedes-Maybach |
| Ibu pejabat | Stuttgart, Jerman |
| Keluaran | Kenderaan mewah |
| Pemilik | Daimler AG |
| Syarikat induk | Daimler AG |
| Tapak web | Maybach |
| sunting · sunting di Wikidata | |

Maybach Motorenbau (Sebutan bahasa Jerman: [ˈmaɪ.bax][1]) ialah syarikat pengeluar kereta Jerman yang tidak lagi beroperasi yang kini wujud sebagai subjenama Mercedes-Benz. Syarikat ini diasaskan pada tahun 1909 oleh Wilhelm Maybach dan anaknya, yang pada asalnya merupakan anak syarikat Luftschiffbau Zeppelin GmbH dan sendiri dikenali sebagai Luftfahrzeug-Motorenbau GmbH hingga tahun 1912.
Pada tahun 1960, Maybach diperolehi oleh Daimler-Benz. Jenama itu kembali sebagai jenama kereta mewah sendiri pada akhir abad ke-20, berkongsi komponen penting dengan Mercedes-Benz. Selepas jualan yang perlahan, nama Maybach kembali lagi sebagai subjenama Mercedes-Benz, yang dimiliki oleh Daimler AG. Daimler kini mengeluarkan edisi ultra mewah Mercedes-Benz S-Class di bawah jenama Mercedes-Maybach.[2]
Lihat juga
- Ulasan tentang Jenama Maybach Diarkibkan 2017-12-01 di Wayback Machine
Rujukan
- ^ "Wilhelm Maybach". Forvo, the pronunciation dictionary. Dicapai pada 24 August 2012.
- ^ Tschampa, Dorothee (11 November 2014). "Mercedes Revives Maybach Name to Challenge Rolls-Royce". Bloomberg.









