![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (May 2025)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Matcha | |
---|---|
![]() | |
Jenis | Hijau |
Nama lain | 抹茶, "teh giling" |
Asal | tanah besar China |
Penerangan kilat | Teh hijau dikisar batu cara Jepun |
Matcha[i] (抹茶, disebut [mat.tɕa]) adalah serbuk halus daun teh hijau yang diproses khas; tumbuhan Camellia sinensis ditanam di bawah teduhan[1][2][3] menghasilkan lebih banyak teanina dan kafeina. Serbuk matcha dibancuh dengan air panas[4] atau susu panas sebelum diminum. Ia banyak dihasilkan di Jepun.[5]
Jenis teh ini berasal dari China dan disebarkan ke Jepun semasa dinasti Song oleh seorang sami Zen bernama Eisei pada 1214; beliau menulis buku bertajuk Kissa Yōjōki (喫茶養生記) yang menerangkan cara daun-daun teh dipetik pada waktu pagi, dikukus serta-merta dan dipanggang kering selama semalaman.[6] Jenis teh ini dihentikan penghasilannya di China oleh Maharaja Zhu Yuanzhang yang memerintah Dinasti Ming.[7] Nama matcha
Nama serantau | |||||||
Nama bahasa Cina | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Cina | 抹茶 | ||||||
| |||||||
Nama bahasa Jepun | |||||||
Kanji | 抹茶 | ||||||
Kana | まっちゃ | ||||||
| |||||||
Nama bahasa Korea | |||||||
Hangul | 말차 | ||||||
Hanja | 末茶 | ||||||
Perumian Semakan | malcha | ||||||
McCune–Reischauer | malch'a | ||||||
Nama alternatif bahasa Korea | |||||||
Hangul | 가루차 | ||||||
Perumian Semakan | garucha | ||||||
McCune–Reischauer | karuch'a |
Penghasilan
[sunting | sunting sumber]Ia adalah khusus dalam dua aspek pertanian dan pemprosesan: tumbuhan teh hijau untuk matcha adalah teduh-tumbuh selama kira-kira tiga minggu sebelum musim menuai dan batang dan urat dikeluarkan dalam pemprosesan. Gabungan bahan kimia ini dianggap sebagai pertimbangan untuk orang-orang tenaga yang tenang mungkin merasa dari minum matcha.
Pokok-pokok teh ditutup menggunakan kain serau selama 2-3 minggu.[2] Daun-daun pucuk teh yang dipetik selepas penumbuhan ini disebut tencha (碾茶); tencha dikukus pada suhu 100 °C selama 10–15 saat untuk melembutkan dan mematikan enzim pengoksidaan. Daun-daun ini kemudiannya dikeringkan dalam mesin pada 170–200 °C dan dihamparkan dalam tali sawat yang membawa ke alat penggiling.[8]
Penyediaan
[sunting | sunting sumber]Orang Jepun minum matcha selepas makan kuih. Air matcha dibancuh dengan menceduk serbuk teh menggunakan sudu khas (茶杓, chashaku) ke dalam mangkuk besar (茶碗, chawan) dan dikacau menggunakan pemukul buluh (茶筅, chasen) sehingga sebati.[9]
-
Pemukul, mangkuk dan sudu untuk membancuh air matcha
-
Serbuk matcha dikacau menggunakan pemukul chasen
Air matcha ada jenis yang pekat berbuih (薄茶, usucha) dan jenis yang cair (薄茶, koicha);[10] minuman usucha dibancuh dengan air yang bersuhu lebih panas daripada minuman koicha.[11]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "Matcha" daripada perumian Hepburn perkataan まっちゃ maccha, perumian kunrei-shiki (ISO 3602)-nya adalah "mattya". "Maccha" adalah perumian yang tidak standard mahupun biasa.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "3 Terms and definitions, 3.18 matcha tea". ISO 20715:2023 Tea — Classification of tea types. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2020. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ a b 消費者庁 食品表示企画課. "食品表示基準Q&A" (PDF). m/s. 25. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 April 2024. Dicapai pada 20 Mac 2024.
- ^ "緑茶の表示基準" (PDF). 公益社団法人日本茶業中央会. m/s. 21. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 Mac 2024. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ 公益社団法人日本茶業中央会 (2017). 新版 日本茶の図鑑 [New Edition: Illustrated Guide to Japanese Tea]. マイナビ出版. m/s. 30. ISBN 978-4839963545.
- ^ Heiss & Heiss 2007, m/s. 170.
- ^ 千宗 (1958). Sen, Soshitsu (penyunting). 茶道古典全集 [Complete Collection of Tea Ceremony Classics] (dalam bahasa Jepun). 1. Tankō Shinsha. m/s. 13. doi:10.11501/2466377.
- ^ Heiss & Heiss 2007, m/s. 16.
- ^ Haraguchi, Kenji (2015). "抹茶の特徴" [Ciri-ciri Matcha]. Japan Association on Odor Environment (dalam bahasa Jepun). 46 (2): 121–126. doi:10.2171/jao.46.121.
- ^ Soryu Tanaka (17 Disember 2017). "お抹茶より先にお菓子を頂く理由". 三日月茶道教室 (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2024. Dicapai pada 12 Disember 2024.
- ^ Walloga, April. "Americans are obsessed with matcha tea — but we're drinking it all wrong". Business Insider. Dicapai pada 9 September 2025.
- ^ 橋本城岳 (6 September 2018). "濃茶と薄茶の違いや入れ方を動画と写真で解説!茶道の抹茶碗の違いも説明". 抹茶碗 (dalam bahasa Jepun). 京焼窯元. Dicapai pada 9 September 2025.
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]- Heiss, Mary Lou; Heiss, Robert J. (2007). The Story of Tea: A Cultural History and Drinking Guide. New York, Amerika Syarikat: Ten Speed Press. ISBN 978-1-60774-172-5.