Mat Tudung Begins | |
---|---|
Pengarah | Fizz Fairuz |
Penulis | Aloy Paradoks |
Lakon layar | Fizz Fairuz |
Dihasilkan oleh | Fizz Fairuz |
Dibintangi | Fizz Fairuz Achey Bocey Isyariana Che Azmi |
Disunting oleh | Shah Reese |
Syarikat penerbitan | Rain Maker Creation |
Diedarkan oleh | Empire Film Solution |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Mat Tudung Begins (juga dikenali sebagai Mat Tudung 2) ialah sebuah filem komedi Malaysia 2023. Ia adalah prekuel kepada Mat Tudung (2014), dan bagimana 2 lelaki yang menyamar sebagai wanita.
Sinopsis
Mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Johari yang bekerja di sebuah hotel. Hotel tempat dia berkerja bakal menerima kedatangan juri The Forbest – iaitu sebuah badan penilai yang akan membuat penilaian sama ada hotel berkenaan layak mendapat tambahan bintang atau tidak. Namun pihak hotel diberitahu bahawa juri akan datang secara rahsia dan membuat penilaian selama satu minggu. Ini sangat menggusarkan Abang Gee iaitu pengurus hotel tersebut.
Kemudian Johari bersama rakan sekerjanya, Sabri mula mengesyaki bahawa sebuah keluarga yang datang menginap di situ adalah juri The Forbest. Ini kerana lagak dan gerak-geri keluarga Dato Wahab dan Datin Mun bersama anak mereka, Neesa sangat mencurigakan dan mereka tidak kelihatan seperti keluarga yang sebenarnya. Johari juga cuba mendekati Neesa, tetapi gagal. Akhirnya Johari menggunakan kaedah menyamar menjadi seorang wanita bertudung bernama Johana, semata-mata mahu rapat dan mendekati Neesa.[1]
Pelakon
Pelakon utama
- Fizz Fairuz sebagai Johari / Johanna
- Achey Bocey sebagai Sabri / Sabrina
- Isyariana Che Azmi sebagai Neesa
Pelakon pembantu
- Mamak Puteh sebagai Ali
- Kazar Saisi sebagai Dato' Wahab
- Mimi Peri sebagai dirinya sendiri
- Maryam Kimchi sebagai Datin Moon
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Madam Lola
- Acong Sweetchild sebagai Khalid
- Zed Zaidi
- Jasmin Hamid
- Riezman Khuzaimi
- Shashic Iewan
- Abang G sebagai Abang G
- Jiggy Masin sebagai Tukang Urut Batin
- Fathil Dani sebagai Pak Kassim
- Mak Wan sebagai Makcik Salmah
Penampilan khas
- Izzue Islam sebagai Azhar