Malam Terlarang | |
---|---|
Pengarah | Nurhanisham Muhammad |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Nurhanisham Muhammad |
Muzik oleh | MonoloQue |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Malam Terlarang merupakan sebuah filem seram Malaysia 2025 arahan Nurhanisham Muhammad. Filem yang dibintangi oleh Shasha Abedul, Zul Ariffin, Sofia Jane, Aila Azizul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Sadiq M. Jamil dan Haneesya Hanee. Filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 30 Oktober 2025.
Sinopsis
Mawar merupakan gadis berusia 18 tahun yang terpaksa menangguhkan impiannya sebagai wartawan demi menjaga ibunya, Sarimah, dengan bantuan kakak tirinya, Safar. Namun segalanya berubah selepas kematian mengejut dalam keluarga mereka membawa kepada gangguan makhluk misteri yang memaksa Mawar menyiasat rahsia di sebalik tragedi itu.
Dalam masa sama, bapanya Omar sibuk dengan kempen politik bagi menggulingkan ketua partinya, Haji Wahid. Ketika penyiasatan semakin dalam, Mawar berdepan kejadian paranormal mengerikan yang dipandang remeh oleh ahli keluarganya. Akhirnya, dia dan bapanya perlu berhadapan musuh sebenar untuk membebaskan diri daripada kuasa gelap yang menghantui hidup mereka.
Pelakon
- Shasha Abedul sebagai Mawar
- Zul Ariffin sebagai Omar Haji Mokhtar
- Sofia Jane sebagai Sarimah
- Aila Azizul sebagai Safar
- Sabri Yunus sebagai Haji Mokhtar
- Normah Damanhuri sebagai Mak Noni
- Hasnul Rahmat sebagai Haji Wahid
- Amir Nafis sebagai
- Sadiq M. Jamil sebagai
- Haneesya Hanee sebagai Pamakbul
- Eric Chen sebagai
- Muhammad Aniq Ammar sebagai Omar (kecil)