Koordinat: 5°23′04″N 101°03′25″E / 5.38451°N 101.05687°E
Maktab Rendah Sains MARA Gerik مكتب رنده ساءين س مارا ڬريق | |
---|---|
Alamat | |
Bukit Nasah Jalan Baling - Kuala Kangsar Gerik, 33300, Perak Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM Gerik (MARESMAG) |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | 1993 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | Pn. Juliati binti Abdul Jalil |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | En. Rahizad bin Hashim |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Mohd Syafiq Adili bin Shukran |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | En. Md Kahruddin bin Ismail |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program Premier |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Our Excellence, Our Responsibility |
Nama alumni | ANSARA Gerik |
Laman sesawang | gerik |
Kali terakhir dikemaskinikan: 21 Jun 2024 |
Maktab Rendah Sains MARA Gerik (singkatan: MRSM Gerik) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Gerik, Perak.
Sejarah
Penubuhan maktab
MRSM Gerik beroperasi sepenuhnya pada Januari 1994, dengan kemasukan 98 orang pelajar Tingkatan 2 dan 146 orang pelajar Tingkatan 1. Sehingga Mei 1995 bilangan pelajar MRSM Gerik ialah seramai 336 orang. Di awal pengoperasian MRSM Gerik, terdapat kekurangan dan gangguan dalam operasi. Paling ketara, dalam peringkat awal adalah gangguan bekalan air dan elektrik akibat kerja - kerja melebar dan meluaskan jalan antara Gerik dan Lawin.
Senarai pengetua
Nama | Mula berkhidmat | Tamat berkhidmat |
---|---|---|
Tuan Hj. Zakaria bin Mohd Noor | Oktober 1993 | Mac 2001 |
Tuan Hj. Shafie bin Teh | April 2001 | Disember 2003 |
Tuan Hj. Arshad bin Omar | Januari 2004 | Disember 2006 |
En. Sa’imin bin Jumari | Disember 2006 | Jun 2010 |
Tuan Hj. Md Noh bin Jani | Julai 2010 | Januari 2018 |
En. Ammar bin Ab Rahman | Januari 2018 | Disember 2019 |
Tuan Hj. Muhamad Abu Bakar bin Ismail | Januari 2020 | November 2023 |
Puan Juliati binti Abdul Jalil | Disember 2023 | Kini |
Lagu rasmi
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Insiden
Keracunan makanan
Pada tahun 2018, seramai 23 orang pelajar dihantar ke Hospital Gerik dan poliklinik berdekatan kerana menunjukkan simptom keracunan makanan[1]. Ianya berpunca daripada juadah spageti dengan daging cincang yang merupakan hidangan sarapan pada waktu hujung minggu[2]. Daripada 23 orang pelajar, 11 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan dirawat sebagai pesakit luar[1].
Pada tahun 2023, seramai 60 orang pelajar mengalami keracunan makanan dan dirawat sebagai pesakit luar oleh pasukan perubatan bergerak[3]. Ianya berpunca daripada juadah ayam masak merah ketika para pelajar sedang berbuka puasa di hujung minggu[4]. Pelajar di situ mendapati juadah yang dihidang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan berpunca daripada ayam mentah yang telah rosak[3].
Rujukan
- ^ a b Mohd Arop, Mohd Hafizee (10 Januari 2018). "Sarapan tercemar". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2018. Dicapai pada 21 Jun 2024.
- ^ Noordin, Shafiq (9 Januari 2018). "23 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2018. Dicapai pada 21 Jun 2024.
- ^ a b Ramli, Liyana (5 April 2023). "60 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2023. Dicapai pada 21 Jun 2024.
- ^ Mohd Ali, Abd Razak (5 April 2023). "60 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2023. Dicapai pada 21 Jun 2024.
Lihat juga