Makcik Kamariah | |
---|---|
Kelahiran | Kamariah binti Ahmad 1911 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1956–1959 |
Majikan | Malay Film Productions |
Terkenal kerana | Bujang Lapok |
Makcik Kamariah atau lebih dikenali sebagai Kamariah Ahmad merupakan seorang pelakon wanita Singapura. Beliau terkenal watak tambahan sebagai mak cik dalam filem Bujang Lapok arahan P. Ramlee.
Kehidupan awal dan kerjaya
Nama sebenarnya ialah Kamariah Ahmad. Beliau lahir di Singapura pada tahun 1911. Meskipun sering tampil hanya sebagai pelakon tambahan, wajahnya begitu dekat di hati penonton. Beliau memulakan langkah kecil dalam dunia perfileman dengan muncul dalam filem Anak-ku Sazali sebagai orang gaji Hassan, diikuti dengan peranan orang kampung dalam Semerah Padi, dan makcik yang memberikan sebungkus beras dan tebu kepada Belalang sebagai upah membantu kerja rumahnya dalam filem Nujum Pak Belalang.
Menariknya, Kamariah Ahmad tinggal berdekatan dengan Studio Jalan Ampas. Kerana itulah beliau sering dipanggil menjadi tambahan dalam pelbagai filem. Walaupun sekadar watak kecil, setiap kemunculan beliau menambah warna, menyempurnakan babak dan membuatkan suasana filem terasa lebih hidup.
Sehingga kini, riwayat hidupnya terus diliputi misteri. Tiada siapa yang tahu bila dia pergi meninggalkan dunia ini.
Nama Makcik Kamariah mungkin tidak dikenali namun lakonannya dalam beberapa filem Melayu klasik kekal abadi dalam ingatan kita. Ini menjadi bukti bahawa pelakon tambahan juga mempunyai tempat yang istimewa dalam sejarah perfileman Melayu. [1]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1956 | Semerah Padi | Orang kampung | Filem pertama, pelakon tambahan |
Anak-ku Sazali | orang gaji Hassan | Pelakon tambahan | |
1957 | Bujang Lapok | mak cik | Pelakon tambahan |
1959 | Nujum Pak Belalang | Penduduk kampung | Filem terakhir, pelakon tambahan |