Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Makam Diraja Langgar merupakan sebuah makam diraja negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Langgar merupakan sebuah penempatan di Kedah yang telah wujud sejak 1700-an. Ketika itu jalan pengangkutan untuk pergi ke Langgar adalah melalui laluan sungai dari Bukit Pinang. Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sultan Abdullah Muazzam Shah telah telah memilih Langgar sebagai tempat pemerintahannya dan apabila baginda meninggal pada 1706, baginda telah dimakamkan di Langgar. Sejak dari itu, kesemua Sultan Kedah dan kerabat di raja Kedah telah dimakamkan di permakaman diraja di Langgar. Diantara tokoh yang dimakamkan di Langgar termasuk Tunku Abdul Rahman, perancang kemerdekaan Malaysia, dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah sendiri telah memilih untuk dikebumikan di Langgar dan bukannya di makam pahlawan, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Makam-Makam Sultan
[sunting | sunting sumber]- Sultan Abdullah Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Ataullah Muhammad Shah II (died 1706).
- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I ibni Almarhum Sultan Abdullah Mu'adzam Shah (died 1710).
- Sultan Zainal Adilin Mu'adzam Shah II ibni Almarhum Sultan Abdullah Mu'adzam Shah (died 1778).
- Sultan Abdullah Mukarram Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (died 1797).
- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah (died 1843).
- Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (died 1854).
- Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (died 1879).
- Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (died 1881).
- Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (died 1943).
- Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (died 1958).
- Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (died 2017).
Makam-Makam Sultanah
[sunting | sunting sumber]- Paduka Seri Cik Hajjah Manjalara binti Luang Naraburirak.
- Tunku Sofiah binti Almarhum Tunku Mahmud.
- Sultanah Asmah binti Almarhum Sultan Haji Sir Sulaiman Badrul Alam Shah.
- Sultanah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman (died 2003)
Makam-Makam Kerabat Diraja
[sunting | sunting sumber]- Tunku Haji Sir Dhiauddin Osman al-Mu'azzam Shah III ibn Almarhum Sultan Zainal Rashid al-Mu'azzam Shah I - Raja Muda Kedah (m; 1909).
- Tunku Haji Sir Muhammad Bahauddin Shah (m; ....)
- Tunku Haji Sir Haiddir Ali Shah I
- Tunku Haji Sir Daud al-Salim Osman Shah (m; ....)
- Tunku Haji Sir Haiddir Ali Shah II (m; ....) - Datuk kepada Que Haidar
- Tunku Haji Sir Daud al-Salim Osman Shah (m; ....)
- Tunku Dato' Sri Haji Mohammad Jewa Shah ibni Almarhum Haji Sir Sultan Abdul Hamid Halim Shah – Tunku Temenggung Kedah, kekanda kepada Tunku Abdul Rahman Putra (mangkat; 1977).
- Jeneral Tunku Tan Sri Haji Osman Khalid Shah ibni Almarhum Tunku Temenggung Haji Mohammad Jewa Shah – Jeneral Angkatan Tentera Malaysia pertama (mangkat; 1994).
- Tunku Datuk Haji Ismail Khallid Shah ibni Almarhum Tunku Temenggung Haji Mohammad Jewa Shah – Universiti Sains Malaysia (USM) (mangkat; 2009).
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Sir Abdul Hamid Halim Shah – Perdana Menteri Malaysia pertama (1955-1970), juga dikenali sebagai "Bapa Kemerdekaan" (mangkat; 1990).
- Tun Sharifah Hajjah Rodziah binti Syed Haji Alwi Barakbah – Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Pasangan Perdana Menteri Malaysia pertama (mangkat; 2000).
- Tunku Yahaya ibni Almarhum Sultan Haji Sir Abdul Hamid Halim Shah - MB Kedah (1882-1891) (m).
- Tunku Annuar ibni Almarhum Sultan Badlishah – Tunku Bendahara Kedah dan Pemangku Sultan semasa kekanda beliau Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong kali-14 (2011 - 2016) (mangkat; 2014).
- Tunku Raudzah binti Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah – Raja Puan Muda Kedah dan isteri kepada Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah (mangkat; September 2015).
- Tunku Hamidah binti Almarhum Sultan Badlishah – saudara wanita Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (mangkat; Oktober 2015).
- Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah – Raja Muda Kedah (mangkat; November 2015).
- Tunku Sarina binti Almarhum Tengku Abdul Aziz (Terengganu) - Anakanda angkat kepada Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Bahiyah (mangkat; 1991).
Makam-Makam bukan Kerabat Diraja
[sunting | sunting sumber]- Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail - bekas Perdana Menteri Kedah (meninggal 1898)