(Dilencongkan daripada Makam Diraja Langgar)

Makam Diraja Langgar terletak bersebelahan Masjid Langgar di Jalan Langgar, dalam mukim Langgar, dalam jajahan Kota Bharu, Kelantan. Di makam ini dimakamkan kerabat diraja Kelantan.[1]
Makam-makam
| Kerabat | Hayat (Masihi) | Nota | Rujukan |
|---|---|---|---|
| Sultan Long Yunus | 1720 - 1798 | Nama baginda ialah Long Yunus ii bin Long Sulaiman dan dianggap sebagai Raja Kelantan pertama yang menyatukan keseluruhan negeri Kelantan seperti sekarang | [2] |
| Sultan Muhammad I | 1741 - 1835 | Nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera ke-6 Long Yunus. Baginda tidak mempunyai putera. | [3] |
| Sultan Muhammad II | 1794 - 1886 | Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah dan merupakan putera kepada Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan bin Paduka Seri Sultan Long Yunus dan menantu kepada Engku Long Seri bin Tengku Sri Maharaja Perdana Mantri Long Gafar | [3] |
| Sultan Muhammad III | 1845 - 1890 | Nama asal baginda ialah Long Kundor dan merupakan putera sulung Sultan Ahmad dan ayahanda kepada Sultan Muhammad IV. | [1] |
| Sultan Mansur | ? | Nama asal baginda ialah Long Mansor dan merupakan putera Sultan Ahmad, dan adinda Sultan Muhammad III. | [1] |
| Sultan Muhammad IV ibni Sultan Muhammad III | 1870 - 1920 | Nama asal baginda ialah Long Senik dan merupakan putera Sultan Muhammad III. Baginda merupakan ayahanda kepada Sultan Ismail dan Sultan Ibrahim. | [1] |
| Sultan Ismail ibni Sultan Muhammad IV | 1880 - 1944 | Baginda merupakan putera Sultan Muhammad IV. Baginda tidak mempunyai putera. | [1] |
| Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhammad IV | 1897 - 1960 | Baginda merupakan putera Sultan Muhammad IV dan ayahanda kepada Sultan Yahya Petra. | [1] |
| Sultan Yahya Petra ibni Sultan Ibrahim | 1917 - 1979 | Baginda merupakan putera kepada Sultan Ibrahim, dan ayahanda kepada Sultan Ismail Petra. | [1] |
| Sultan Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra | 1949 - 2019 | Baginda merupakan putera kepada Sultan Yahya Petra, dan ayahanda kepada Sultan Muhammad V | 0 00000 |
| Raja Temenggong Aria Pahlawan Long Haji Tan | ? - 1835 | Baginda merupakan adinda kepada Sultan Muhammad I, dan ayahanda kepada Sultan Muhammad II. | [3] |
| Raja Bendahara Long Haji Jenal | ? | Baginda merupakan anak anda ke 5 kepada Long Yunus, dan adinda kepada Sultan Muhammad I. Pernah menjadi Raja Kelantan dengan gelaran Yamtuan Kelantan selama 3 tahun sebelum melepaskannya kepada putera saudaranya, Long Senik Mulut Merah | [1] |
| Tengku Haji To' | - | - | [3] |
| (Raja Dewa) Tengku Haji Zainal Abidin ibni Sultan Haji Sir Muhammad III | ? | Tengku Zainal Abidin merupakan putera kepada Sultan Muhammad III. Menjadi Raja Muda Kelantan semasa kekandanya Sultan Muhammad IV. Melepaskan jawatan Raja Muda kepada Tengku Sri Indra Mahkota Ismail (Sultan Ismail I) yang merupakan anak saudaranya. Bersebelahan dengan maqam Tengku Zainal Abidin ialah maqam puteranya iaitu Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah, ayahanda Tengku Razaleigh dan merupakan Menteri Besar Kelantan yang terakhir yang dilantik oleh Sultan tanpa melalui pilihanraya (1950-1955) | [1] |
| Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin Tengku Temenggong Tengku Long Abdul Ghaffar | 1908 - 1989 | Tengku Long Ahmad merupakan anakanda kepada Tengku Temenggong Tengku Long Abdul Ghaffar Ibni Sultan Muhammad II. Tengku Long Ahmad merupakan ayahanda kepada dua orang Sultanah Johor iaitu Sultanah Nora dan Sultanah Zanariah | 000000 |
| Tengku Sri Maharaja Tengku Haji Mohammad Hamzah bin (Raja Dewa) Tengku Haji Zainal Abidin | 00 | 00 | 00 |
| 00 | 00 | 00 | |
| Tengku Temenggong Tengku Haji Abdul Rashid Ibni Sultan Haji Sulaiman Badrul Alam Shah Terengganu | 1926 - 2010 | Tengku Abdul Rahid merupakan anakanda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Terengganu yang berkahwin dengan Tengku Petri binti Sultan Ibrahim Kelantan, Tengku Abdul Rashid merupakan ayahanda kepada Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis[4] | 000 |
| Tengku Sri Utama Raja Tengku Haji Abdul Aziz bin Tengku Sri Maharaja Tengku Haji Mohammad Hamzah | 1933 - 2020 | Tengku Abdul Aziz merupakan putera ke 3 kepada Tengku Sri Maharaja Tengku Mohammad Hamzah dan ayahanda kepada Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Rizam. Bersebelahan dengan makam Tengku Abdul Aziz ialah maqam nendanya iaitu Raja Dewa Tengku Zainal Abidin | 00000 |
Rujukan
Bibliografi
- Sapiee, Radzi (6 Julai 2011). "Makam (Tomb of) Long Yunus" (dalam bahasa Inggeris dan Melayu). Dicapai pada 5 November 2011. Unknown parameter
|month=ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: unrecognized language (link) - Sapiee, Radzi (7 Julai 2011). "Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 19 (Tombs of Sultans of Kelantan in the 19th century)" (dalam bahasa Inggeris dan Melayu). Dicapai pada 4 November 2011. Unknown parameter
|month=ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: unrecognized language (link)








