Mahindra & Mahindra Limited ialah syarikat pembuatan kereta multinasional India yang beribu pejabat di Mumbai, Maharashtra, India. Ia ditubuhkan pada tahun 1945 sebagai Mohammad & Mahindra dan kemudian dinamakan semula sebagai Mahindra dan Mahindra. Ia adalah salah satu pengeluar kenderaan terbesar dengan pengeluaran di India dan pengilang terbesar traktor di dunia.[3] Ia merupakan sebahagian daripada Kumpulan Mahindra, konglomerat India.
Ia menduduki tempat ke-21 dalam senarai syarikat teratas di India oleh Fortune 500 India pada tahun 2011.[4] Pesaing utamanya di pasaran India termasuk Maruti Suzuki dan Tata Motors.[5]