Macai | |
---|---|
Pengarah | Shanjhey Kumar Perumal |
Penulis | Shanjhey Kumar Perumal |
Dihasilkan oleh | Shanjhey Kumar Perumal Sivanantham Perianan |
Dibintangi | Karnan G. Crack Kuben Mahadevan Irfan Zaini Fabian Loo Tinesh Sarathi Krishnan Susan Lankester |
Sinematografi | Gwai Lou |
Disunting oleh | Akashdeep Singh |
Muzik oleh | Neroshen Thanaseharan |
Syarikat penerbitan | Skyzen Studios |
Diedarkan oleh | Pocketplay Films |
Tarikh tayangan | 13 November 2025 |
Masa tayangan | 105 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Tamil Melayu Hokkien |
Macai ialah sebuah filem drama jenayah Malaysia berbahasa Tamil yang diarahkan oleh Shanjhey Kumar Perumal (juga dikenali sebagai Sun-J Perumal). Filem ini merupakan sebahagian daripada trilogi spiritual yang bermula dengan filem kultus Jagat (2015), dan diteruskan dengan filem satira romantik Blues (2025). Macai dipilih sebagai satu-satunya filem Malaysia yang ditayangkan di International Film Festival Rotterdam (IFFR) 2025 dalam kategori utama Big Screen Competition.[1]
Filem ini mengisahkan seorang pemuda yang terjebak dalam kancah politik jalanan, sindiket jenayah dan manipulasi kuasa dalam masyarakat pasca-Merdeka. Dengan gaya penceritaan yang suram dan penuh realisme, *Macai* menyorot nasib golongan marhaen yang dijadikan alat (macai) oleh sistem yang korup.
Pelakon
- Karnan G. Crack sebagai Siam
- Kuben Mahadevan sebagai Oosi
- Irfan Zaini sebagai Jack
- Fabian Loo sebagai Ah Seng
- Subashini Asokan sebagai Gadis tiada nama
- Susan Lankester sebagai Ibu
- Myrra Baity sebagai Apple
Produksi
Macai merupakan filem kedua dalam trilogi arahan Shanjhey Kumar yang meneroka tema sosial dan identiti dalam komuniti India Malaysia. Berlatarbelakangkan era pasca-kemerdekaan, filem ini menyajikan naratif yang lebih gelap berbanding Jagat, dengan pendekatan sinematik yang lebih matang.
Filem ini diterbitkan oleh Skyzen Studios dan diedarkan oleh Poketplay. Ia menampilkan pelakon seperti Karnan Kanapathy dan Kuben Mahadevan, yang turut terlibat dalam filem sebelum ini arahan pengarah yang sama. *Macai* menjalani tayangan perdana di IFFR pada awal tahun 2025 sebelum dijadualkan untuk tayangan umum di Malaysia bersempena sambutan **Hari Malaysia**, bulan September 2025.[2]
Tayangan
Filem ini akan masuk panggung November 13, 2025.
Rujukan
- ^ "Sun-J Perumal's 'Macai' Selected for International Film Festival Rotterdam". Varnam. 21 April 2025. Dicapai pada 21 Julai 2025.
- ^ "'Macai' to Hit Cinemas after Malaysia Day". The Star. 12 Jun 2025. Dicapai pada 21 Julai 2025.