Transit Aliran Metropolitan ترنسيت لاجو ميتروڤوليتن | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | รถไฟฟ้ามหานคร ("Kereta api elektrik metropolitan") |
Pemilik | Suruhanjaya Transit Aliran Deras (MRTA) |
Lokasi | Kawasan Metropolitan Bangkok |
Jenis transit | Transit aliran deras |
Jumlah laluan/aliran | 4 (2 dalam pembinaan) |
Jumlah stesen | 107[1] |
Bil. penumpang harian | 287,000 (pada 2016) |
Bil. penumpang tahunan | 92.4 juta (pada 2014)[2] |
Ibu pejabat | 175 Jalan Rama IX, Huaykwang, Bangkok 10320 |
Laman sesawang | www |
Operasi | |
Mula beroperasi | 03 Julai 2017 |
Pengendali | Syarikat Lebuhraya dan Kereta Api Bangkok (SET: BEM) |
Jumlah kenderaan |
|
Teknikal | |
Panjang sistem | 225.7 kilometer (140.2 bt)[1] |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8½ in) tolok piawai |
Pengelektrikan | Rel ketiga |
Kelajuan tertinggi | 80 km/j (50 mph) |
sunting |
Transit Laju Metropolitan atau Kereta Api Elektrik Metropolitan (Thai: รถไฟฟ้ามหานคร; singkatan: MRT) merupakan sistem kereta api alihan laju yang memberi khidmat di kawasan metropolitan Bangkok di Thailand. Sistem kereta api transit ini merupakan yang kedua di Bangkok selepas Skitren BTS (BTS Skytrain). MRT dikendalikan oleh Syarikat Lebuhraya dan Kereta Api Bangkok dibawah satu konsesi yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Transit Aliran Massa Thailand (MRTA). MRT, Skitren dan Laluan Rel Lapangan Terbang Suvarnabhumi bersama-sama menjadi sebahagian daripada prasarana pengangkutan rel di Bangkok.
MRT memberi khidmat kepada 240,000 penumpang setiap hari. Ia mempunyai 35 buah stesen yang sedang beroperasi di sepanjang 43 kilometer (27 bt)[1] laluan bawah tanah. Laluan pertama MRT, Laluan Biru atau nama rasminya Laluan Chaloem Ratchamongkhon telah dibuka pada 2004, di antara Hua Lamphong dan Bang Sue. Sehingga tahun 2016, dua sambungan laluan Biru kini sedang dalam pembinaan dan apabila siap, ia akan menjadi sebuah laluan gelung. Laluan kedua milik MRT iaitu Laluan Ungu atau secara rasminya, Laluan Chalong Ratchadham pula dibuka sepenuhnya pada 2016, di mana ia menghubungkan Bang Sue dengan Nonthaburi di barat laut.
Nama
Sistem MRT ini secara rasminya dikenali dalam bahasa Thai sebagai รถไฟฟ้ามหานคร (rotfaifa mahanakhon) atau "kereta api elektrik metropolitan", tetapi ia lebih dikenali sebagai รถไฟใต้ดิน (rotfai taidin) yang membawa maksud "kereta api bawah tanah".
Rangkaian
Laluan pertama iaitu Laluan Biru yang dibuka pada 3 Julai 2004, memberi khidmat ke arah timur dari stesen Bang Sue di daerah Chatuchak di sepanjang Jalan Kamphaeng Phet, Jalan Phahon Yothin dan Jalan Lat Phrao, seterusnya membelok ke selatan mengikuti Jalan Ratchadaphisek dan kemudiannya membelok ke barat mengikuti Jalan Rama IV ke stesen Hua Lamphong di daerah Pathum Wan.
Laluan Ungu dibuka pada 6 Ogos 2016. Satu kilometer Laluan Biru yang hilang di antara Bang Sue dan Tao Poon, yang menghubungkan dua laluan MRT dibuka pada Ogos 2017.
Aliran | Terminal | Panjang | Stesen | Penumpang harian (orang) | Mula beroperasi | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahagian awal | Sambungan terakhir | ||||||||
Laluan MRT Chaloem Ratchamongkhon |
Lak Song | ⇌ | Tha Phra[3] | 21 km (13 bt)[4] | 48 | 400,000 | 2004 | 2020[3] | |
Laluan MRT Chalong Ratchadham (Rel berat) |
Khlong Bang Phai | ⇌ | Tao Poon | 23 km (14 bt) | 16 | 20,000[5] | 2016 | — | |
Laluan MRT Kuning (Monorel) |
Lat Phrao | ⇌ | Samrong | 30.4 km (18.9 bt) | 23 | 92,038 | 2023 | — | |
Merah Jambu (Monorel) |
Nonthaburi Civic Center | ⇌ | Min Buri | 34.5 km (21.4 bt) | 30 | 2023 | — | ||
Galeri
-
Pintu masuk ke dalam gerabak kereta api
-
Ruang dalam gerabak
-
Kereta api J-TREC yang digunakan untuk laluan Ungu
-
Innovia Monorail 300 rolling stock yang digunakan pada Laluan MRT Kuning
Rujukan
- ^ a b c "M.R.T. Chaloem Ratchamongkhon Line". Pihak Berkuasa Transit Aliran Massa Thailand (MRTA). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2014. Dicapai pada 27 Jun 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ (Inggeris) "Bangkok Metro Public Corporation Annual Report 2014" (PDF). 2015. m/s. 6. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 1 Oktober 2015. Dicapai pada 7 Januari 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b "ส.ค.เชื่อมแน่รถไฟฟ้าฟันหลอ "เตาปูน-บางซื่อ" รฟม.แนะวิธีใช้บริการ".
- ^ "M.R.T. Chaloem Ratchamongkhon Line". Pihak Berkuasa Transit Aliran Massa Thailand. 2014.
- ^ PCL., Post Publishing. "Purple Line: Newly launched, but few using it". Bangkok Post. Dicapai pada 31 Ogos 2016.
Pautan luar
- Tapak web rasmi
- Pihak Berkuasa Transit Aliran Massa Bangkok (Inggeris) (Thai)
- Pelan induk MRT Bangkok – Pejabat Perancangan Dasar Pengangkutan dan Lalu Lintas Diarkibkan 2011-01-20 di Wayback Machine
- Bangkok Metro Company Limited Diarkibkan 2001-09-28 di Wayback Machine
- Tapak web tidak rasmi
- Muat turun