Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Kelahiran | Muar, Johor |
---|---|
Kewarganegaraan | Malaysia |
Nama samaran | MF Ajif |
Karya terkenal | Alyridura, Pusaka Angkasa |
Anugerah | tiada |
MF Ajif merupakan seorang pelukis komik, ilustrator, storyboard artis, pelukis latarbelakang animasi, conceptual artist dan juga kaleris digital. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati, Tangkak, Johor (SPM) 1994 dan melanjutkan di peringkat sijil Seni Catan di Akademi Seni Melaka 1995. Penglibatan awal di medan seni adalah sebagai kaleris batik di industry tekstil sebelum melangkah ke produksi TV siri animasi pertama Usop Sontorian 1996.
Seterusnya terlibat dengan produksi animasi Anak-anak Sidek di dalam filem animasi Sidek Bersaudara 1997-1998, KeluangMan 1998. Tak lama kemudian melibatkan diri bersama penerbitan buku Siri Anbiya’ terbitan Pustaka Yamien Sdn Bhd / Dewan Bahasa dan
Pustaka DBP, DeMC Anzagain dalam penerbitan CD Interaktif Telekom SmartSchool dan beberapa syarikat CD Interactive dan multimedia serta game.
Pada tahun 2005, MF Ajif mula melangkah kaki ke arena penerbitan komik antarabangsa (KLP Entertainment) yang berpusat di Subang, Selangor, Malaysia. Bermula sebagai colorist seterusnya inker (Senior Comic Artist) dan mengambil tampuk pengurusan penerbitan komik pada tahun 2007 setelah Fythullah Hamzah a.k.a Kromosom mengundurkan diri.
KLP Entertainment berjaya mengumpulkan bakat-bakat baru (hampir 30 orang) yang sangat berpotensi duduk di bawah satu bumbung menjayakan matlamat yang sama. Lengkap dengan semua peringkat produksi sebuah komik dari penulis, penciller, inker, colorist serta post-production. Kami menghasilkan komik yang bertajuk;
- Eden Factor
- Fetus in Fetu
- Chronicles Prophecy
Sehingga kini. MF Ajif masih aktif menerima tempahan karikatur / potret kartun digital dan ilustrasi kulit cover buku ilmiah dan novel serta menghasilkan komik setiap tahun dengan judul yang baru.
Senarai karya komik
1. Alyridura : ToonAge Studio 2002
2. Dendam Pesaka siri 1, 2 dan 3 : Majalah Mato-Mato 2004-2005
3. DinoTempe : Majalah Mato-Mato 2005
4. Eden Factor sebagai kaleris : KLP Productions Sdn Bhd 2005-2006
5. Fetus in Fetu sebagai penciller/inker : KLP Productions Sdn Bhd 2007
6. Baran : Utusan Malaysia 2007
7. Pusaka Angkasa : KOSMO! 2008
8. Jiwa Pedang : Komikajif.com 2009
9. Bara Pesaka komik MMS Celcom/Maxis : MMODE Sdn Bhd 2009 - 2011
10. Axaria komik MMS Celcom/Maxis : MMODE Sdn Bhd 2009 hingga 2015
11. Duta Galaksi Prima Kejora : KOSMO! 2009
12. Yuriena : KOSMO! 2010
13. Barcode : KOSMO! 2010
14. Penunggu : Utusan Malaysia 2011
15. Amuk Sang Bentara : KOSMO! 2011
16. Cindai Aksara : KOSMO! 2011
17. Eksplorasi Cinta Angkasa : Utusan Malaysia 2012 - 2013
18. Misi Mustahil siri 1 dan siri 2 : Majalah Lawak Bumper 2012
19. Embrio : Harian Metro edisi apps iPad 2012
20. Yuriena Kembali : KOSMO! 2013
21. OPS 3000 : Utusan Malaysia 2014 - 2015
22. Cinta Bidadari : Utusan Malaysia 2014 – 2015
23. Dragania – komik MMS Celcom/Maxis : MMODE Sdn Bhd 2014-2015
24. Penunggu – komik MMS Celcom/Maxis : MMODE Sdn Bhd 2014-2015
25. Supercode – komik MMS Celcom/Maxis : MMODE Sdn Bhd 2014-2015
26. Duta Galaksi Imigrasi : Utusan Malaysia 2015
27. Dunia Pendekar - Warisan Pendekar Gelap : KOMIKAJIF 2014
28. Dunia Pendekar - Api Di Dalam Air : KOMIKAJIF 2015
29. Pusaka Angkasa - Nusantara Berdaulat : KOMIKAJIF 2015
30. Pusaka Angkasa - Laksamana Terbilang : KOMIKAJIF 2015
31. Pusaka Angkasa - Srikandi : KOMIKAJIF 2015
32. Dunia Pendekar - Nilam Kesakti Biru : KOMIKAJIF 2016
33. Pusaka Angkasa - Panji Laksamana : KOMIKAJIF 2016
34. Pusaka Angkasa - Terakhir : KOMIKAJIF 2016
35. Badang : Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Johor 2017
36. Keluang Man - Komik Superhero Bermaruah : KOMIKAJIF 2017
37. Kisah Pengembaraan Al-Fateh Edisi Istimewa : Al Fateh Junior HQ 2018
38. Kisah Pengembaraan Al-Fateh Episod 1 : Al Fateh Junior HQ 2018
39. Kisah Pengembaraan Al-Fateh Episod 2 : Al Fateh Junior HQ 2019
40. Dragania – Kerajaan Naga :KOMIKAJIF 2018
41. Dragania – Ratu Naga : KOMIKAJIF 2019
42. Dragania – Lagenda Terakhir KOMIKAJIF 2019
43. Paradise Zero 2020
44. Bentara Angkasa : KOSMO 2022
45. Wirawan - Hilal Asyraf Resources 2023 - 2024
46. Bagaikan Puteri : Buku Prima 2024
Kini, semua karya seni MF Ajif boleh dibeli di dalam shopee. Hanya dengan menaip tagline KOMIKAJIF.
Lihat juga
Pautan luar
- Laman Pergh
- Laman MF Ajif
- Blog MF Ajif Diarkibkan 2010-02-14 di Wayback Machine