M. K. Stalin | |
---|---|
Ketua Menteri Tamil Nadu ke-8 | |
Menyandang jawatan 7 Mei 2021 | |
Gabenor | Banwarilal Purohit (2021) R. N. Ravi (2021–Kini) |
Didahului oleh | Edappadi K. Palaniswami |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Muthuvel Karunanidhi Stalin 1 Mac 1953 Madras, Negara Bahagian Madras (Kini dikenali sebagai Chennai, Tamil Nadu), India |
Parti politik | Dravida Munnetra Kazhagam |
Pasangan | Durga Stalin (k. 1975) |
Anak | 2, termasuk Udhayanidhi |
Ibu bapa |
|
Saudara | Keluarga Karunanidhi |
Kediaman | 25/9, Chittaranjan Road, Alwarpet, Chennai, Tamil Nadu, India |
Pendidikan | Sarjana Muda Sastera |
Tempat belajar | Kolej Presidency, Chennai |
Pekerjaan | Politikus |
Tandatangan | Tandatangan |
Laman web | mkstalin |
Nama panggilan | MKS |
Muthuvel Karunanidhi Stalin [a] (Tamil:முத்துவேல் கருணாநிதி ஸ்டாலின்,lahir pada 1 Mac 1953) atau dikenali sebagai M.K. Stalin ialah seorang ahli politik India dan bekas pelakon yang kini berkhidmat sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu ke-8 sejak tahun 2021. Beliau merupakan anak ketiga kepada bekas Ketua Menteri M. Karunanidhi, dan anaknya Udhayanidhi berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri negeri di bawah kepimpinannya.
Stalin telah menjadi Presiden parti Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) sejak 28 Ogos 2018, selepas berkhidmat sebagai Pemangku Presiden parti dari Januari 2017 hingga Ogos 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Chennai ke-45 dari tahun 1996 hingga 2002 dan Timbalan Ketua Menteri Tamil Nadu yang pertama dari tahun 2009 hingga 2011. [1] [2] [3]
Kehidupan awal dan keluarga
Stalin dilahirkan di Chennai pada 1 Mac 1953 sebagai anak ketiga kepada M. Karunanidhi, bekas Ketua Menteri Tamil Nadu, dan Dayalu Ammal. Ketika itu, Karunanidhi sedang menyampaikan ucapan takziah bagi pemimpin Soviet, Joseph Stalin, yang meninggal dunia hanya empat hari selepas anaknya dilahirkan, dan oleh itu beliau memutuskan untuk menamakan anaknya sempena nama Stalin.. [4] [5]
Stalin mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Tinggi Kolej Kristian Madras, Chennai. . [6] Beliau kemudian menamatkan kursus pra-universiti di Kolej Vivekananda dan memperoleh ijazah dalam bidang sejarah dari Kolej Presidency, Chennai, pada tahun 1973. Beliau telah dianugerahkan ijazah kedoktoran kehormat oleh Universiti Anna pada 1 Ogos 2009. [7] [8] [9] [10]
Stalin berkahwin dengan Durga (juga dikenali sebagai Shantha) pada 20 Ogos 1975 dan dikurniakan dua orang anak. Anak lelakinya ialah Udhayanidhi Stalin, seorang pelakon dan ahli politik. Udhayanidhi berkahwin dengan Kiruthiga Udhayanidhi, seorang pengarah filem Tamil India. Anak perempuannya pula ialah Senthamarai Sabareesan, seorang usahawan dan pendidik. Beliau merupakan pengarah Sunshine Schools di Chennai. Senthamarai berkahwin dengan Sabareesan Vedamurthy, seorang usahawan dan pakar strategi politik. [11]
Rujukan
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan
- ^ "Karunanidhi makes Stalin Deputy Chief Minister Diarkibkan 21 September 2023 di Wayback Machine". TheHindu.com.
- ^ "Stalin appointed Tamil Nadu Deputy CM". 29 May 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 12 April 2016.
- ^ "IE100: The list of most powerful Indians in 2019". The Indian Express (dalam bahasa Inggeris). 30 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2021. Dicapai pada 14 October 2019.
- ^ Thangavelu, Dharani (1 March 2017). "Will DMK's Stalin gain from the political feud in Tamil Nadu?". Mint. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2018. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ "M.K. Stalin timeline: Slow, steady rise of DMK's new president". The Week (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2023. Dicapai pada 11 August 2019.
- ^ "Star-studded 175th b'day for MCC school". The Times of India. 7 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2023. Dicapai pada 7 October 2018.
- ^ "M K Stalin, A. R. Rahman & Mylswamy Annadurai|A.R.RAHMAN Awarded Doctorate by Anna University Photo Gallery, A.R.RAHMAN Awarded Doctorate by Anna University Stills, A.R.RAHMAN Awarded Doctorate by Anna University Gallery, A.R.RAHMAN Awarded Doctorate by Anna University Photos". Bharatstudent (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2019. Dicapai pada 11 August 2019.
- ^ "Rahman, Stalin get honorary doctorates". Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris). 1 August 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2023. Dicapai pada 11 August 2019.
- ^ "Stalin, Rahman, Annadurai conferred honorary doctorates | Asian Tribune". www.asiantribune.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2019. Dicapai pada 11 August 2019.
- ^ "A R Rahman to be awarded honorary doctorate". News18. 4 March 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2023. Dicapai pada 11 August 2019.
- ^ "V Sabareesan: Tamil Nadu's first family's premier son-in-law". The Indian Express (dalam bahasa Inggeris). 4 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2022. Dicapai pada 25 January 2022.