Helang sikap Helang sewah besar | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | L. trivirgata
|
Nama binomial | |
Lophospiza trivirgata (Temminck, 1824)
| |
Sinonim | |
Helang sikap, helang sewah besar atau helang putih (nama saintifik: Lophospiza trivirgata) ialah sejenis helang dalam keluarga Accipitridae[4] yang boleh didapati di selatan Asia dari India dan Sri Lanka ke selatan China, dan Asia Tenggara.[3] Ia juga semakin membiasakan diri hidup di kawasan-kawasan terbangun seperti bandar.[5].
Burung helang ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia.[6]:114
Ciri-ciri

Kepalanya berbulu kelabu keunguan dengan jambul yang pendek. Bahagian atas badannya berbulu perang gelap; bawahnya putih dengan belang-belang lebar perang kemerahan di dada.[3]
Tabiat
Pemakanan
Burung lang sikap memakan amfibia, mamalia dan burung kecil lain, ikan, ketam, moluska dan serangga.[perlu rujukan] Populasi-populasi helang ini di bandar dijumpai memburu termasuk kelawar, tikus dan tupai muncung.[5]
Pembiakan
Burung betina bertelur 1-3 biji dalam satu sangkak.[perlu rujukan]
Rujukan
- ^ BirdLife International (2016). "Accipiter trivirgatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22695462A93510676. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22695462A93510676.en. Dicapai pada 19 Mac 2025.
- ^ Ekosistem-Ekosistem Di Sabah (PDF). Jabatan Hidupan Liar Sabah. 2003. m/s. 37. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 November 2011. Dicapai pada 10 Januari 2013.
- ^ a b c Jeyarajasingam, Allen (2012). A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore. OUP Oxford. m/s. 129. ISBN 978-0-19-963943-4.
- ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (Ogos 2024). "Hoatzin, New World vultures, Secretarybird, raptors". IOC World Bird List Version 15.1. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 19 Mac 2025.
- ^ a b Shepherd, C. R. (2018). "Crested Goshawk Accipiter trivirgatus may adapt well to life in urban areas across its range in Asia" (PDF). BirdingASIA. 29: 34–35.
- ^ Akta 716: Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 (PDF). Kerajaan Malaysia. 2010. Dicapai pada 29 Disember 2022 – melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Semenanjung Malaysia.
- Lang Sikap[pautan mati kekal] di PERHILITAN (PDF)
Pautan luar
- Profil spesies dari Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Carian gambar Google.