Lentur belakang (Jawi: لنتور بلاکڠ ) atau bengkok belakang (Jawi: بڠکوق بلاکڠ ) adalah gerakan dalam gimnastik, liukan, tarian, dan luncur ais di mana tulang belakang dibengkokkan ke belakang, dan seseorang menahan dirinya dengan tangan. Sepanjang gerakan ini, otot perut, otot oblik, dan kaki digunakan untuk menstabilkan pelaku sambil melengkung ke belakang. Yoga moden memasukkan beberapa asana lengkungan belakang. Kemahiran melengkung ke belakang boleh diperoleh melalui latihan yang intensif atau genetik.
Gambaran keseluruhan
Tulang belakang terdiri daripada 24 ruas tulang belakang, dan di antara ruas-ruas tulang belakang terdapat kusyen kecil yang dikenali sebagai cakera. Pergerakan ruas tulang belakang dan keupayaan mampatan cakera memberikan tulang belakang kelenturannya. Lebih mudah melakukan lenturan belakang setelah menguasai posisi jambatan. Posisi jambatan membantu membiasakan tulang dan otot dengan kedudukan dan pergerakan lentur belakang. Terdapat lebih daripada 12 posisi yoga yang merupakan variasi lentur belakang.[1] 'Tolakan rusuk' adalah perkara biasa dan merosakkan posisi yoga yang baik, dan salah satu daripada beberapa kesilapan yang sering dikaitkan dengan lenutr belakang.[2]
Kegunaan
Lentur belakang penting dalam gimnastik kerana ia penting untuk melakukan hambur tangan belakang.
Lentur belakang adalah sebahagian daripada persembahan peluncur ais profesional dan kompetitif. Sebagai contoh, lentur belakang dipersembahkan oleh Jimmie Santee dalam penerbitan Walt Disney's World on Ice: Aladdin pada tahun 1994. Lentur belakang dan peliukan yang lain adalah ciri persembahan En. Frick dari aksi komedi ais Frick dan Frack pada tahun 1930-an.[3]
Kecederaan
Apabila dilakukan dengan betul, lentur belakang boleh meningkatkan julat pergerakan tulang belakang. Walau bagaimanapun, terdapat risiko kecederaan yang ketara. Kecederaan ini termasuk sakit belakang bawah, kecederaan pada cakera tulang belakang, spasma otot, dan kelumpuhan.[4] Pada tahun 2016, seorang perempuan berusia 5 tahun dari Los Angeles menjadi lumpuh selepas cuba untuk lentur belakang dan mengakibatkan kerosakan pada banyak bahagian tulang belakangnya.[5]
Asana lentur belakang
Yoga moden merangkumi asana lentur belakang seperti kapotasana dan ustrasana yang berlutut, cakrasana terbalik, dan rajakapotasana yang berduduk. Ini digambarkan sebagai posisi sukar dan harus dilakukan dengan lembut oleh pemula atau orang yang mempunyai belakang yang keras bagi mengelakkan kecederaan.[6] Tulang belakang boleh dilegakan selepas asana lentur belakang dengan asana berputar seperti maricyasana dan matsyendrasana, atau dengan lentur depan seperti pascimottanasana, yang diamalkan dengan lembut.[6]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Backbends". Yoga Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Oktober 2018.
- ^ Schneider, Howard (4 November 2008). "Yoga Can Give You Strength, Balance, Flexibility. Isn't That Enough?". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2018. Dicapai pada October 29, 2018.
- ^ Molter, Dave (3 Mac 1994). "'Aladdin on Ice' Goes Down Nice". Observer-Reporter (dalam bahasa Inggeris). m/s. B6. Dicapai pada 29 Oktober 2018.
- ^ Krentzman, Rachel (10 April 2012). "Safety Tips for Backbend Yoga Poses". ACTIVE.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2021.
- ^ Girl does backbend, ends up paralyzed - CNN Video (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 24 Mei 2012
- ^ a b Mehta, Silva; Mehta, Mira; Mehta, Shyam (1990). Yoga: The Iyengar Way (dalam bahasa Inggeris). Dorling Kindersley. m/s. 133–144. ISBN 978-0-86318-420-8.