Lebuhraya E37 | |
---|---|
Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh ANIH Berhad | |
Panjang | 8.0 km (5.0 mi) |
Wujud | 1977–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 1979 |
Simpang utama | |
Hujung utara | Jalan Istana, Kuala Lumpur |
Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur Lebuhraya Sungai Besi Lebuhraya Sungai Besi Terowong SMART Terowong SMART Lebuhraya Link Timur–Barat Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL Lebuhraya Pantai Baharu Lebuhraya Baru Pantai Lebuhraya Maju Lebuhraya Maju Lebuhraya Shah Alam Lebuhraya Shah Alam LP 217 Lebuhraya Bukit Jalil Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan | |
Hujung selatan | Plaza tol Sungai Besi |
Lokasi | |
Destinasi utama | Kuala Lumpur, Sungai Besi, Taman Desa, Kuchai Lama, Desa Petaling, Sri Petaling, Kompleks Sukan Negara, Seremban, Melaka, Johor Bahru |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban Lebuhraya Link Timur–Barat adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran di Kuala Lumpur, Malaysia.
Sesetengah peta melabelkan lebuh raya ini sebagai Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan memandangkan ia berhubung terus dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan; namun tanggapan tersebut adalah kurang tepat memandangkan sebelum ini lebuh raya tersebut belum diberikan sebarang kod laluan daripada kerajaan. Satu lagi sebab ialah kerana jajaran lebuh raya ini juga tidak diuruskan oleh PLUS Expressway Berhad, sebaliknya diuruskan oleh MetaCorp (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation) - oleh itu, kadar bayaran tol di Plaza Tol Sungai Besi turut memasukkan bayaran tambahan bagi Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban.
Baru-baru ini, lebuh raya ini diberikan kod laluan Lebuhraya Link Timur–Barat bersama-sama dengan Lebuhraya Salak.
Sejarah
Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban mula dibuka pada tahun 1979. Lebuh raya tersebut menjadi laluan perintis kepada Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan. Pembinaan bermula pada tahun 1977 dan dibuka kepada lalu lintas dua tahun kemudian. Kini, nama Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban hanya diguna pakai pada bahagian dari Razak Mansion ke Plaza Tol Sungai Besi setelah PLUS Expressway Berhad mengambil alih bahagian lebuh raya tersebut dari Plaza Tol Sungai Besi dan seterusnya ke arah selatan.
Senarai persimpangan
- Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan)
(Plaza Tol Sungai Besi; sempadan negeri Selangor-WP Kuala Lumpur - Taman Teknologi Malaysia: LP 29 Lebuhraya Puchong-Sungai Besi (ke Astro, Sungai Besi dan Puchong)
(Jambatan Sungai Kuyoh)
- Sri Petaling: Lebuhraya Shah Alam Lebuhraya Shah Alam dan LP 28 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur
- Susur keluar ke Lebuhraya Sungai Besi Lebuhraya Sungai Besi
- Desa Petaling
- Salak Selatan: Jalan Kuchai Lama, Lebuhraya Pantai Baharu Lebuhraya Pantai Baru dan Lebuhraya Maju Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya
(Jambatan Sungai Kerayong)
- Salak: Lebuhraya Link Timur–Barat Lebuh Raya Salak dan LP 2 Lebuhraya Persekutuan
- Terowong SMART: Terowong SMART Terowong SMART (ke Jalan Tun Razak dan Pusat Bandaraya)
- Lebuhraya Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur dan Lebuhraya Sungai Besi;lebuh raya tamat
Pautan luar
- ANIH Berhad (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation)