Lebuhraya Damansara–Puchong Lebuhraya Damansara-Puchong | |
Syarikat Konsesi | Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd |
Tempoh Pembinaan | - 1998 |
Tarikh Beroperasi | Januari 1999 |
Tarikh Perasmian | |
Panjang | 40 kilometer |
Jumlah Tol | 4 |
Arah | Utara → Selatan |
Lebuhraya Penghubung | |
Laman Sawang | www.litrak.com.my |
Lebuhraya Damansara–Puchong Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) adalah lebuh raya antarabandar yang menghubungkan Sri Damansara di utara merentasi Petaling Jaya, Puchong dan Putrajaya di selatan Lembah Klang. Sebagai laluan lalulintas utama, ia digunakan oleh lebih 420,000 kenderaan pada setiap hari biasa.
Latar Belakang
Perlaksanaan projek Lebuhraya Damansara-Puchong dikendalikan oleh syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd adalah sebahagian daripada rancangan pelan induk keseluruhan kerajaan yang merangkumi keperluan Rancangan Struktur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Rancangan Trafik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kerja pembinaan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan sediada kepada laluan berkembar 3 lorong 2 hala.
Spesifikasi
Lebuhraya Damansara-Puchong terbahagi kepada dua pakej iaitu pakej pertama sejauh 23 kilometer bermula dari Sri Damansara dan berakhir di Puchong Jaya. Pakej kedua bermula dari Puchong Jaya dan tamat di Putrajaya.
- Kos Projek: RM130 juta
- Tarikh Mula Konsesi:
- Tarikh Tamat Konsesi:
- Tempoh Konsesi:
- Panjang: 40 kilometer
Subsidi tol
Pada 22 Mei 2008, Menteri Kerja Raya Mohd Zin Mohamed menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan membayar subsidi lebih RM640.3 juta agar kadar tol tidak dinaikkan. Sejak 1999, kadar tol LDP bagi kenderaan kelas 1 adalah RM1.50. Namun pengguna dikenakan bayaran RM1 sementara baki RM0.50 ditanggung kerajaan. Mulai Januari 2007, kadar tol LDP dinaikkan kepada RM2.10 dan pengguna dikenakan RM1.60 dan baki RM0.50 ditanggung kerajaan.
Hee Loy Sian dari PKR Petaling Jaya Selatan kesal kerana RM630.4 juta itu dapat digunakan untuk membina lebuh raya baru.[1]
Rujukan
- (Bahasa Inggeris) - Arup Jururunding Sdn Bhd
- (Bahasa Inggeris) - The Edge Daily[pautan mati kekal]
- (Bahasa Melayu) - Kementerian Kerja Raja
- ^ "RM630.4 juta Selamat Jika Kerajaan Bina LDP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-25. Dicapai pada 2008-05-22.
Pautan Luar
- (Bahasa Inggeris) - Laman Rasmi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine
- (Bahasa Melayu) - Laman Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine