Lebuhraya E31 | |
---|---|
Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Prolintas dan Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (DASH) | |
Panjang | 20.1 km[1] (12.5 mi) |
Wujud | 2015–kini |
Sejarah | Siap pada 2022 |
Simpang utama | |
Hujung timur | Penchala |
Kota Damansara Subang Denai Alam Bandar Pinggiran Subang Kampung Melayu Subang | |
Hujung barat | Puncak Perdana |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (bahasa Inggeris: Damansara–Shah Alam Elevated Expressway ; DASH) ialah lebuh raya yang sedang dibina dalam kawasan Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Pembinaan lebuh raya ini telah memakan kos sebanyak RM 11.5 juta.[1]
Latar belakang
Jajaran Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam bermula di persimpangan Puncak Perdana berhampiran dengan Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Perdana di Seksyen U10 Shah Alam. Kemudian, lebuh raya ini akan melalui beberapa kawasan penduduk yang padat di Lembah Klang seperti, Puncak Perdana, Subang, Kota Damansara, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Alam Impian, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala.[2] Jajaran akan berakhir di persimpangan Penchala di mana ia akan bergabung dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT).[2][3]
Terdapat 13 persimpangan di Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam iaitu:
- Puncak Perdana
- Alam Suria
- Denai Alam
- Kampung Melayu Subang
- Pinggiran Subang
- Subang Dua
- Lapangan Terbang Subang
- RRIM (Kwasa Damansara)
- Surian
- Seksyen 5, Kota Damansara
- Sunway Damansara
- Damansara Perdana
- Penchala
Selain itu, terdapat tiga plaza tol yang dibina:
- Plaza Tol Denai Alam
- Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara)
- Plaza Tol Kota Damansara
Sejarah
Pembangunan yang semakin meningkat di sekitar Shah Alam dan Jalan Batu Arang (Persiaran Mokhtar Dahari) menyebabkan kemudahan jalan raya yang besar amat diperlukan. Hal ini demikian, syarikat Prolintas mencadangkan supaya lebuh raya itu dibina bagi memenuhi keperluan tersebut. Ia bukan sahaja menjadi laluan alternatif untuk Persiaran Surian di Kota Damansara dan ke Lapangan Terbang Subang, tetapi juga bertindak sebagai penghubung antara timur dan barat Lembah Klang, sekali gus melintasi Lebuhraya Baru Lembah Klang, dan menghubungkan lebuh raya dan jalan raya sedia ada seperti yang Lebuhraya Koridor Guthrie, Jalan Sungai Buloh, Jalan Lapangan Terbang Subang, Persiaran Surian, Persiaran Kenanga, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT).[4][5] Di samping itu, lebuh raya itu akan menyelesaikan kesesakan ke laluan sedia ada akibat pembangunan di tanah Institut Penyelidikan Getah Malaysia di kawasan itu. Projek itu diperuntukkan RM4.2 juta dalam Bajet 2015.[6]
Galeri
-
Pembinaan lebuh raya ke arah timur.
-
Lebuhraya DASH di Seksyen 5 Kota Damansara.
-
Plaza Tol Kota Damansara (sebelum ini Plaza Tol Mutiara Damansara).
-
Lebuhraya DASH Di Seksyen 2, Kota Damansara.
-
Papan tanda persimpangan jalan raya di Persimpangan Surian.
-
Persimpangan Lapangan Terbang Subang.
-
Bangunan ke Plaza Tol Kota Damansara
Rujukan
- ^ a b Shazwan Mustafa Kamal (6 Oktober 2015). "No approval for Damansara-Shah Alam highway yet, Selangor rep says" (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail. Dicapai pada 11 Disember 2021.
- ^ a b "Project Overview". DASH (dalam bahasa Inggeris). mydash.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-25. Dicapai pada 4 Mei 2021.
- ^ Tang Ruxyn (27 Februari 2022). "6 New Toll Plazas In Klang Valley To Be Completed By 2020" [Enam Tol Plaza Baharu di Lembah Klang yang akan Siap pada tahun 2020]. Says.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Februari 2022.
- ^ "Proposed Damansara-Shah Alam Elevated Expressway". Prolintas. Dicapai pada 26 June 2012.
- ^ "RRIM rubber estate to make way for development". The Star (Malaysia). Dicapai pada 15 Oct 2018.
- ^ "RM48b for four highways, MRT, LRT extension". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-17. Dicapai pada 2014-10-11.