Laluan Rel Lapangan Terbang Suvarnabhumi | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | รถไฟฟ้าเชื่อมท่าอากาศยานสุวรรณภูมิ |
Jenis | Komuter dan ekspres |
Sistem | Kereta api lapangan terbang |
Status | Beroperasi |
Terminal | Lapangan Terbang Suvarnabhumi Phaya Thai |
Stesen | 8 |
Penumpang harian | 57,800[1] |
Laman sesawang | www |
Operasi | |
Dibuka | 23 Ogos 2010 |
Pemilik | Kereta Api Negara Thailand |
Pengendali | SRT Electrified Train |
Stok kereta api | Siemens Desiro Kelas 360/2 |
Teknikal | |
Panjang aliran | 28.4 km (17.6 bt) (anggaran) (dirancang 48.6 km) |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8½ in) pada tolok piawai |
Pengelektrikan | Talian overhed, 25 kV AC |
Kelajuan operasi |
|
Laluan Rel Lapangan Terbang Suvarnabhumi (Thai: รถไฟฟ้าเชื่อมท่าอากาศยานสุวรรณภูมิ; singkatan: SARL) merupakan perkhidmatan kereta api ekspres dan komuter yang menghubungkan Lapangan Terbang Suvarnabhumi melalui Makkasan dengan stesen Phaya Thai di tengah bandar raya Bangkok, Thailand. Sistem kereta api ini dimiliki oleh Kereta Api Negara Thailand (SRT) dan dikendalikan oleh anak syarikat SRT iaitu SRT Electrified Train.
Laluan kereta api sepanjang 28.6 kilometer (17.8 bt) ini dibuka kepada pengguna pada 23 Ogos 2010.[2] Perkhidmatan laluan ini pada asalnya terdiri daripada perkhidmatan ekspres dan laluan bandar, serta rel komuter yang memberi khidmat melalui lapan stesen.
Stesen
Kod | Nama stesen | Pertukaran | Pertukaran akan datang | Lokasi | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Melayu | Bahasa Thai | |||||
SVB | Suvarnabhumi (Lapangan terbang) |
สุวรรณภูมิ | Samut Prakan | Bang Phli | ||
LKB | Lat Krabang | ลาดกระบัง | Laluan Timur | Bangkok | Lat Krabang | |
BTC | Ban Thap Chang | บ้านทับช้าง | Prawet | |||
HUM | Hua Mak | หัวหมาก | Suan Luang | |||
RAM | Ramkhamhaeng | รามคำแหง | Laluan Merah Muda | |||
MAS | Makkasan (Terminal Udara Bandar) |
มักกะสัน (สถานีรับส่งผู้โดยสารอากาศยานในเมือง) |
|
Ratchathewi | ||
RPR | Ratcha-prarop | ราชปรารภ | Laluan Timur | |||
PTH | Phaya Thai | พญาไท | Laluan Sukhumvit | Laluan Merah Muda |
Rujukan
- ^ "ครบ 6 ปีแอร์พอร์ตลิงก์ ผู้โดยสารทะลุ 108 ล้านคน จ่อซื้อรถเพิ่ม 15 ตู้" (dalam bahasa Thai). MGR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2017. Dicapai pada 25 Februari 2017.
- ^ "Airport Rail Link begins full commercial operations" (dalam bahasa Inggeris). Bangkok Post. 23 Ogos 2010. Dicapai pada 4 Julai 2017.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Laluan Rel Lapangan Terbang Suvarnabhumi |
- Laman sesawang rasmi (Inggeris) (Thai)