Laluan MRT Thomson-Pantai Timur لالوان تومسون-ڤنتاي تيمور | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama lain | Thomson-East Coast line (bahasa Inggeris) 汤申-东海岸地铁线/汤东地铁线 (Cina) தாம்சன் - ஈஸ்ட் கோஸ்ட் எம்ஆர்டி வழி (Tamil) | ||
Jenis | Transit aliran deras | ||
Sistem | Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura) | ||
Status | Beroperasi (Tahap 1) Dalam ujian (Tahap 2) Dalam pembinaan (Tahap 3-5) Dalam perancangan (lanjutan ke Changi Airport) | ||
Terminal | Woodlands North Woodlands South (hingga akhir 2020) Caldecott (2020, hingga 2021) Gardens by the Bay (2021, hingga 2023) Bayshore (2023, hingga 2024) Sungei Bedok (2024, hingga 2040) Tanah Merah (2040) | ||
Stesen | 32 (3 beroperasi, 6 dalam ujian, 23 dalam pembinaan) | ||
Perkhidmatan | 1 | ||
Penumpang harian | 500,000 (jangkaan) | ||
Operasi | |||
Dirancang dibuka | 2020 (Tahap 2) 2021 (Tahap 3) 2023 (Tahap 4) 2024 (Tahap 5) 2027 (Founders' Memorial) 2040 (lanjutan ke Changi Airport) | ||
Dibuka | 31 Januari 2020 | (Tahap 1)||
Pemilik | Penguasa Pengangkutan Darat | ||
Pengendali | SMRT Trains (SMRT Corporation) | ||
Ciri | Bawah tanah | ||
Depot | Mandai East Coast (Masa depan) | ||
Stok kereta api | CT251 | ||
Teknikal | |||
Panjang aliran | 4.2 km (2.6 bt) (Beroperasi) 38.8 km (24.1 bt) (Dalam pembinaan) | ||
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai | ||
Pengelektrikan | 750 V DC rel ketiga[1] | ||
Kelajuan operasi | Had laju 90 km/j (56 mph) | ||
|
Laluan Thomson-Pantai Timur (bahasa Inggeris: Thomson-East Coast Line , TEL) merupakan sebuah laluan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) berkapasiti sederhana di Singapura. Laluan tersebut diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat pada 15 Ogos 2014 akibat penggabungan dua laluan yang sebelum di dalam perancangan, iaitu laluan Thomson (bahasa Inggeris: Thomson line , TSL) dan laluan Kawasan Timur (bahasa Inggeris: Eastern Region line , ERL).[2] Apabila laluan ini beroperasi sepenuhnya pada 2024, ia dijangka akan dimanfaatkan oleh seramai 500,000 penumpang setiap hari pada mulanya dan dijangka akan naik seganda kepada 1 juta penumpang dalam jangka masa panjang. Laluan ini merupakan laluan keenam di dalam sistem MRT Singapura, dan laluan keempat yang dikendalikan oleh SMRT (selepas laluan Utara Selatan, laluan Timur Barat dan laluan Bulatan).
Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Thomson-Pantai Timur ditunjukkan dengan warna coklat ( ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "TE".
Laluan kereta api bawah tanah sepenuhnya ini sepanjang 43 kilometer (27 bt) dan merangkumi sebanyak 32 buah stesen yang menghubungkan para penumpang dari kawasan barat laut Singapura ke pusat bandar serta kawasan timur. Bermula di bandar Woodlands, ia akan melalui Upper Thomson serta bandar-bandar Ang Mo Kio dan Bishan, kemudiannya ke estet-estet perumahan Thomson dan Stevens serta daerah beli-belah Orchard Road dan Marina Bay, sebelum menghala ke arah timur melalui Kallang, Marine Parade, Bedok South, dan mengakhiri di Upper East Coast.
Senarai stesen
Nombor | Stesen | Gambar | Pertukaran/Catatan |
TE1 RTS | Woodlands North | Pertukaran dengan Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (Masa depan) | |
TE2 NS9 | Woodlands | Pertukaran dengan Laluan Utara Selatan | |
TE3 | Woodlands South | Terminal selatan laluan pada masa kini sehingga pembukaan Tahap 2 pada lewat 2020. | |
Tahap 2 (dalam ujian, dijangka siap pada 2020) | |||
---|---|---|---|
TE4 | Springleaf | ||
TE5 | Lentor | ||
TE6 | Mayflower | ||
TE7 CR13 | Bright Hill | Pertukaran dengan Laluan Rentas Pulau (2029) | |
TE8 | Upper Thomson | ||
TE9 CC17 | Caldecott | Pertukaran dengan Laluan Bulatan | |
Tahap 3 (dalam pembinaan, dijangka siap pada 2021) | |||
TE10 | Mount Pleasant | ||
TE11 DT10 | Stevens | Pertukaran dengan Laluan Pusat Bandar | |
TE12 | Napier | ||
TE13 | Orchard Boulevard | ||
TE14 NS22 | Orchard | Pertukaran dengan Laluan Utara Selatan | |
TE15 | Great World | ||
TE16 | Havelock | ||
TE17 EW16 NE3 | Outram Park | Pertukaran dengan Laluan Timur Barat dan Laluan Timur Laut | |
TE18 | Maxwell | ||
TE19 | Shenton Way | ||
TE20 NS27 CE2 | Marina Bay | Pertukaran dengan Laluan Utara Selatan dan lanjutan Laluan Bulatan | |
TE21 | Marina South | ||
TE22 | Gardens by the Bay | ||
Infill station (dalam pembinaan, dijangka siap pada 2027) | |||
TE22A | Founders' Memorial[3] | Akan dibuka bersama dengan Founders' Memorial pada 2027.[4] | |
Tahap 4 (dalam pembinaan, dijangka siap pada 2023) | |||
TE23 | Tanjong Rhu | ||
TE24 | Katong Park | ||
TE25 | Tanjong Katong | ||
TE26 | Marine Parade | ||
TE27 | Marine Terrace | ||
TE28 | Siglap | ||
TE29 | Bayshore | ||
Tahap 5 (dalam pembinaan, dijangka siap pada 2024) | |||
TE30 | Bedok South | ||
TE31 DT37 | Sungei Bedok | Pertukaran dengan Laluan Pusat Bandar | |
Lanjutan laluan Thomson-Pantai Timur, TELe (dalam kajian, dijangka siap pada 2040) | |||
TE– CR1 | Terminal 5 Lapangan Terbang Changi | Pertukaran dengan Laluan Rentas Pulau (2040) Nama stesen belum diumumkan.[5][6] | |
CG2 (hingga 2040) TE– (dari 2040) |
Changi Airport | Laluan cabang Changi akan dijadikan sebahagian daripada TELe menjelang 2040.[5][6] | |
CG1 DT35 (hingga 2040) TE– DT35 (dari 2040) |
Expo | Pertukaran dengan Laluan Pusat Bandar Laluan cabang Changi akan dijadikan sebahagian daripada TELe menjelang 2040.[5][6] | |
CG EW4 (hingga 2040) TE– EW4 (dari 2040) |
Tanah Merah | Pertukaran dengan Laluan Timur Barat Laluan cabang Changi akan dijadikan sebahagian daripada TELe menjelang 2040.[5][6] |
Rujukan
- ^ http://www.lta.gov.sg/apps/news/page.aspx?c=2&id=f0b205a6-69ab-49b0-b94d-65394ee5e5c0
- ^ "Joint News Release by the Land Transport Authority & Singapore Land Authority – Thomson–East Coast Line: New MRT Links in the East". Land Transport Authority. 15 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2014.
- ^ Tan, Christopher (7 Januari 2019). "Thomson-East Coast line to have station at Founders' Memorial in Marina Bay". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Januari 2019.
- ^ "Founders' Memorial likely to open two years later than envisaged". Todayonline (dalam bahasa Inggeris). 10 Januari 2019. Dicapai pada 16 Mac 2020.
- ^ a b c d "Land Transport Master Plan 2040: Bringing Singapore Together | Press Room | Land Transport Authority". Land Transport Authority. Dicapai pada 26 Mei 2019.
- ^ a b c d "At a glance: Key updates to MRT, bus network and more for 2040 master plan" (dalam bahasa Inggeris). TODAYonline. 25 Mei 2019.