Laluan L (Emas) | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama lain | Laluan Emas (laluan kini, 2003–2020) Selepas Regional Connector siap pada tahun 2022: Laluan A (biru; Azusa-Long Beach) Laluan E (emas; LA Timur-Santa Monica) | ||
Nama asal | L Line (Gold) | ||
Jenis | Rel ringan | ||
Sistem | Metro Rail Los Angeles | ||
Terminal | Stesen Atlantic Stesen APU/ Citrus College | ||
Stesen | 27 | ||
Penumpang harian | 50,087 (Julai 2016; purata Isnin-Jumaat)[1][2] | ||
Nombor laluan | 804 | ||
Laman sesawang | Gold Line | ||
Operasi | |||
Dibuka | 26 Julai 2003 | ||
Pemilik | Metro (LACMTA) | ||
Ciri | Kebanyakannya di atas jalan di hak lalu peribadi, dengan beberapa bahagian di jalan raya, bertingkat dan bawah tanah. | ||
Stok kereta api | Tren berjalan dalam 1-3 gerabak terdiri daripada AnsaldoBreda P2550 Kinkisharyo P3010 | ||
Teknikal | |||
Panjang aliran | 31 bt (50 km) | ||
Bilangan landasan | 2 | ||
Tolok landasan | 4 kaki 8 1⁄2 in (1,435 mm) (tolok piawai) | ||
Pengelektrikan | 750 V AT Katenari atas | ||
Kelajuan operasi | 55 mph (89 km/j) | ||
|
Laluan L (dahulunya Laluan Emas ) adalah laluan rel ringan sepanjang 31 batu (50 km) dari Azusa ke Los Angeles Timur melalui Pusat Bandar Los Angeles. Laluan ini berkhidmat di beberapa tarikan, termasuk Little Tokyo, Union Station, Muzium Barat Daya, Chinatown dan pusat komersial Pasadena Lama . Laluan ini yang merupakan salah satu daripada enam laluan sistem Metro Rail, mula berkhidmat pada tahun 2003 dan dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan Wilayah Los Angeles (Metro). Laluan Gold mempunyai 27 stesen di sepanjang laluannya (termasuk dua stesen bawah tanah).
Nama laluan ini diubah dari Laluan Emas kepada Laluan L pada awal tahun 2020; namun, laluan ini akan tidak wujud lagi apabila projek Regional Connector selesai pada tahun 2022. [3] Pada ketika itu laluan ini akann berpecah kepada dua, dimana bahagian utara akan menjadi laluan sambungan bagi Laluan A (Biru) dan bahagian selatan akan menjadi laluan sambungan bagi Laluan E (Expo) .[4]
Rujukan
- ^ "Ridership Statistics – Rail Ridership Estimates" [Statistik Penumpang - Anggaran Penumpang Rel] (dalam bahasa Inggeris). LACMTA. Dicapai pada Mac 8, 2016.
- ^ "Monthly Ridership Plot" [Plot Penumpang Bulanan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). LACMTA. November 2013. Dicapai pada November 16, 2013.
- ^ "Meet the Line Letters: Information for Metro Employees" (PDF). LACMTA. Disember 2019. Dicapai pada Januari 7, 2020.
- ^ Fonseca, Ryan. "Ignore Those 'Line A' Signs. Metro's Blue Line Will Reopen As The 'A Line'". LAist. Diarkibkan daripada yang asal pada September 26, 2019. Dicapai pada September 27, 2019.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Laluan Emas (Metro Los Angeles) |