Laila Ali | |
---|---|
Statistik | |
Nama sebenar | Laila Amaria Ali |
Berat | Super middleweight, 72.5 kg[1] |
Tinggi | 5'11 (1.81 m) |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Kelahiran | Miami Beach, Florida, A.S. | 30 Disember 1977
Gaya | Ortodoks |
Rekod tinju | |
Jumlah lawan | 24 |
Menang | 24 |
Kemenangan mengikut KO | 21 |
Kalah | 0 |
Seri | 0 |
Tiada pertandingan | 0 |
Laila Amaria Ali (lahir 30 Disember 1977) ialah seorang bekas petinju profesional dari Amerika Syarikat. Beliau anak kelapan serta anak perempuan bongsu legenda tinju dunia Muhammad Ali hasil perkahwinan Muhammad dengan isteri ketiganya, Veronica Porsche Ali.[2] Beliau merupakan wanita pertama dalam kalangan penganut Islam yang menjadi peninju wanita berkelayakan taraf dunia.[3][4]
Beliau mula berjinak dengan tinju pada umur 18 tahun, walaupun bapanya pada mulanya tidak bersetuju.[5] Sehingga bersara pada akhir 2000-an, Laila tidak pernah kalah dalam kategori super middleweight, dengan 24 kemenangan.[6][7][8]
Nota
- ^ Like dad, Ali's daughter rules the ring, dicapai: 2009-01-12
- ^ "Laila Ali Biography". Women's Boxing. Dicapai pada 22 November 2012.
- ^ "How Ali's boxer daughter stood up to 'The Greatest'". wwos.nine.com.au (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-31.
- ^ "Celebrities, Music, News, Entertainment, TV Shows & Videos". BET (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-31.
- ^ "Boxing- Muhammad Ali". Womenboxing.com. 8 Jun 2001. Dicapai pada 29 Januari 2012.
- ^ "Sexy Female Boxers: They Will Knock You Down | AMOG". web.archive.org. 2013-08-08. Dicapai pada 2024-01-31.
- ^ "Boxing News | Interview: Jackie Nava". web.archive.org. 2013-12-19. Dicapai pada 2024-01-31.
- ^ "Laila Ali - Boxer". BoxRec.com. BoxRec. Dicapai pada 3 Januari 2014.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Laila Ali |