Labu dan Labi | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis | P. Ramlee S. Kadarisman |
Lakon layar | S. Kadarisman |
Cerita oleh | S. Kadarisman |
Dihasilkan oleh | Vee Meng Shaw |
Dibintangi | M. Zain P. Ramlee Udo Omar |
Disunting oleh | H.R. Narayanan |
Muzik oleh | P. Ramlee |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Labu dan Labi merupakan filem komedi Melayu yang diarah dan dilakonkan oleh P. Ramlee. Filem ini mengisahkan tentang Labu dan Labi, dua orang gaji kepada usahawan kain yang kedekut iaitu Haji Bakhil, dengan angan-angan mereka yang besar. Filem ini digayakan seperti pementasan pantomim dengan saduran lawak jenaka dan watak yang kadang-kala bercakap terus dengan penonton. Filem ini mempunyai turutan sequel iaitu filem Nasib Si Labu Labi.
Sinopsis
Labu (M. Zain) dan Labi (P. Ramlee) adalah orang gaji Haji Bakhil (Udo Omar), seorang tua yang sangat kedekut dengan isterinya yang penyabar dan setida serta anak perempuan mereka yang cantik, Manisah (Mariani). Kedua-dua Labu dan Labi sering dimarahi, dimaki dan dipaksa melakukan hukuman kanak-kanak iaitu ketuk-ketampi oleh Haji tetapi tetap bertahan untuk bekerja dengannya kerana masing-masing dalam diam telah jatuh hati kepada Manisah.
Satu malam apabila mereka berdua hendak tidur di beranda rumah Haji Bakhil seperti biasa, mereka berdua memulakan cerita tentang angan-angan masing-masing.
Kelab malam
Labi bercerita sekiranya mereka mewah dan mempunyai pekerja sendiri. Labi berangan yang dia adalah majistret yang ingin ke kelab malam untuk berjumpa dengan Labu, yang berangan juga menjadi seorang doktor. Dalam angan-angan ini, Haji Bakhil (yang dalam babak ini belum pergi haji) muncul sebagai pelayan untuk mengambil pesanan mereka (dan Labi membalas dendam dengan turut menengking kepadanya). Labu dan Labi kemudiannya menyaksikan persembahan Saloma dan kumpulan Panca Sitara yang turut disertai suaminya, P. Ramlee dengan nyanyian lagi "Bila Larut Malam". Kemudian, Aziz Sattar yang turut mengacarakan malam itu mempersembahkan peragaan fesyen dan salah satu modelnya ialah Sarimah.
Selepas persembahan, Labu menuju ke belakang pentas untuk menemui Sarimah di bilik persalinannya, tetapi ketika dia berbual dengan Sarimah, Labi muncul dengan tujuan yang sama. Labu dan Labi mula bertelagah, dan pertelagahan mereka terlalu kuat hingga mengejutkan Haji Bakhil yang menjerit menyuruh mereka kembali tidur.
Tarzan Malaya
Sementara itu, Labu berkata yang dia tidak mahu tinggal di bandar malah ingin tinggal di hutan (tetapi disindir Labi, "Nak jadi Sang Rajuna Tapa?"). Labu berkata dia ingin menjadi Tarzan yang boleh memerintah segenap haiwan di hutan (kecuali babi hutan). Dia berangan yang dia seorang Tarzan Melayu dengan memakai keris. Dalam babak ini, Haji Bakhil menjadi Chita, sepupu Haji Bakhil iaitu seekor monyet tak berekor. Ketika Labu menyediakan sambal belacan kerana bosan dengan buah, Labi muncul sebagai harimau yang juga tidak berekor. Labi ingin memakan Labu dan perlawanan bermula hingga kali ini, Haji Bakhil muncul dan memarahi mereka.
Di wild-west
Setelah diam kembali, Labu bertanyakan Labi sama ada dia suka atau tidak tinggal di hutan. Labi mengatakan dia lebih suka menjadi koboi yang boleh tangkap penjahat dan banyak ganjaran. Dia berangan yang dia seorang sherif manakala Labi menjadi Jesse Labu, adik bongsu Jesse James. Haji Bakhil sekali lagi muncul dan kini dia menjadi cucu Haji Bakhil yang menjadi pelayan bar (dengan meminjam uniform dapur Labu). Labu dan Labi memulakan perlawanan tembakan dan bunyi pistol dari mulut mereka membangunkan sekali lagi bos mereka. Haji Bakhil mengarahkan mereka bangun awal dan bekerja awal-awal pagi sebagai denda.
Makan JACK
Pagi esoknya, Labu ke hutan menjadi kayu api seperti yang disuruh Haji Bakhil. Ketika itu, dia terlihat sekumpulan lelaki yang mencurigakan memasuki satu bilik rahsia di dalam bukit kecil. Selepas orang itu pergi, Labu memasuki bilik tersebut dan menemui sejumlah harta yang banyak di situ (kebarangkalian dicuri). Labu mengambil harta itu dan menghilangkan diri.
Di rumah Haji Bakhil, mereka bersedih kerana kehilangan Labu. Walau bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan kemunculan rombongan peminangan Labu terhadap Manisah. Haji Bakhil (yang ketika ini diketahui nama penuhnya iaitu Haji Bakhil bin Lebai Kedekut) menolak pinangannya dan Labu berjumpa dengan seorang bomoh untuk menyihir Manisah, menyebabkan dia tidur dan tidak bangun-bangun. Labu menghantar pesanan yang dia akan menyembuhkan Manisah sekiranya Haji Bakhil menerima pinangannya.
Setelah menyaksikan perkara tersebut, Labi menemui seorang pendeta yang memberikannya batu hikmat, yang apabila dicelupkan ke dalam air akan menyebabkan air tersebut menjadi ubat kepada semua penyakit dan sihir. Labi mengunakan batu tersebut untuk menyembuhkan Manisah. Haji Bakhil gembira lalu membenarkan Labi mengahwini Manisah.
Pada hari perkahwinan, Labu datang ke rumah Haji Bakhil dan mengenakan jampi yang menyebabkan semua tertidur. Walau bagaimanapun, Labi tidak dipengaruhi jampi dan menggunakan batu hikmat untuk membangunkan Manisah pula. Labu memasuki rumah untuk menculik Manisah tetapi Labi menghalangnya dan pergaduhan bermula hingga Labu mengambil kapak lalu menetak ke kepala Labi.
Tetapi semua itu ditunjukkan bahawa mimpi dan Labu sebenarnya menghentak bantal di kepala Labi. Labu masih tidak sedar dengan lamunannya walaupun di simbah air oleh Haji Bakhil. Labu yang masih keliru antara mimpi dan kenyataan, memarahi Haji Bakhil. Manisah muncul di jendela meminta Labi mengeluarkan basikalnya tetapi Labu menyambar jendela dan memujuk Manisah meninggalkan Labi dan mengahwininya. Manisah yang berasa aneh mengatakan yang Labu masih bermimpi dan kini Labu baru sedar.
Haji Bakhil, yang masih marah dengan mereka berdua yang mengganggu tidurnya sepanjang malam menghukum mereka untuk ketuk ketampi.
Barisan pelakon
Pelakon utama
- M. Zain sebagai Labu bin Kundur, Doktor Labu, Tarzan Malaya, Jesse Labu & Haji Labu
- P. Ramlee sebagai Labi Bin Kura Kura, Majistreet Labi, Harimau, Sheriff Labi & Dirinya sendiri (Penyanyi kumpulan Panca Sitara)
- Udo Omar sebagai Haji Bakhil bin Lebai Kedekut (majikan labu dan labi), Pelayan di kelab malam, Chitah si monyet
- Mariani sebagai Manisah binti Haji Bakhil
- Rahimah Alias sebagai isteri Haji Bakhil
Pelakon pembantu
- Shariff Dol sebagai Pembantu Haji Labu
Penampilan khas
- Nyong Ismail sebagai Bomoh
- M. Babjan sebagai Pendeta Gua
- Saloma sebagai Dirinya Sendiri (Penyanyi lagu Bila Larut Malam & Singapura Waktu Malam)
- Aziz Sattar sebagai Dirinya Sendiri (Pengacara Kelab Malam)
- Sarimah Ahmad sebagai Dirinya Sendiri (Peragawati)
- Ahmad C sebagai Penyanyi Kumpulan Panca Sitara
- Sarawan Singh
- Kassim Masdor
Runut
- "Yang Mana Satu" nyanyian P. Ramlee, Saloma & M. Zain
- "Bila Larut Malam" nyanyian Saloma & Panca Sitara
- "Singapura Waktu Malam" nyanyian Saloma
Skrip Filem
SCENE 1/EXT/SIANG/BANDARAYA KUALA LUMPUR/
GAMBARAN SEKITAR KUALA LUMPUR. LOW ANGLE MENARA BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR. MS TUGU SINGA, ZOOM OUT SEHINGGA MENAMPAKKAN SEBATANG JALANRAYA. FS SEBUAH MASJID DAN KEMUDIAN LALU-LINTAS SIBUK YANG MEMPERLIHATKAN KERETA HAJI BAKHIL MENUJU KE SATU HALUAN. KERETA ITU OFF FRAME DAN GAMBARAN DERETAN KEDAI. ZOOM OUT, MIDDLE ROAD SEHINGGA CU PAPAN TANDA SYARIKAT HAJI BAKHIL & CO. CUT TO/.
SCENE 2/INT/SIANG/DI SEBUAH PEJABAT/
CU HAJI BAKHIL PENUH PERASAAN MENGGIRA JARI TANGANNYA SAMBIL MENCATAT SESUATU DALAM BUKU BESAR. TIDAK BERAPA LAMA KEMUDIAN MUNCUL PEKERJANYA MENGHANTAR SESUATU.
- 1. PEKERJA
Encik! PEKERJANYA MELETAKKAN SESUATU ATAS MEJA DEPAN HAJI BAKHI. KEMUDIAN DIA BERLALU DARI SITU.
- 2. HAJI BAKHIL
Mana balancenya? PEKERJANYA TIDAK JADI KELUAR DAN PATAH-BALIK MENGADAP HAJI BAKHIL.
- 3. PEKERJA
Balance satu sen Encik. (MENUNJUKKAN BILANGAN SATU DENGAN JARINYA ).
- 4. HAJI BAKHIL
(BERSAHAJA) Bawak ke mari.. MS PEKERJANYA MENGELUARKAN DUIT DARI SAKU BAJU DAN MENYERAHKAN KEPADA HAJI BAKHIL SAMBIL TERSENYUM SINIS, NAMUN HAJI BAKHIL MENYEDARINYA DAN TERUSMEN OLEH KE ARAH PEKERJANYA. Ooo…kau senyum..ya. Kau perlikan aku. Eee … duit satu sen jikalau dikumpul… kalau dah banyak boleh dibuat rumah batu… tau?
- 6. PEKERJA
Baik Encik.
- 7. HAJI BAKHIL
(KERAS) Pergilah…(KEMUDIAN TERSENYUM KE ARAH KAMERA) Assalamualaikum. Apa khabar semua? Saya ni nama Haji Bakhil. Saya ni orang kaya, rumah besar, motokar cantik dan saya ada dua orang gajian. Saya ni tiga ber anak. Saya, isteri saya dan anak saya. Oii…cantik! Boleh masuk meminang tetapi (MENUNJUKKAN ISYARAT DUIT DENGAN TANGAN JARINYA) siapkan saja duitnya banyak-banyak. Ya dak… CUT TO/.
SCENE 3/EXT/SIANG/DI BERANDA RUMAH /
FS DI RUANG BERANDA RUMAH HAJI BAKHIL. KELIHATAN ISTERINYA SEDANG DUDUK DI KERUSI SAMBIL MELAKUKAN SESUATU. MCU ISTERI HAJI BAKHIL MEMANDANG KAMERA.
- 8. MAK ENCIK
Saya ni isteri Haji Bakhil. Selama saya menikah dengan Haji Bakhil ni, hidup saya cukup mewah, makan cukup, Pakaian cukup. Tapi duit saja saya belum tengok. CUT TO /.
SCENE 4/INT/SIANG/SEBUAH BILIK/
FS DALAM SEBUAH BILIK YANG MENAMPAKKAN KEBUJANGANNYA IAITU BAJU, BEG DAN LAIN-LAIN BERGANTUNGAN DI DINDING. MCU MANISAH SEDANG MENGGUNTING KAIN SAMBIL MENGADAP KAMERA.
- 9. MANISAH
Nama saya Manisah. Saya anak Haji Bakhil. Bapak saya orang kaya. Tapi satu sen wang dia macam roda kereta lembu. Emm… (MENGELUH) saya terpaksa bekerja sendiri kerana nak cari duit belanja hari-hari. CUT TO /.
SCENE 5/ INT/SIANG/RUANG DAPUR /
MCU DI RUANG DAPUR YANG KELIHATAN KUALI DAN PERALATAN LAIN BERGANTUNGAN DI DINDING. LABU BERDIRI DI HADAPAN JENDELA SEDANG MEMOTONG BAWANG. DIA MENGESAT MATANYA BEBERAPA KALI DAN MEMANDANG KE ARAH KAMERA SAMBIL TERSENYUM SIMPUL.
- 10. LABU
He… he… mata saya pedas. (MEMANDANG KANAN DAN KIRI SAMBIL MENGESAT MATANYA BEBERAPA KALI DAN TERSENYUM) Hmm…nama saya Labu. Saya ni orang gaji Tuan Haji Bakhil. Bukan jadi tukang masak saja. Macam -macam kerja saya buat dalam rumah ni. (MENUDING JARI KE DADANYA) Pergi pasar saya, tukang masak saya, basuh pinggan, mangkuk, periuk, belanga pun saya. Basuh rumahtangga. Basuh rumah kecik yang di belakang tu… pun saya (MENUNJUK JARINYA KE BELAKANG SAMBIL MEMPERLIHATKAN KEGELIAN MENGGOSOK PERUT). Pendek kata selagi belum tutup mata… kerja, kerja, kerja. Oleh sebab itu, saya ada seorang kekasih di kampung ni. Sebab itulah saya tak mahu mintak berhenti kerja. Tunggu ye… (LABU MENGELUARKAN SEKEPING GAMBAR DARIPADA POKET BELAKANG SELUARNYA. DIA TERUS MERENUNG GAMBAR ITU PENUH ASYIK DENGAN SUARA YANG MERINTIH) Hai… adinda yang dikasihi kerana adinda, kekanda makan pun tak lalu. Satu hari, satu sudu, satu sudu, satu sudu tiga pinggan sudah habis. (TERUS MENDAKAPKAN GAMBAR KE DADANYA DAN MENOLEH KE ARAH KAMERA) Ha…. tuan-tuan jangan tengok. Ini rahsia saya. CUT TO /.
SCENE 6/EXT/SIANG/TEMPAT LETAK KERETA/
PAN LEFT TO RIGHT BEBERAPA BUAH KERETA DI TEMPAT MELETAK KERETA DAN LABI SEDANG TIDUR DI SUATU SUDUT. MCU LABI TERJAGA DARI TIDUR SAMBIL MENGGELIAT SERTA TERSENYUM SIMPUL KE ARAH KAMERA.
- 11. LABI
(KETAWA LUCU) He…he…nama saya Labi. Saya ni drivernya Haji Bakhil. Bukan driver saja. Macam-macam kerja yang saya kena buat. Haji Bakhil ni punya bakhil (MEMEGANG UNIFORMNYA) sampai baju driver nipun kena Pakai duit saya sendiri. (MENGELUH) Hm…! Kalau turut- turut hati lama dah saya berhenti. Tapi oleh kerana di dalam kampung yang saya tinggal tu ada seorang gadis. Gadisnya (MENUNJUK IBU JARINYA) … first class. (MEMBERI ISYARAT TANGAN NANTI DULU, KEMUDIAN MENGELUARKAN GAMBAR DARIPADA POKETUNI FORMNYA. DIA MEMANDANG KIRI DAN KANAN TERUS MERENUNGNYA SEKETIKA) Hee…(TERSENYUM) Tuan-tuan nak tengok gambar ini. Nanti saya tunjukkan ya. (MEMASUKKAN GAMBAR SEMULA KE DALAM POKET DAN TUKAR TOPIK) Sekarang mari saya ceritakan pasal Haji Bakhil. Haji Bakhil ni memang orang kaya. Rumah dia besar. Kereta dia pun cukup cantik. Nak tengok keretanya. Tu di hujung sana. (DI SATU SUDUT MLS SEBUAH KERETA) Cantik bukan macam setan
MALAY FILMS PRODUCTIONS LTD. MEMPERSEMBAHKAN
MOHD ZAIN & P. RAMLEE
SEBAGAI LABU & LABI
BINTANG UTAMA MARIANI UDO UMAR RAHIMAH ALIAS
BINTANG PEMBANTU SHARIFF DOL NYONG ISMAIL BABJAN SUPA’AT
PELAKON UNDANGAN SALOMA SARIMAH AZIZ SATTAR ORKEST PANCA SITARA ORKEST PUSPA RAYA
CERITA ASLI S. KADARISMAN
SCREEN – PLAY S. SUDARMAJI
DIALOGUE P. RAMLEE
LAGU-LAGU CIPTAAN DAN GUBAHAN P. RAMLEE
SERIKATA S. SUDARMAJI
ORKESTRA P. RAMLEE ORKESTRA
TEKNIK FOTOGRAFI ABU BAKAR ALI
ART DIRECTOR A. V. BAPAT
RAKAMAN SUARA MUSTAFFA KAMAL
RAKAMAN AKHIR KAM SIM BOON
EDITOR H. R. NARAYANA
LABORATORY CHOU CHAN KOK
PROCESSING WONG HONG PENG
STUDIO MANAGER KWEK CHIP JIAN
PEMBANTU-PEMBANTU TERAJU : S. SIDARMAJI FOTOGRAFI : YA’ ACOB MAHMOOD SUARA : AHMAD SUDARI YEO KEE JOK EDITING : LEE THIAM YIAK K.K RAM R. HARIDAS CONTINUITY : KASSIM MASDOR DIKELUARKAN OLEH : VEE MENG SHOW
TERAJU UTAMA P. RAMLEE A.M.N
SCENE 7/EXT/SIANG/JAM BESAR/
KAMERA LOW ANGLE DAN CONDONG KE ARAH SEBUAH JAM MENARA DI BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR YANG BERBUNYI LIMA KALI MENANDAKAN PUKUL LIMA PETANG. CUT TO/.
SCENE 8/EXT/SIANG/DALAM KERETA/
ELS KERETA HAJI BAKHIL SEDANG MENUJU KE SATU ARAH ATAS JALANRAYA. CU LABI MEMANDU KERETA SAMBIL MENOLEH SEBENTAR KE ARAH HAJI BAKHIL.
- 12. LABI
Encik …! CU HAJI BAKHIL SEDANG MEMBACA SURAT KHABAR.DAN KELIHATAN SERIUS.
- 13. HAJI BAKHIL
Ada apa ?
- 14. LABI
(MENOLEH KE BELAKANG DAN NADA MENYINDIR) Besok saya mintak cuti, saya nak jumpa dengan doctor.
- 15. HAJI BAKHIL
(MASIH MEMBACA SURATKHABAR) Doktor? Apa engkau yang sakit.
- 16. LABI
(BERSAHAJA) Tulang saya semua dah bergoncang, Encik.
- 17. HAJI BAKHIL
(TERASA KENA SINDIR) Ooo…kau sindir aku… ye. ( Bodoh! Tak boleh cuti. Tak boleh jumpa doctor. ( MARAH )
- 18. LABI
(MENOLEH KE BELAKANG) Baik Encik. ELS KERETA YANG DIPANDU LABI TERUS MENELUSURI JALANRAYA DARI ARAH HADAPAN DAN BELAKANG. CUT TO /.
SCENE 9/EXT/SIANG/DI SERAMBI/
MCU ISTERI HAJI BAKHIL SEDANG MENJAHIT SESUATU DI SERAMBI.
- 19. MAK ENCIK
Labu…!
- 20. LABU
(OFF FRAME) Saya mak Encik. LS LABU MUNCUL DARI PINTU DAPUR BERLARI KELUAR MENUJU KE ARAH MAK ENCIK.
- 21. LABU
(PENUH SOPAN) Mak Encik panggil saya… ye?
- 22. MAK ENCIK
(MENDONGAK KE ARAH LABU) Ya, Labu…! Pak Encik engkau dah dekat nak balik. Sudah kau siapkan makanan petangnya.
- 23. LABU
(SELAMBA SAMBIL TERSENYUM) Sudah… Dari pagi tadi siap. MCU MAK ENCIK MEMANDANG TEPAT KE ARAH LABU SEMACAM TERKEJUT..
- 24. MAK ENCIK
Eh! Jangan-jangan dah basi tak. (MELETAKKAN JAHITANNYA DI TEPI MEJA )
- 25. LABU
Ah…Yang itulah Pak Aji suka tu.
- 26. MAK ENCIK
Mmm…Bawak makanan itu masuk ye. MAK ENCIK BANGUN TIDAK KUASA NAK LAYAN LABU DAN MENUJU KE BILIK.
- 27. LABU
Baik mak Encik. MAK ENCIK HILANG DALAM PANDANGAN, LABU TERUS MENGEMAS SAMBIL MENOLEH KEBELAKANG DAN TERUS MEMASUKKAN KUIH DALAM TOPINYA. DIA MEMBELAKANGI KAMERA DAN MENUJU KE DAPUR. TETAPI BERHENTI SEKETIKA MENOLEH KIRI DAN KANAN BERHATI-HATI YANG MEMPERLIHATKAN AKSI LUCUNYA SAMBIL MENEGUK SISA AIR DARI CAWAN DAN TERUS KE DAPUR. CUT TO /.
SCENE 10/EXT/SIANG/DI PERKARANGAN RUMAH/
TRACKING SHOT KERETA BERGERAK MENUJU KE GARAJ KERETA. KEMUDIAN MLS KERETA MASUK DALAM GARAJ. LABI KELUAR DARIPADA KERETA TERUS MENUTUP DAN MENGUNCI PINTU GARAJ. KAMERA FOLLOW LABI TERUS DUDUK DI TANGGA SAMBIL MENGIPAS BADANNYA DENGAN TANGAN. MCU HAJI BAKHIL DI DALAM KERETA MASIH MEMBACA SURATKHABAR SAMBIL BERCAKAP SENDIRIAN.
- 28. HAJI BAKHIL
Labi ! Belum sampai-sampainya kita lagi…Labi? TIBA-TIBA HAJI BAKHIL MENYEDARI KERETA SUDAH BERHENTI DAN MENOLEH KE BELAKANG MEMANGGIL LABI. (NADA MARA) Alah! EH LABI! KENAPA KAU KURUNG AKU DI DALAM?! MLS LABI DUDUK DI TANGGA DAN TIBA-TIBA TERINGAT HAJI BAKHIL MASIH DALAM KERETA.
- 30. LABI
(CEMAS) Alamak ! Orang tua tu ada lagi kat dalam.' (LABI TERGESA-GESA BERLARI MEMBUKA GARAJ DAN MENGHAMPIRI HAJI BAKHIL) He…he Encik, Encik Aji jangan marah Encik Aji. (TERUS MEMBUKA PINTU KERETA PENUH SOPAN) HAJI BAKHIL KELUAR DARI KERETA DAN MENGHEMPAS PINTU KERETA DENGAN KUAT SERTA MEMANDANG TEPAT KE ARAH LABI YANG RASA BERSALAH TETAPI MENAMPAKKAN KELUCUANNYA.
- 31. HAJI BAKHIL
(MERADANG) APA…? KAU INGAT AKU MONYET DALAM KANDANG KE?
- 32. LABI
(TERGAMAM) Ya, Encik Aji.
- 33. HAJI BAKHIL
(MENINGGIKAN SUARA ) DIAM!.
- 34. LABI
(KETAKUTAN) Tidak, tidak, tidak.
- 35. HAJI BAKHIL
KU LENGSING KAU NANTI. (MENUNJUKKAN GAYA LENGSING) LABI CUBA MENGELAK SEBAGAI MEMPERLIHATKAN HORMAT.
- 36. LABI
(MENAHAN TANGANNYA) Jangan lengsing…Encik Aji.
- 37. HAJI BAKHIL
(MARAH) BODOH! (BEREDAR DARI SITU)
- 38. LABI
(BERSAHAJA) Siapa Encik Aji?
- 39. HAJI BAKHIL
KAULAH !
- 40. LABI
Ya, Encik…Ya, Encik…
- 41. HAJI BAKHIL
(DENGAN SUARA YANG KUAT) BODOH! KAMERA FOLLOW HAJI BAKHIL TERUS BERLALU DARI SITU MENUJU TANGGA RUMAH. MCU LABI CUBA MENGEJEK KATA- KATA HAJI BAKHIL BERSENDIRIAN.
- 42. LABI
(MENGEJEK) BODOH…! TIBA-TIBA HAJI BAKHIL MENOLEH KE BELAKANG DAN BERHENTI NAIK TANGGA.
- 43. HAJI BAKHIL
(TANYA ) SIAPA BODOH?!
- 44. LABI
(GAYA LUCU MENUDING JARI KE ARAH DIRINYA) Saya.. Encik Aji.
- 45. HAJI BAKHIL
(MENUNJUK JARINYA KE ARAH LABI) BETUL! HAJI BAKHIL MEMBELAKANGI KAMERA BERJALAN MENAIKI TANGGA TANPA MEMBUKA KASUT DAN TERUS MASUK KE DALAM RUMAH. INTERCUT/.
SCENE 11/INT/SIANG/RUANG TAMU/
MCU MAK ENCIK MUNCUL DI MUKA PINTU BILIK DAN TERUS MENYAMBUT KEPULANGAN SUAMINYA SEHINGGA KE SERAMBI.
- 46. MAK ENCIK
(PENUH KEMESRAAN) Baru pulang bang?
- 47. HAJI BAKHIL
Ya.
- 48. MAK ENCIK
Err…Bagaimana perniagaan hari ini bang? MAK ENCIK BERJALAN MENGHAMPIRI HAJI BAKHIL DAN MENANGGAL BAJU KOT.
- 49. HAJI BAKHIL
Perniagaan mudah–mudahan bagus. (PAUSE) Yang… Manisah belum pulang lagi Yang?
- 50. MAK ENCIK
(NADA RISAU) Belum lagi bang. Entah kenapa pulak lambat sangat dia pulang hari ini.
- 51. HAJI BAKHIL
(MENOLEH KE ARAH ISTERINYA DALAM LOGHAT MINANG ) Haa…bertambah manis bininya.. kor . MAK ENCIK MENAHAN MALU. SEBENTAR KEMUDIAN MUNCUL LABU DARI PINTU DAPUR MENUJU RUANG TAMU MEMBAWA JUADAH PETANG. DIA BERJALAN PENUH MELENGGANG-LENGGOK.
- 52. HAJI BAKHIL
(MENJERIT) Labu! LABU TERKEJUT TERUS DULANG YANG DI PEGANG TERHEMPAS TIDAK DAPAT DIKAWAL DAN DIA TERUS MENGGELETAR.
- 53. HAJI BAKHIL
Barang itupun tak boleh angkat. (MARAH) Angkat itupun tak larat ke? MCU LABU MENGELABAH DAN MENGGIGIL KERANA KECUT.
- 53. LABU
(SERBA SALAH) Bukan tak larat Encik. (MENGGIGIL DAN MENUNDUK) Saya…saya lemah semangat Encik. LABU MENGUTIP SERPIHAN KACA YANG TERHEMPAS SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH MAK ENCIK. KELIHATAN TANGANNYA MENGGELETAR MENGUTIP CAWAN YANG MENAMPAKKAN KELUCUAN.
- 54. HAJI BAKHIL
(MARAH) Bodoh! Habis jahaman harta aku. Selalu kau menyusahkan aku. Bila kau nak beri senang aku. MCU LABU MENYAMPUK TETAPI DALAM KEADAAN TERGAGAP-GAGAP MENAMPAKKAN KELUCUAN.
- 55. LABU
(GAGAP) Bila saya jadi me… me… menantu cik.
- 56. HAJI BAKHIL
(TERKEJUT) Apa ?
- 57. LABU
(DIA TERGAGAP-GAGAP DAN MENGELABAH) Bila sa… saya… ba… ba … bapak mentua Encik.
- 58. HAJI BAKHIL
(MEMANDANG BENGIS) Bodoh…bodoh.
- 59. LABU
(BERSAHAJA) Siapa ?
- 60. HAJI BAKHIL
Kaulah.
- 61. LABU
(SELAMBA TAPI PENUH KELUCUAN) Ya Encik, bapak saya bilang hari ini hari bodoh saya Encik.
- 62. HAJI BAKHIL
(NADA LUCU) Emm… Patut laa… INTERCUT /.
SCENE 10A/EXT/SIANG/(AS ACT 10)/
MCU LABI DUDUK DI TANGGA SERAMBI SEDANG MERENUNG SEKEPING GAMBAR DAN MERINTIH.
- 63. LABI
(MERINTIH) Oh! Adindaku yang tercinta. Hmm, muka kau macam muka aku. Bila kita nak menikah? LABI BERHENTI MENATAP FOTO ITU DAN MEMANDANG KE SATU ARAH. TRACKING SHOT MANISAH MENAIKI BASIKAL SEHINGGA DEPAN GARAJ.
- 64. LABI
(MS LABI BANGUN) Eh! Eh!...Eh… Cik Manisah baru pulang ya…? (LS MANISAH MENONGKAT BASIKALNYA) Eh tak apa, tak apa. Biar saya masukkan basikalnya ya. MS MAK ENCIK MUNCUL DI MUKA SERAMBI SAMBIL MEMANGGIL LABI
- 65. MAK ENCIK
Labi…
- 66. LABI
Ya, Mak Encik. (MS LABI TAK JADI MENOLONG MANISAH MENGAMBIL BASIKAL DAN MENOLEH KE ARAH MAK ENCIK)
- 67. MAK ENCIK
Kau tolong ambilkan surat khabar dan buku-buku Pak Encik kau ya!
- 68. LABI
Baik, Mak Encik. MS LABI MENUJU KE GARAJ DAN BERHENTI SEKETIKA UNTUK SENYUM KEPADA MANISAH. KEMUDIAN MENGEJEK PERCAKAPAN MAK ENCIK SAMBIL MENGGOYANGKAN BADANNYA YANG MEMPERLIHAT KELUCUANNYA.
- 69. LABI
Hmm…Menyampah betul. Tolong ambilkan surat khabar dan buku-buku Pak Encik kau tu… Labi. LABI MEMBUKA PINTU KERETA DAN TERUS MASUK. LS MANISAH BERJALAN MENUJU KE SERAMBI DI MANA IBUNYA BERDIRI. KAMERA FOLLOW MANISAH SEHINGGA DIA BERTENTANGAN DENGAN MAK ENCIK.
- 70. MAK ENCIK
Lambat sedikit kau pulang hari ni ya Manisah ?
- 71. MANISAH
Yalah mak, banyak betul orang mengupah baju hari ni. (BERJALAN MASUK MENDAHULUI IBUNYA) Sampai tak menang tangan. CUT TO/.
SCENE 11A/SIANG/(AS ACT 11)/
MCU MANISAH DAN MAK ENCIK MASUK KE DALAM RUMAH KETIKA ITU HAJI BAKHIL SEDANG TUNDUK MELAKUKAN SESUATU. APAKALA MANISAH SAMPAI DIA TERUS MENGHAMPIRI HAJI BAKHIL SERAYA MENEGURNYA DENGAN MANJA. MAK ENCIK MENGEKORI MANISAH DARI BELAKANGNYA.
- 72. MANISAH
(MANJA) Pak…
- 73. HAJI BAKHIL
(LEMBUT DAN MANJA) Saya…. nak.
- 74. MANISAH
Di kedai Manisah kekurangan mesin jahit, Pak.
- 75. HAJI BAKHIL
Mesin. Em… em… em…(MEMUTAR TANGANNYA MACAM MESIN JAHIT) MS MANISAH MEMBELAKANGI HAJI BAKHIL MENOLEH KE IBUNYA YANG TERSENYUM DAN MENGADAP HAJI BAKHIL SEMULA.
- 76. MANISAH
Dan Manisah rasa… Manisah nak ambik tiga buah lagi, Pak.
- 77. HAJI BAKHIL
Tiga…? (MEMPERLAHANKAN SUARANYA DAN MENUNJUKKAN TIGA JARINYA) Berapa harganya nak. (MEMBUAT ISYARAT DUIT DENGAN TANGANNYA)
- 78. MANISAH
Tak mahal Pak, agak-agak 500 ringgit saja.
- 79. HAJI BAKHIL
500 ratus. Eh… eh, tak ma… hal. (TERUS HAJI BAKHIL PENGSAN DAN TERDUDUK DI ATAS KERUSI )
- 80. MANISAH
(TERPERANJAT DAN MENJERIT ) Pak…!
- 81. MAK ENCIK
(TINGGI) Abang…! MAK ENCIK MENGHAMPIRI SEBELAH KIRI HAJI BAKHIL SAMBIL MENGONCANG BAHU HAJI BAKHIL DAN MANISAH DI SEBELAH KANANNYA.
- 82. MANISAH
(NADA KECEWA) Bapak ni…kalau orang mintak duit je… dia pengsan. THREE SHOT MAK ENCIK, HAJI BAKHIL DAN MANISAH.
- 83. MAK ENCIK
(BERBISIK) Bapak kau tu memang begitulah Manisah. Jangan-jangan dia purak-purak pengsan tak ?
- 84. MANISAH
Pak ooo…Pak…Pak. TIBA-TIBA LABU MASUK DENGAN CERIA DARI ARAH DAPUR DENGAN SEDULANG MINUMAN DAN MANISAH MEMANDANGNYA SAMBIL MENEGUR.
- 85. MANISAH
(MANJA) Abang Labu… LABU TERUS TERKEJUT DENGAN TEGURAN MANISAH DAN DULANG YANG DIPEGANG TIBA-TIBA TERJATUH. SITUASI ITU MENYEBABKAN HAJI BAKHIL TERKEJUT DAN BANGUN SERTA MEMEKIK.
- 86. HAJI BAKHIL
(MEMEKIK) Eh… eh. Habis jahanam harta aku Labuuu…!
- 87. MANISAH
(MERADANG) Bencilah bapak… ni.(BERLALU DARI SITU OFF FRAME SEOLAH MERAJUK) Memang dia purak-purak pengsan.
- 88. LABU
(MS LABU TERUS MENGGELETAR/TERGAGAP-GAGAP) Ma…maafkan saya Encik. MS HAJI BAKHIL DISAMPING MAK ENCIK YANG CUMA MEMBISU.
- 89. HAJI BAKHIL
(MARAH) Diam, jangan bersuara.
- 90. LABU
(BERCAKAP DENGAN ISYARAT TANGAN) Mm… aaa… uaamm…
- 91. HAJI BAKHIL
Ha… tak boleh bercakap. Dah nak mampus.
- 92. LABU
(SEDIH) Kan Encik bilang jangan bersuara.
- 93. HAJI BAKHIL
(MARAH) Bodoh….setan. (BANGUN SAMBIL CEKAK PINGGANGNYA) Lekas kau bawak kopi aku ke mari.
- 94. LABU
(PATUH) Baik…Encik. (KNEE SHOT MENGUTIP SERPIHAN KACA SAMBIL MENGGELETER) MLS HAJI BAKHIL MACAM BERBISIK DAN MENUNJUKKAN GAYA LENGSING.
- 95. HAJI BAKHIL
(MARAH) Budak ni sekali aku lengsing. MAK ENCIK MENOLEH ARAH HAJI BAKHIL KEMUDIAN MENGHAMPIRI LABU DAN MENOLONG MENGUTIP SERPIHAN KACA.
- 96. MAK ENCIK
(LEMBUT) Labu… jangan kutip lagi. Kau buatkan kopi ke mari.
- 97. LABU
(BERBISIK) Tuan Aji memang cam tu.
- 98. HAJI BAKHIL
(MARAH) Apa kau cakap?
- 99. LABU
(BERSAHAJA) Tidak, pinggan, mangkuk, periuk, belanga.
- 100. HAJI BAKHIL
(CU HAJI BAKHIL MARAH) Bodoh…! Lekas pergi ambil kopi aku ke mari.
- 101. LABU
Baik Pak Encik. (BERLALU KE DAPUR. KEMUDIAN TERJERIT DARI JAUH ) Eh ! Itu bilik Pak Encik. MS HAJI BAKHIL BERCEKAK PINGGANG MENGHAMPIRI ISTERINYA.
- 102. HAJI BAKHIL
Wah, sayang-sayang. Tadi kau sindir aku ha…? MCU ISTERINYA MASIH MENGUTIP SISA-SISA KACA DAN MENOLEH KE ARAH HAJI BAKHIL.
- 103. MAK ENCIK
(LEMBUT) Sindir-sindir apa pulak bang? Saya tak bilang apa-apa ?
- 104. HAJI BAKHIL
(BERSAHAJA) Kau bisik-bisik dengan anak kau… kau bilang aku ni…purak-purak pengsan…ya ?
- 105. MAK ENCIK
(MENDUGA) Eh… eh. Tadi bukankah abang pengsan. Macam mana abang boleh dengar? HAJI BAKHIL BERCEKAK PINGGANG DAN MEMUSINGKAN BADANNYA DAN KEMUDIAN KE ARAH ISTERINYA.
- 106. HAJI BAKHIL
Ouu…Aku ni pengsan fesyen baru. Kau mana tahu? (TIBA-TIBA TUKAR TOPIK) Haa… mana surat khabar aku ni. (NADA TINGGI) Labi…..! INTERCUT/.
SCENE 10B/EXT/SIANG/(AS ACT 10A)/
MCU LABI SEDANG TIDUR DENGAN NYENYAK DALAM KERETA. DARI SUDUT LAIN MLS HAJI BAKHIL MUNCUL KELUAR KE SERAMBI RUMAH..
- 107. HAJI BAKHIL
( MENJERIT ) Labi…! MCU LABI TERKEJUT SEHINGGA TERANGKAT KEDUA BELAH KAKINYA DAN DALAM KEADAAN MENGELABAH.
- 108. LABI
(MENGELABAH) Ya Encik. Kereta dah siap Encik.
- 109. HAJI BAKHIL
(MARAH) Aku tak mahu keretalah…bodoh!
- 110. LABI
(BERSAHAJA) Encik tak mahu kereta….nanti saya bawakan lori.
- 111. HAJI BAKHIL
(PERLI) Lori…? Kan lebih elok ko bawak kepala kereta api ke mari. Aku mahu surat khabarlah.
- 112. LABI
(MELIPAT AKHBAR YANG RENYUK) Oh ! Surat khabar. Inilah yang saya sedang cari…Encik.
- 113. HAJI BAKHIL
Dari tadi kau mencari baru tunjuk bersurat.
- 114. LABI
(SELAMBA) Tadi dah jumpa. Sekarang dah berkecai.
- 115. HAJI BAKHIL
Eh… eh budak ni. (GAYA LENGSING) Sekali aku lengsing baru tau. MLS MAK ENCIK MENGAMBIL DULANG DI LANTAI DAN BERJALAN KE DAPUR DAN BERTEMBUNG DENGAN LABI JUGA MEMBAWA DULANG MINUMAN. DIA TERUS MENEGUR LABI SUPAYA BERHATI-HATI.
- 116. MAK ENCIK
Labu…kali ini jaga baik-baik…jangan kasi jatuh lagi…ya? LABU DENGAN PENUH YAKIN MENUJU ARAH HAJI BAKHIL DAN TERUS HILANG SEMANGAT DAN MEMEGANG CAWAN SAMBIL MENGGELETER
- 117. HAJI BAKHIL
La…bu (TERTAHAN) MCU HAJI BAKHIL BERDIRI CUBA MENENANGKAN KEADAAN SUPAYA CAWAN KOPI YANG DIBAWA LABU TIDAK TERLEPAS LAGI. (KERISAUAN) Lab… pecah… pecah… mari… mari… mar… jaga…jaga…Labu…Labu…Labu…Labu…ja..ngan…jaga…Labu… Labu… Labu… Labu… Labu… Labu… TIBA-TIBA LABI MUNCUL MEMBAWA SURAT KHBAR SAMBIL MENATANG DI TANGANNYA. DIA TERUS MEMANGGIL HAJI BAKHIL MENYEBABKAN LABI TERKEJUT DAN TERHEMPAS LAGI DULANG BERISI MINUMAN.
- 119. LABI
Encik…
- 120. HAJI BAKHIL
(KECEWA) ALLAH, pecah jugak harta aku Labu.
- 121. LABU
(CU LABU MOHON SIMPATI) Yang sebetulnya… Encik, saya ada sawan Encik. Bila terpekik je, sawan saya datang Encik. TWO SHOT HAJI BAKHIL DAN LABU.
- 122. HAJI BAKHIL
(KESAL) Berapa lagi sawan kau tu, papalah aku Labu.
- 123. LABU
(SELAMBA) Tidak Encik. Lain tahun sawan saya kasi kaya.
- 124. HAJI BAKHIL
(MARAH) Bodoh, setan! SINGLE SHOT LABI MENATANG SURAT KHABAR DAN BUKU MEMANDANG KE ARAH KAMERA.
- 125. LABI
(PERLI) Apalah kau ni Labu…angkat itupun tak larat. Bodoh.
- 126. HAJI BAKHIL
(MARAH MENUDING JARI) Diam…kau pun setan juga. LABI TERKEJUT DAN SURAT KHABAR DAN BUKU TERLEPAS DAN JATUH KE LANTAI. LABU MENOLEH ARAH LABI MENGEJEKNYA.
- 127. LABU
Ya, Encik. Setan, setan gondol…. Encik. (KERAS) Bodoh, baqral.
- 128. HAJI BAKHIL
(MARAH) Diam. Kau berdua pergi sana. (SAMBIL MENCEKAK PINGGAN DAN MENGARAHKAN MEREKA BERDUA KE SUATU SUDUT) LABU MENUJU KE SEBELAH LABI YANG BERDIRI DI MUKA PINTU.
- 129. LABU
(KESAL) Ini semua kau punya pasal.
- 130. LABI
(BERTELINGKAH) Aku pulak. Engkau tu.
- 131. LABU
Yang engkau pekik buat apa? Kau dah tahu aku punya sawan. Kau pekik buat apa?
- 132. LABI
(SELAMBA) Dah tua nak mampus pun sawan. (GAYA LENSING) Sekali aku....lengsing baru kau tahu.
- 133. LABU
Ha…( CUBA MENGELAK LENGSING LABI )
- 134. HAJI BAKHIL
Eh…eh. Kau nak marah Labu pulak. Tangan pegang telinga.
- 135. LABI
Baik, Encik.
- 136. HAJI BAKHIL
Ha…ketuk ketampi. MLS LABU DAN LABI KETUK KETAMPI BEGITU JUGA HAJI BAKHIL YANG TIDAK SEDAR PERLAKUANNYA.
- 137. HAJI BAKHIL
Padan muka kau... CUT TO/.
SCENE 12/EXT/MALAM/JAM BESAR/
LOW ANGLE JAM BESAR BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD YANG KELIHATAN CONDONG, INI MENANDAKAN WAKTU MALAM. CUT TO/.
SCENE 13/INT/MALAM/RUANG DAPUR/
MS LAUK-PAUK MEMENUHI SELURUH MEJA. MCU HAJI BAKHIL SEKELUARGA SEDANG MAKAN. NAMUN, MANISAH KELIHATAN TIDAK BERSELERA DAN MENGERAK-GERAKKAN SUDU DAN GARFUNYA SAHAJA. PERBUATANNYA DISEDARI OLEH HAJI BAKHIL. MS LABU DAN LABI BERDIRI DI SAMPING MEJA MAKAN SAMBIL MEMERHATI MEREKA MENIKMATI MAKAN MALAM. MCU SEMULA HAJI BAKHIL MEMANDANG KE ARAH MANISAH YANG MASIH KECIL HATI.
- 138. HAJI BAKHIL
(MEMUJUK) Sudahlah Manisah. Jangan kau tunjukkan muka masam. Besok bapak kasi kau wang 500 ringgit. (MENUNJUKKAN JARINYA) Tapi ingat satu syarat, satu tahun kau tak boleh mintak apa-apa dengan bapak tau. CU MANISAH TIBA-TIBA BERTUKAR CERIA.
- 139. MANISAH
Baiklah...Pak, Manisah berjanji. MS LABU DAN LABI SEDANG BERDIRI MEMANDANG SESAMA SENDIRI IAITU TURUT GEMBIRA DENGAN KEPUTUSAN HAJI BAKHIL SAMBIL LABU MENUNJUKKAN IBU BAGUS KEPADA LABI. KEMUDIAN CU MANISAH TERSENYUM MEMANDANG LABU. CU LABU MENGENYEK MATA KE ARAH MANISAH. MCU KE ARAH MANISAH SEMULA YANG TIBA-TIBA JADI MERADANG. (MERADANG) Pak... tengok abang Labu main mata dengan Manisah, Pak.
- 141. HAJI BAKHIL
(KERAS MENOLEH ARAH MANISAH) Ah… Siapa ? HAJI BAKHIL MEMANDANG KE ARAH LABU DAN LABI. TIBA-TIBA LABU MENUDING JARI KE ARAH LABI PULA.
- 142. LABU
(MENUDUH LABI) Dia Encik. TIBA-TIBA LABI TERKEJUT DAN TERUS MEMBANTAH DAN MENUDING JARI KE ARAH LABU.
- 143. LABI
(TEGAS) Eh… Bukan saya, dia Encik. HAJI BAKHIL SEPARUH BANGUN DARIPADA KERUSINYA BERTANYA KEPADA MANISAH.
- 144. HAJI BAKHIL
(KERAS) Siapa yang main mata dengan kau...Manisah ?
- 145. MANISAH
Abang Labu, Pak.
- 146. HAJI BAKHIL
Ooo… (BANGUN DAN MENUJU KE ARAH LABU SAMBIL MEMEGANG GARFU) Kau nak mengurat dengan anak aku ya...Labu?
- 147. LABU
(SELAMBA) Ya, Encik.
- 148. HAJI BAKHIL
(MARAH) Apa? HAJI BAKHIL MENUJU KE MEJA DAN MENGAMBIL GARFU
- 82. LABU
Tidak… tidak… tidak Encik… Encik… Encik.
- 149. HAJI BAKHIL
Kalau kau tak jaga mata kau, (MENGACU GARFU MENCUCUK MATA LABU SEBAGAI GERTAK) aku cucuk mata kau. MS LABU TERUS MENUTUP MATA DENGAN TANGAN. SEBAGAI MERINTIH.
- 150. LABU
Aduh...aduh....!gulap gelita. (BERLEGAR-LEGAR SAMBIL MENUTUP KEDUA BELAH MATANYA) Butanya mata beta...macam Kassim Selamat. (LABU MENYANDAR KE DINDING DAN MELURUT TERUS DUDUK DI LANTAI SAMBIL MEMEGANG KEDUA BELAH MATANYA) Hai...Haji Bakhil, sampainya hati kau...mencucuk mata, beta.
- 151. MAK ENCIK
(MEMANDANG SUAMINYA) Itulah abang. (MENUNDUK DAN MENGHAMPIRI LABU DAN OFF FRAME) Marah saja tak boleh ke. Kan dah tercucuk mata budak ni ha.
- 152. HAJI BAKHIL
(HAIRAN) Eh… eh… belum aku cucuk dah buta. (MEMUJUK DAN MELUTUT KE ARAH LABU) Labu...tentang mana yang kena nak. Labu mari Pak Aji lihat. LABU MASIH MEMEGANG KEDUA BELAH MATANYA SAMBIL MERINTIH KESEDIHAN.
- 153. LABU
Tak usahlah Encik. Adalah lebih baik Encik jangan tengok. Penyakit ini berjangkit. MS LABI TERUS MENGHAMPIRI MANISAH DAN MEMIMPIN TANGAN MANISAH CUBA BEREDAR DARI SITU.
- 154. LABI
Cik mari kita pergi Encik. (MENUDING JARI KE ARAH LABU) Penyakit tu berjangkit, nanti susah pulak.
- 155. LABU
(MEMBUKA MATANYA) Encik! Encik… Encik… Encik (MENUDING JARI KE ARAH LABI) Tengok....Labi buat lari anak Encik.
- 156. HAJI BAKHIL
(HAIRAN) Eh… eh… kau kata kau buta mata kau. Macam mana kau boleh namPak anak aku.
- 157. LABU
(KETAWA MEMPERSENDAKAN HAJI BAKHIL) Saya buta macam Encik pengsan jugak. TERUS HAJI BAKHIL MEMUKUL BEBERAPA KALI TOPI LABU.
- 158. HAJI BAKHIL
(MARAH SAMBIL BERDIRI) Huh…Kau sindir aku ya. Bodoh, setan!.
- 159. LABI
(MS LABI MENGEJEK LABU) Bodoh, setan. (MENUNJUK JARINYA) Kering darah Encik.
- 160. HAJI BAKHIL
(MARAH) Jangan pegang anak aku.
- 161. LABI
Sumpah tak pegang.
- 162. HAJI BAKHIL
Berdiri dekat sini. LABI MENUJU KE ARAH HAJI BAKHIL, MANAKALA MAK ENCIK BANGUN DAN OFF FRAME..
- 163. LABI
(PATUH) Baik...
- 164. HAJI BAKHIL
Setan kau berdiri.
- 165. LABI
(MENGAJUK) Setan kau berdiri (MENOLEH ARAH LABI DAN BANGUN)
- 166. HAJI BAKHIL
Har...harr…
- 167. LABU
Har...harr... MS MEREKA BERDIRI MENGADAP HAJI BAKHIL SAMBIL LABU TERSENYUM KE ARAHNYA.
- 168. HAJI BAKHIL
Tangan pegang telinga. (LABU TERUS MEMEGANG TELINGA LABI) Heh… heh…Telinga tu kau pegang. (MENUNJUK KE ARAH TELINGA LABU ) Ketuk ketampi. LABU DAN LABI TUK KETAMPI SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH HAJI BAKHIL. CUT TO/.
SCENE 14/EXT/MALAM/JAM BESAR/
LOW ANGLE JAM BESAR DI BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR. GAMBARAN JAM SEMAKIN CONDONG BAGI MEMPERLIHATKAN WAKTU BERTAMBAH MALAM. CUT TO/.
SCENE 15/INT/MALAM/RUANG DAPUR/
MCU PINGGAN-MANGKUK BERSELERAK DI ATAS MEJA. TILT LABU DAN LABI MEMBELAKANGI SEDANG CUCI PINGGAN MANGKUK.
- 169. LABU
(MENOLAH ARAH LABI) Labi, engkau bila lagi nak menikah?
- 170. LABI
Cukup tahun ni...Labu.
- 171. LABU
Untunglah kau. (MERENUNG TEPAT ARAH LABI) Labi, mata air kau tu cantik tak?
- 172. LABI
Ooo… pendek kata (SAMBIL MENGELAP CAWAN) dalam kampung ni, tak dak siapa yang boleh melawannya...Labu. Tiada siapa dah.
- 173. LABU
(MENUDING JARI KE MUKANYA) Cantiknya ada macam muka aku ni.
- 174. LABI
(MEMBELAKANGI KAMERA) Macam muka kau buat apa Labu.
- 175. LABU
(MARAH) Hah… kau jangan tengok aku tak ada mata. (MERENUNG SERIUS KE ARAH LABI) Jangan-jangan mata kau terpeleot...tak? Kalau mata kau jadi macam mata aku ni, (MENUDING JARI KE DIRINYA) baru kau tau manusia paling handsome…Labu.
- 176. LABI
(MEMPERSENDA) Handsome konon. Muka macam burung kakak tua....handsome. TIBA-TIBA LABU NAIK ANGIN DAN MENUDING JARI KE WAJAHNYA.
- 177. LABU
Aii… kau bilang muka aku macam burung kakak tua. (BERGAYA) Nanti lagi satu hari kau tau aku siapa.
- 178. LABU
(BERSAHAJA) Emm…tak payah lagi satu hari Labu. Sekarang pun aku dah tahu dah. INTERCUT/.
SCENE 16/INT/MALAM/BILIK MANISAH/
(LAGU: YANG MANA SATU) LS DALAM SEBUAH BILIK. MANISAH MENGADAP KAMERA SEDANG MENJAHIT PAKAIAN DENGAN MESIN JAHIT. DIA BANGUN MENGAMBIL SESUATU DAN BERDIRI DENGAN KAIN DI TANGANNYA.
- 179. MANISAH
Yang mana Satu Idaman kalbu, BERDIRI TEPI KATIL SAMBIL MENELITI PAKAIAN DI TANGANNYA. KEMUDIAN DUDUK DI KATILNYA MENYUKAT KAIN. Tidak tertahan Menanggung rindu, Mungkinkah jauh Berbatu-batu, Atau di balik awam yang biru INTERCUT/.
SCENE 17/INT/MALAM/RUANG DAPUR/
MCU LABU DAN LABI SEDANG MENCUCI PINGGAN BERHENTI CUCI PINGGAN DAN TERUS MENYANYI.
- 180. LABU
Kalaulah aku Jadi temanmu, MCU LABU BANGUN MENGHAMPIRI DINDING BILIK MANISAH. Masak memasak Serah padaku, SAMBIL MENUDING DIRINYA DAN TERSENYUM. MCU LABI PULA MENGHAMPIRI DINDING BILIK MANISAH SAMBIL MENUDING JARINYA.
- 181. LABI
Kalaulah aku Jadi suami, Kain baju Aku cuci. INTERCUT/.
SCENE 16A/INT/MALAM/(AS ACT 16)/
CU WAJAH MANISAH YANG MASIH MELAKUKAN KERJA-KERJA JAHITANNYA DAN TERUS MENYANYI
- 182. MANISAH
Hai tukang masak Aku tak sudi, Oh...tukang cuci Menyakitkan hati, Aku mencari Biar berpadan, Asal di hati dapat berkenan. INTERCUT/.
SCENE 17A/INT/MALAM/(AS ACT 17)/
CU WAJAH LABU MASIH MENYANYI MENUDING JARINYA SAMBIL BERAKSI LUCU.
- 183. LABU
Inilah dia Yang dicarinya, Misai tebal Ular sawa, CU LABI SEDANG MENCANGKUNG DAN MENDONGAK KE ARAH LABU DAN TERUS MENYANYI.
- 184. LABI
Ini orangnya Idaman dara, Lawa tiada Manis ada. INTERCUT/.
SCENE 16B/INT/MALAM/(AS ACT 16A)/
LS MANISAH SESEKALI DI ATAS KATIL MENGGUNTING BAJU, SESEKALI BERDIRI MENYUKAT BAJU DAN SESEKALI BERLEGAR DI RUANG BILIKNYA. INTERCUT/.
SCENE 18/INT/MALAM/KAMAR TIDUR HAJI BAKHIL)/
MCU HAJI BAKHIL SEDANG MENGIRA DUIT DI MEJANYA DAN ISTERINYA SEDANG MENJAHIT DI ATAS KATIL.
- 185. HAJI BAKHIL
(MENGIRA DUIT KERTAS) Apa saja siaran radio ni. Tak habis-habis dengan lagu asmara cinta....asmara cinta. Tak habis-habis dengan cinta. Kan lagi bagus lagu nasihat. Dari mana datang duit. Macam mana nak jadi orang kaya, macam mana nak bini duu (MENOLEH KE ARAH ISTERINYA DAN ISTERINYA MERENUNG SERIUS DENGAN PENUH MAKNA)…Ee…Lagi bagus nasihatkan orang muda. (HAJI BAKHIL MENOLEH ISTERINYA) Ya...Yang. (ISTERINYA MACAM MELUAT) Oh…Marah....pulak. Alamak nasib baik tak dilensing aku. (MENGIRA DUITNYA) Satu, dua, tiga, empat. CUT TO/.
SCENE 16C/INT/MALAM/(AS ACT 16)/
MCU MANISAH SEDANG MENJAHIT DI MESIN JAHIT.
- 186. MANISAH
Oh…Sungguh susah Cari pasangan, Tak mau yang gagah Kurus pun bukan, Hati dah bosan Tidak berkenan, Sebab perangai tidak siuman, INTERCUT/.
SCENE 17C/INT/MALAM/(AS ACT 17B)/
MCU LABU DAN LABI MENCUCI PINGGAN SAMBIL BERSILA DI ATAS LANTAI.
- 187. LABU
Biarlah setan Atau pun hantu Cukup bulan Makan batu. LABI MEMANDANG LABU DENGAN AKSI LUCU SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH LABU.
- 188. LABI
Biarlah hantu Atau jembalang, MENGAYA AKSI LUCU MENYANGKUL KE ARAH LABU. Balik kampung Tanam kacang, MCU LABU MEMANDANG LABI SEOLAH MELUAT DAN BANGUN MENGHAMPIRI PINTU BILIK MANISAH. LABU MENCEBIKKAN BIBIRNYA KE ARAH LABI.
- 189. LABU
Labi.
- 190. LABI
Emm…
- 191. LABU
(MCU LABU MENAMPAKKAN CERIA) Bila aku terdengar je suara cik Manisah, aku teringat mata air aku.
- 192. LABI
(MENGHEMPASKAN KAIN LAP PINGGAN) Akupun begitu jugalah Labu. MCU TIBA-TIBA LABU MENGELUARKAN FOTO DARIPADA BAJU UNIFORMNYA.
- 193. LABU
(MERENUNG DAN MERINTIH) Hai...buah hati abang. Intan...payung.
- 194. LABI
(BERIYA-IYA) Labu...Labu, mintak tengok gambarnya... Labu. MCU LABU MEMBERI ISYARAT TANGANYA TIDAK BOLEH.
- 195. LABU
Aa…Tidak.. Ini rahsia aku. (MEMANDANG TEPAT KE ARAH KAMERA) Kalau tuan-tuan nak tengok, saya boleh tunjuk. Tetapi mesti berjanji... jangan kasi tahu si bahlol ni. (MENUNJUKKAN SEKEPING GAMBAR KE ARAH KAMERA) Aa…ini dia. MCU LABI MASIH MENCANGKUNG DAN RASA KECEWA.
- 196. LABI
Oooo… Ini macam...ya.(MENUNJUKKAN TANGANNYA KE ARAH LABU) Eh.. kalau kamu ada mata air, aku pun ada. Aku punya lebih lawa (MENGELUARKAN SEKEPING GAMBAR) Ahhh...(MERENUNG FOTO ITU) MCU LABU BERMINAT UNTUK MELIHATNYA.
- 197. LABU
Labi, Labi mari aku tengok sekejap. MCU LABI MENCEMEK MUKANYA KE ARAH LABU.
- 198. LABI
(MENGAJUK PERKATAAN LABU) Labi, Labi mari aku tengok sekejap. (MEMANDANG KAMERA) Tengok-tengok, pandai. Tentang gambar dia tak mahu tunjuk dengan kita. Tentang gambar kita dia nak tengok pulak.(MENOLEH KE ARAH LABU) Baik...kalau kamu boleh tunjuk, akupun boleh tunjuk. (MEMANDANG KAMERA) Sekarang saya tunjuk dengan tuan-tuan. Tapi janji jangan kasi tau dengan burung kakak tua ni ya. MCU MUKA LABU MEMANDANG KAMERA
- 199. LABU
Encik…Encik....Gambar siapa tu? CUT TO/.
SCENE 19/EXT/MALAM/JAM BESAR/
LOW ANGLE JAM BESAR DI BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR, YANG MENUNJUKKAN JARUM PUKUL 10.30 MALAM. KEMUDIAN BERBUNYI. CUT TO/.
SCENE 16D/INT/MALAM/(AS ACT 16)/
MCU BEBERAPA KETIKA MANISAH SEDANG TEKUN MENJAHIT PAKAIAN. INTERCUT/.
SCENE 18A/INT/MALAM/(AS ACT 18)/
MCU HAJI BAKHIL DAN ISTERINYA MASIH BELUM LELAPKAN MATA MEREKA. KELIHATAN HAJI BAKHIL TIDAK TENTERAM KERANA GANGGUAN MESIN JAHIT MANISAH DI SEBELAH BILIKNYA.
- 200. HAJI BAKHIL
Apa saja si Manisah tu? Dah tengah malam buta asyik gedek…gedek…gedek…gedek…Tak berenti-renti asyik menjahit saja. MCU MAK ENCIK MENOLEH KE ARAHNYA SEOLAH MEMBELA MANISAH.
- 201. MAK ENCIK
Biarlah dia menjahit, bang. Nanti dia penatkan...pegi dia tidur nanti.
- 202. HAJI BAKHIL
Em...memang kau selalu menyebelahkan anak kau. (MEMBUAT GAYA LENGSING) Ku lengsing kau nanti...baru kau tahu. HAJI BAKHIL TERUS LENA. CUT TO/.
SCENE 20/EXT/MALAM/SERAMBI RUMAH/
LS LABU DAN LABI BERJALAN MENUJU KE SERAMBI UNTUK TIDUR. MASING-MASING MENGEPIT SELIMUT DAN BANTAL. TERUS MEREKA MENAIKI TANGGA MASUK KE SERAMBI.
- 203. LABU
(MENGELUH) Ha…Labi.
- 204. LABI
Emm…
- 205. LABU
Apalah nak jadi dengan kita ni.(MEMBENTANGKAN SELIMUT) Dah bertahun-tahun asyik tidur dekat serambi aje.
- 206. LABI
Kita ni orang gaji...Labu. Di mana suruh tidur, tidurlah kita. Nasib baik dia bagi tidur kat serambi. Kalau dia suruh tidur kat bumbung, (MEMBENTANGKAN SELIMUT) mahunya jadi monyet. MCU LABU DUDUK BERSILA, MANAKALA LABI MASIH BERDIRI MEMBENTANG SELIMUTNYA.
- 207. LABU
(BERSILA) Yalah...maunya buatkan kita satu bilik. Boleh kita bebas bergerak, (LABI DUDUK BERSILA PULA) bebas baring, bebas tukar Pakaian. MCU LABI TIDAK MEMANDANGNYA TETAPI SAMBIL MENGARU DADANYA YANG GATAL.
- 208. LABI
(SELAMBA) Dulu dia buatkan bilik. Tapi bila Pak Aji tidur, kamu merayap je pergi mengintip si Manisah.
- 209. LABU
(CUBA BERDALIH) Ahh… Itu dulu.... (MENOLEH TEPAT KE ARAH LABI) Eh, Labi kalaulah kau kaya, kau ikut macam dia jugak.
- 210. LABI
(MENGUAP) Aaaa (ISYARAT TANGAN) Kalau aku kaya. Aku tak macam Pak Aji tu. (MENGAYAKAN) Aku Pakai lawa. Pakai neck tai, aku naik kereta besar. (MENCEMIK MUKANYA DAN MENUNJUKKAN KE ARAH GARAJ) Bukan macam kereta...tu. Kereta tu merangkrapu kepunding marangsekeper.
- 211. LABU
(PENUH MINAT) Ehwah… LABI MENCERITAKAN ANGAN-ANGANNYA SAMBIL PENUH ASYIK DIPERHATIKAN OLEH LABI.
- 212. LABI
Aku bersandar. Aku hisap rokok. Push…push…push…push… INTERCUT/.
SCENE 21/EXT/MALAM/DALAM SEBUAH KERETA/
CU MAJISTRET LABI BERADA DALAM SEBUAH KERETA SAMBIL MENGHISAP ROKOK.
- 213. MAJISTRET LABI
(PELAT INGGERIS) Driver...pergi night club...ya.
- 214. DRIVER
Baik tuan... Majistret. MCU MAJISTRET LABI MENGANGGUK. LS KELIHATAN KERETA YANG DINAIKI MAJISTRET MELUNCUR DI JALAN RAYA GELAP SAMAR SECARA BERDEPAN DAN KEMUDIAN MEMBELAKANGI KAMERA. CUT TO/.
SCENE 22/INT/MALAM/DI SEBUAH NIGHT CLUB/
LS DALAM SEBUAH NIGHT CLUB YANG KELIHATAN PASANGAN SEDANG MENARI DIIRINGI PANCARAGAM. GAMBARKAN KEADAAN INI DALAM PELBAGAI SUDUT. SEJURUS ITU, MASUK MAJISTRET LABI DI MUKA PINTU. DAN SEORANG PELAYAN MENYAMBUTNYA. LABU BERKATA SESUATU SAMBIL MEMBERI ISYARAT TANGAN DAN MENUJU KE MEJA DOKTOR LABU.
- 215. MAJISTRET LABI
Hello doktor.
- 216. DOKTOR LABU
Hello..Majistret (BANGUN DAN BERJABAT TANGAN) Long time no see. How do you do?
- 217. MAJISTRET LABI
(BERSALAMAN) Fine thank you.
- 218. DOKTOR LABU
(MEMPELAWA MAJISTRET DUDUK) Have a sit please.
- 219. MAJISTRET LABI
Thank you. KEDUA-DUANYA DUDUK DI KERUSI MASING-MASING.
- 220. DOKTOR LABU
You have a drink...Majistret?
- 221. MAJISTRET LABI
I don‟t mine. Thank you. DOKTOR LABU MENOLEH KE ARAH PELAYAN DAN MEMANGGILNYA.
- 222. DOKTOR LABU
Eh...Boy. DATANG SEORANG PELAYAN YANG MENYERUPAI HAJI BAKHIL DAN TIBA-TIBA LABU DAN LABI TERKEJUT.
- 223. PELAYAN
(CU PELAYAN PENUH HORMAT) Saya tuan. MS KEDUANYA SEOLAH TERKEJUT DAN HAIRAN.
- 224. DOKTOR LABU
Muka kau macam Haji Bakhil.
- 225. PELAYAN
Saya belum jadi haji tuan. Lain tahun saya jadi haji.
- 226. DOKTOR LABU
Emm...Emmm……apa nama kau?
- 227. PELAYAN
Bakhil.
- 228. MAJISTRET LABI
Bakhil? (PAUSE) Bakhil bin Kedekut. (MEMANDANG DOKTOR) Macam muka tuan kita...ya?
- 229. PELAYAN
Mau minun apa, Tuan?
- 230. MAJISTRET LABI
(BERFIKIR SAMBIL MENGETUK MEJA DAN KEMUDIAN MENOLEH KE ARAH PELAYAN) Jin and tonik.
- 231. PELAYAN
Baik...(KEPADA LABU) Tuan? PELAYAN MEMBELAKANGI KAMERA DAN SETIA MENUNGGU PESANAN MEREKA.
- 232. DOKTOR LABU
(PENUH GAYA SAMBIL BERSILANG KAKI) Iblis tonik. CU WAJAH SERIUS PELAYAN
- 233. PELAYAN
(SERIUS) Iblis tonik mana ada tuan. MS LABU PENUH GAYA DENGAN PELAT INGGERIS BERCAKAP.
- 234. DOKTOR LABU
(BERGAYA) All…right. A... give me setan (SAMBIL MENGETUK MEJA) and tonik. MCU PELAYAN MENGGELENG KEPALANYA.
- 235. PELAYAN
(SERIUS) Setan lagi tak ada tuan.
- 236. DOKTOR LABU
(MARAH DAN MENGHENTAKKAN MEJA) And now bring me Haji Bakhil and tonik (OFF FRAME LABU DENGAN SUARA KERAS SAMBIL MENGETUK MEJA). Get out…get out.
- 237. PELAYAN
(PATUH DAN KETAKUTAN) Tuan. MCU PELAYAN SEOLAH KETAKUTAN MEMANDANG KE ARAH MEREKA. MEMBELAKANGI MEREKA DAN TERUS BERLALU. KEMUDIAN MCU MEREKA MEMPERLECEHKAN PELAYAN.
- 238. MAJISTRET LABI
Bodoh.
- 239. DOKTOR LABU\
(KETAWA) Terlalu bodoh. (TUKAR TOPIK) How your business tuan Majistret?
- 240. MAJISTRET LABI
(PENUH GAYA DAN PELAT INGGERIS) You see. Sekarang rakyat-rakyat di dalam negeri semuanya sudah insaf dan mereka tidak lagi melakukan perkara-perkara jenayah. Dan pada saya....sangat senang kerana tidak banyak court kes...you know. Dan saya sebagai Majistret merasa bangga. KEDUA-DUANYA KETAWA TERBEHAK-BEHAK SAMBIL MENEPUK MEJA. KEMUDIAN LABU MENGAJU PERTANYAAN KEPADA LABU
- 241. MAJISTRET LABI
And how your business tuan doktor. MCU LABU MENGADAP KAMERA, LABI PULA MEMBELAKANGI KAMERA.\
- 242. DOKTOR LABU
(PELAT INGGERIS) Oh my god. (MENEPUK MEJA DAN MENGELUH) Terlalu susah. Semua kuasa-kuasa besar menggunakan...bom nuklear.
- 243. MAJISTRET LABI
Ooo…ya.
- 244. DOKTOR LABU
Banyak oreng-oreng yang sakit.
- 245. MAJISTRET LABI
Ooo…pitty.
- 246. DOKTOR LABU
(MENUNJUKKAN TANGAN KOSONG) Sehingganya saya punya hospital no more bed.
- 247. MAJISTRET LABI
Ooo…pitty. MCU PEMAIN DRUM MEMUKUL DRUMNYA BAGI MENYEMARAKKAN SUASANA NIGHT CLUB. MCU AZIZ SATTAR MENGACARA PERSEMBAHAN MODEL.
- 248. AZIZ SATTAR
Encik-Encik dan tuan-tuan. (MENUDING JARI KE DADANYA) Inilah dia Aziz Satar. S.A.T.A.R. Singapo Aziz Transporting Ampat Road. dengan bangganya mempersembahkan orkes Panca Sitara di bawah bimbingan P. Ramlee, dengan sebuah lagu yang bernama “ Bila Larut Malam ” yang akan disuarakan oleh biduanita Saloma. (BERBISIK SAMBIL MEMEJAMKAN MATANYA SEKETIKA) P. Ramlee punya daa…
- 249. HADIRIN
(KETAWA BERAMAI-RAMAI) KEDENGARAN MUZIK DAN MCU PENYANYI PANCA SITARA YANG KESEMUANYA BERKACA HITAM MENYANYI SEBARIS MENGADAP KAMERA. (LAGU: BILA LARUT MALAM)
- 250. PANCA SITARA
Ooo…ooo…aaa pabila larut malam LS DI SATU SUDUT MUNCUL SALOMA JALAN MENDATANG KE ARAH HADIRIN DAN KEMUDIAN MENGHAMPIRI PANCARAGAM.
- 251. SALOMA
Bila larut malam, Suasana sepi, Tiada pun insan, MCU PANCA SITARA MENYANYI CHORUS SAMBIL MENARI. KEMUDIAN MS SALOMA MENYANYI SAMBIL BERLEGAR DEPAN HADIRIN. Yang ku lihat lagi, Mengapa hatiku, Merasa terharu, Di malam ini, Terasa sepi, MCU SEMULA PANCA SITARA MENYANYI CHORUS SAMBIL MENARI. LS SALOMA TERUS BERLEGAR SAMBIL MENANYI SEKALI-SEKALA DIA MENARI. Inginku kata kan, Tapi pada siapa, MS SALOMA MENGHAMPIRI MEJA LABU DAN LABI YANG MANA LABI MENUDING JARI KEPADA DIRINYA UNTUK MENYAMAKAN SENIKATA “TAPI PADA SIAPA” Waa…wa…wa…waa, Purnama membisu, Tuu…tuuu…turururut, Embun pun membeku, Jiwa tak tertahan, Dalam api cinta, Bilakah gerangan, Padamnya asmara, MS PANCARAGAM PANCA SITARA DI PELBAGAI SUDUT BAGI MENAMPILKAN KESYAHDUAN BUNYIAN MUZIK. KEMUDIAN LS SALOMA BERDEPAN DENGAN PANCA SITARA YANG MENYANYI DALAM SATU BARISAN. SALOMA TERUS BERDIRI DI BARISAN BELAKANG SEKALI. Inginku kata kan, Tapi pada siapa, Purnama membisu, Tuu…tuuu…turururut, Embun pun membeku, Jiwa tak tertahan, Dalam api cinta, Bilakah gerangan, Padamnya asmara, Inilah irama lagu Larut Malam. MS PANCA SITARA MENUNDUKKAN BADAN DAN BEGITU JUGA SALOMA SEBAGAI MENAMATKAN NYANYIAN LAGU BILA “LARUT MALAM”. ELS HADIRIN SEMUA BERTEPUK TANGAN. MCU LABU DAN LABI MASIH DI MEJA BERTEPUK TANGAN KEGEMBIRAAN.
- 252. DOKTOR LABU
(KEHAIRANAN MENUNJUKKAN KE ARAH PANCA SITARA) Muka P. Ramlee betul macam muka tuan MAJISTRET.
- 253. MAJISTRET LABI
(HAIRAN) Itulah. Selagi tadi saya banyak hairan. Aaa...tapi tidak apa. Saya minta supaya P. Ramlee lekas matilah.
- 254. DOKTOR LABU
(MENCELAH) Apa sebab?
- 255. MAJISTRET LABI
(SELAMBA) Kalau P. Ramlee mati, saya boleh kahwin dengan Saloma. LABU KETAWA TERBEHAK-BEHAK, MANAKALA LABI BEGITU SERIUS.
- 256. DOKTOR LABU
(KETAWA SAMBIL MENEPUK MEJA) Impossible. (TUKAR NADA) Have a drink your Majistret.
- 257. MAJISTRET LABI
Ya. Thank you MCU PEMAIN DRUM MEMUKUL DRUM. KEMUDIAN LS AZIZ SATTAR.
- 258. AZIZ SATTAR
Ladies and Gentlemen. Tukang batu and tukang simen. Dick Tracy Kapten Marbal and superman. Encik-Encik dan tuan-tuan, sayalah Aziz Sattar sekali lagi berjumpa dengan Encik-Encik dan tuan-tuan. Saya harap dengar jelak ye. Encik-Encik dan Tuan-Tuan, Pada malam ini, dengan bangganya kami mempersembahkan Malam International dengan para bintang-bintang peragawati yang cantik jelita, semuanya belum kahwin lagi. Siapa nak meminang, sayalah ejennya. (KETAWA) Ha... Ha... Encik-Encik dan tuan-tuan, untuk tidak membuang masa lagi, inilah dia… Miss Jolly Kwan. Peragawati yang pertama dengan Pakaiannya yang diberi nama Rainbow atau Pelangi. (KETAWA) Ha..ha... Mintak-mintak jangan hujan.(MENUDING JARI KE ARAH PERAGAWATI) Peragawati Jolly Kwan. KAMERA FOLLOW PERAGAWATI BERJALAN MEMPERAGAKAN PAKAIANNYA. SELESAI DIA MEMPERAGAKAN PAKAIANNYA, LS HADIRIN MEMBERI TEPUKA. MCU AZIZ SATTAR BERGERAK KE SISI KUMPULAN ORKESTRA DAN MEMPERKENALKAN PERAGAWATI LINDA LUMB (PENUH CERIA) Peragawati yang kedua ialah Peragawati Linda Lumb...pakaiannya diberi nama “Evening in Paris” atau senja di Paris... lavaveri lavaminge. (KETAWA) Encik-Encik dan Tuan-Tuan...(MENUNJUKKAN TANGAN KE ARAH PERAGAWATI) Ini dia Peragawati...Linda Lumb. Ini saya punya...(KETAWA DAN HADIRIN JUGA KETAWA). LS LINDA LUMB NAIK ATAS PENTAS DAN MEMPERAGAKAN PAKAIANNYA SEHINGGA TAMAT DAN DIIKUTI TEPUKAN TANGAN HADIRIN. MS AZIZ SATTAR MUNCUL SEKALI LAGI Ah... Inilah dia peragawati yang ketiga (CAKAP INDIA) Caca ba india mari punya.... peragawati Nirmala. Peragawati Nirmala memakai Pakaian yang diberi nama Party atau Pesta. Peragawati Nirmala akan berkahwin dengan saya bulan depan. Application tutup! (MENUNJUKKAN TANGANNYA KE ARAH PERAGAWATI) Peragawati Nirmala. KAMERA FOLLOW KE ARAH PERAGAWATI NIRMALA MEMPERAGAKAN PAKAIANNYA SEHINGGA SELESAI DAN HADIRIN BERTEPUK TANGAN. MCU AZIZ SATTAR KELUAR MENGACARAKAN MAJLIS. Ah... Inilah dia peragawati yang keempat tidak lain tidak bukan peragawati dan juga bintang filem.... Sarimah. (TANGAN AZIZ SATTAR MENGGAYAKAN POTONGAN BADAN WANITA) 34-56-34. (SEMUA HADIRIN KETAWA) Eh... eh... (MENGGELENG-GELENGKAN KEPALA) Tidak... tidak... 34-22-34. Peragawati Sarimah memakai baju kebaya yang diberi nama Sukma Rindu... (CUBA MENYANYI KEMUDIAN MENGGELENG KEPALA)... Sukma Rindu (KETAWA SEOLAH KEGELIAN)Peragawati Sarimah! KAMERA FOLLOW PERAGAWATI SARIMAH MENGGAYAKAN PAKAIANNYA. KEMUDIAN MCU LABU DAN LABI BEGITU ASYIK MENYAKSIKAN PERAGAWATI SARIMAH. KEMUDIAN LABU BANGUN TETAPI LABI MEMEGANG TANGAN LABU MENYEBABKAN DIA TERSIPU-SIPU DAN DUDUK SEMULA.
- 262. MAJISTRET LABI
(TERSIPU-SIPU) Eh... Sorry. (MENOLEH KE ARAH LABI) Have a drink, Majistret. LS SARIMAH MASIH MEMPERAGAKAN PAKAIANNYA DAN HADIRIN BEGITU ASYIK MELIHAT KECANTIKAN DAN TUBUH BADANNYA YANG MENARIK. KEMUDIAN MCU AZIZ SATTAR SEBAGAI PENGACARA MAJLIS BERGERAK KE SISI KUMPULAN ORKESTRA.
- 263. AZIZ SATTAR
(DIALEK CINA) Aya...Sikalang lagi satu kali itu....peragawati Jolly Kwan atak (MENUNJUKKAN JARINYA) satu lagi kali atak pakai baju cheongsam aar... (MENUNJUK KE ARAH PERAGAWATI JOLLY KWAN) Peragawati Jolly Kwan dengan Pakaiannya cheongsam! KAMERA FOLLOW PERAGAWATI JOLLY KWAN MEMPERAGAKAN PAKAIAN DAN MENDAPAT TEPUKAN GEMERUH DARI PARA HADIRIN. MCU AZIZ SATTAR SEBAGAI PENGACARA MAJLIS. (SELAMBA DAN MELUCUKAN ) Sekarang, inilah dia Pakaian musim panas yang dipakai oleh Linda Lumb. Tengok orang ini cantik, matanya melerek, pinggangnya ramping, senyuman yang manis. Tapi, yang ini saya punya. Peragawati Linda Lumb dengan Pakaiannya Summer atau Musim Panas, Linda Lumb! KAMERA FOLLOW PERAGAWATI MEMPERAGAKAN PAKAIAN DAN MENDAPAT TEPUKAN GEMERUH DARIPADA PARA HADIRIN. SEBENTAR KEMUDIAN MCU AZIZ SATTAR Ah... Encik-Encik dan tuan-tuan. Sekarang peragawati Nirmala (DIALEK INDIA) Satu kali lagi keluar, ah..yo.. is karang dia banyak cantik...betul. Sumpah! Peragawati Nirmala dengan Pakaian Sari dalam bahasa melayu (SELAMBA DAN MELUCUKAN) Entah...Saya pun tak tahu. (MEMPERSILAKAN) Nirmala.... KAMERA FOLLOW PERAGAWATI NIRMALA MEMPERAGAKAN PAKAIANNYA, KEMUDIAN KELIHATAN SEORANG JURUKAMERA MENGAMBIL GAMBARNYA. Sekarang, inilah dia sekali lagi bintang filem dan juga peragawati Sarimah keluar sekali lagi. Kali ini dia keluar cukup berhias Pakaian. Yang saya tahu, bukan lembu atau kambing saja mempunyai hati, bintang pun ada hati. Tapi, saya suka makan hati ayam. (KEDENGARAN HADIRIN KETAWA) Inilah dia, peragawati Sarimah dengan Pakaian kebaya yang diberi nama Bintang Hati. MCU PERAGAWATI SARIMAH MENUJU KE PENTAS DAN TERUS BERGAYA. LABI TIBA-TIBA BANGUN TETAPI DITAHAN OLEH LABU.
- 267. DOKTOR LABU
Relax...Tuan Majistret. (KETAWA) Ha...Ha... Have a drink. KEDUA-DUANYA MENGANGKAT GELAS DAN TERUS MINUM.
- 268. MAJISTRET LABI
Have a drink. Heh… heh... (KETAWA) LS SARIMAH SELESAI MEMPERSEMBAHAN PAKAIANNYA DAN MCU AZIZ SATTAR MEMEGANG MIKE.
- 269. AZIZ SATTAR
Encik-Encik dan tuan-tuan, para hadirin yang terhormat. Dengan ini maka tamatlah sudah pertunjukkan Pakaian Internasional telah diselengarakan oleh peragawati-peragawati yang cantik tadi. Semoga kita berjumpa lagi pada esok malam. Ini adalah Aziz Sattar mengucapkan ribuan....terima kasih dan selamat....malam. (MELEMPARKAN SENYUMAN SAMBIL MENUNDUKKAN KEPALA TANDA HORMAT KEPADA HADIRIN). MULTI SHOT KE ARAH HADIRIN DAN MEREKA BERTEPUK TANGAN. MCU DOKTOR LABU DAN MAJISTRET LABI JUGA BERTEPUK TANGAN SAMBIL TERSENYUM PUAS.
- 270. DOKTOR LABU
(DIALEK INGGERIS) Oh...! (SEOLAH INGIN BANGUN) Peragawati-peragawati sudahpun selesai, Tuan Majistret...Saya minta diri.
- 271. MAJISTRET LABI
(KETAWA) Baiklah.
- 267. DOKTOR LABU
(BANGUN DAN BERSALAMAN) Selamat malam. 268. MAJISTRET LABI (BANGUN DAN BERSALAMAN) O.k, selamat malam. (MENUDING KE ARAH MEJA) musykil di hati.... siapa yang mahu bayar?
- 269. DOKTOR LABU
(CUBA SENYUM TETAPI SERBA SALAH). Tuan Majistret, bayar sendirilah. (OFF FRAME)
- 270. MAJISTRET LABU
(SENYUM) Terima kasih. MCU LABU DUDUK SEMULA SAMBIL MEMERHATI KE ARAH HADIRIN DAN MINUM AIR.
CUT TO/. SCENE 23/INT/MALAM/BILIK ARTIS/
LS SARIMAH MENGGANTUNG BAJU DAN KEMUDIAN BERALIH KE CERMIN. DIA MENGHIAS DIRI BEBERAPA KETIKA. KEMUDIAN KEDENGARAN PINTU DIKETUK BEBERAPA KALI DAN DIA MENOLEH.
- 271. PERAGAWATI SARIMAH
Coming! MCU LABU MEMEGANG SEJAMBAK BUNGA SAMBIL MEMBUKA PINTU DAN MASUK. TERUS TERSENYUM MERENUNG SARIMAH. TERUS MENUTUP PINTU TERGESA-GESA SAMBIL MENGGELENG KEPALANYA SEOLAH TERPESONA DENGAN KECANTIKAN SARIMAH. LABU MENUJU KE ARAH SARIMAH BERSAMA JAMBANGAN BUNGA.
- 272. DOKTOR LABU
Oh...Peragawati Sarimah. (BERSALAMAN) Maafkan saya.
- 273. PERAGAWATI SARIMAH
(BERSALAMAN) Selamat berkenalan. (MENUDING JARINYA KE ARAH LABU)
- 272. DOKTOR LABU
Terima kasih. Oh...no... (MEMINTAS) My name Labu. Oh, no...no...aaaa...Doktor Labu. (SARIMAH CUMA TERSENYUM). My degree, K.A.M.L.R. fullstop.. S.E.T.A.N. (SARIMAH KETAWA) That's all...(MEMPERSILAKAN) Have a seat... (SAMBIL MEMEGANG BAHU SARIMAH) have a seat. (KEDUA-DUANYA DUDUK BERTENTANG MATA) Thank you.. (TUKAR TOPIK) Oh....Waktu saya di Eropah, (MENGANGKAT JARI TELUNJUK SEOLAH-OLAH MENUNJUK SESUATU) banyak juga (MEMBUAT AKSI LUCU) saya lihat gadis-gadis yang muda-muda belaka. Tapi, hati saya (MENUNJUK KE DADA) tidak cinta. (MENGGERAK- GERAKKAN TANGAN). He...he... (KETAWA SAMBIL MENGELUARKAN SAPU TANGAN DAN MENGELAP PELUH). Apakala saya lihat Sarimah, dengan tak semena-mena asmara saya bergelodak. (SAMBIL MENGANGKAT BAHU DAN KETAWA ) 274. PERAGAWATI SARIMAH Oh... I see.
- 275. DOKTOR LABU
Saya harap dengan senang hati, Err...terimalah ini bunga sebagai cinta dari saya. MENGHULURKAN SEJAMBAK BUNGA KEPADA PERAGAWATI SARIMAH DAN DISAMBUT OLEH PERAGAWATI SARIMAH)
- 276. PERAGAWATI SARIMAH
Thank you very much. (SENYUM DAN MENGAMBIL BUNGA)
- 277. DOKTOR LABU
(MELIHAT JAM) And then, jam belum lagi dua belas, pejabat kadi (TUNJUK KELUAR) belum lagi tutup....ada lebih baik (TUNJUK KELUAR) kita pergi kawin. (MEMEGANG TANGAN PERAGAWATI SARIMAH DAN DOKTOR LABU BANGUN)
- 278. PERAGAWATI SARIMAH
(TERAGAK-AGAK) Tapi... TIBA-TIBA PINTU DIKETUK DAN KEDUA-DUANYA MEMANDANG KE ARAH PINTU. DOKTOR LABU DUDUK KEMBALI
- 279. DOKTOR LABU
Apa itu? CU LABU KELAM KABUT APABILA MENDENGAR KETUKAN, MANAKALA PERAGAWATI SARIMAH CUBA MENENANGKAN DAN MENBANTUNYA. (MENGELABAH) And then, what I'm going to do? What I'm going to do? MS DOKTOR LABU MENGELABAH, MANAKALA PERAGAWATI SARIMAH MEMINTA DOKTOR LABU MEMBONGKOKKAN MENJADI MEJA. DENGAN PANTAS SARIMAH MELETAKKAN KAIN DI ATAS BELAKANG LABU DAN BERDIRI MEMANDANG KE PINTU.
- 281. PERAGAWATI SARIMAH
Coming. CU MAJISTRET LABI TERUS MEMBUKA PINTU DAN MASUK TERGOCOH-GOCOH SAMBIL MEMEGANG SEJAMBAK BUNGA, MENUTUP DENGAN SENYUMAN LUARBIASA.
- 282. MAJISTRET LABI
(BERSUNGGUH-SUNGGUH) Oh... Peragawati Sarimah. Sungguh cantik. (MENYENTUH TANGAN PERAGAWATI SARIMAH) Saya sungguh berbesar hati melihat peragawati dengan Pakaian yang sungguh cantik. (MENGAJUK PERLAKUAN PERAGAWATI) Ini macam...ini macam. Ini bikin hati saya goncang. (MEMEGANG DADANYA) Dum! Dum! macam motorbot. (TUKAR NADA) Uphh.....Saya Labi. Majistret....Degree L.E.M.B.U..
- 283. PERAGAWATI SARIMAH
Ya…Ya... (KETAWA KECIL)
- 284. MAJISTRET LABI
(BERSUNGGUH) Sudah kahwin? (PERAGAWATI SARIMAH MENGGELENG) Oh... Belum? Terimalah ini bunga. LABI MENGHULURKAN BUNGA KEPADA PERAGAWATI SARIMAH, DAN BELIAU MENERIMANYA. MAJISTRET LABI MEMPERSILAKAN PERAGAWATI SARIMAH DUDUK DI BELAKANG DOKTOR LABU. Silakan duduk...silakan duduk. (MEMEGANG TANGAN SARIMAH DAN DUDUK BERTENTANGAN) Begini peragawati. (MEMBETUL TALI LEHER) Sebenarnya saya masih juga belum kahwin. You know, masih di dalam itu lingkungan...What you call... Anak dara sunti. Ya, boleh saya duduk sana? MCU LABI MENUNJUK KE ARAH PERAGAWATI SARIMAH. PERAGAWATI SARIMAH MENGGANGGUK KEPALA TANDA SETUJU. Oh...terima kasih Peragawati...Sarimah. (LABI TERUS DUDUK BERSEBELAHAN SARIMAH DAN SEKETIKA) Oi...kenapa ini bangku goncang...goncang ya? (MENOLEH ARAH SARIMAH) Ok, boleh saya pegang? (PERAGAWATI SARIMAH SENYUM DAN MENGANGGUK KEPALA ) Oh... terima kasih peragawati. (TERUS MEMELUK SARIMAH) Oh, begini... saya juga manusia yang…yang, you know... handsome. (PERAGAWATI SARIMAH MENGANGGUKKAN KEPALA) Sudi kahwin dengan saya? (PERAGAWATI SARIMAH HANYA (PERAGAWATI SARIMAH MENGANGGUKKAN KEPALA) Sudi kahwin dengan saya? (PERAGAWATI SARIMAH HANYA MENGANGGUK ) Betul? (BEGITU GEMBIRA) Oh...terima kasih. Mari kita kahwin. MCU MEREKA BANGUN DAN MENUJU KE PINTU. CU LABU MENGANGKAT KAIN DAN DUDUK.
- 287. DOKTOR LABU
Oiii....Tuan Majistret...sakaai.... MS MAJISTRET LABI AGAK TERPERANJAT BERPALING KE ARAH DOKTOR LABU DAN TERUS TERSENYUM.
- 288. MAJISTRET LABI
(NADA TERKEJUT) Tuan, Doktor...Apa bikin di sini? (TUKAR TAJUK) Oh.. kebetulan saya kekurangan saksi. Kan lebih baik tuan doktor menjadi saksi. (MENUDING JARI DIRINYA) Saya mahu kahwin dengan… (MEMEGANG DAGU PERAGAWATI SARIMAH) You know...peragawati Sarimah. How nice! MS DOKTOR LABU BANGUN DENGAN PERASAAN MARAH LALU MENCAMPAKKAN KAIN KE LANTAI.
- 289. DOKTOR LABU
Tuan...Majistret! (MARAH/PELAT INGGERIS) Jangan suka potong orang punya jalan! Itu perempuan (MENUNJUK KE ARAH PERAGAWATI SARIMAH) saya yang punya! Mana boleh! (MAJISTRET LABI MENUJU KE ARAH DOKTOR LABU DAN MENUDING JARI KE ARAHNYA) Ini perempuan saya yang punya!
- 291. DOKTOR LABU
Mana boleh! (TERUS DUDUK DAN MEMUKUL LANTAI DENGAN TANGAN)
- 292. MAJISTRET LABI
(MENUDING JARI ARAH LABU) Heh....Tuan Doktor! (TERUS DUDUK BERSILA) Jikalau kamu betul-betul keraskan hati.. Saya nanti saman di dalam court. You know. court?...itu mahkamahlah. Dan di sana nanti kamu akan didapati salah kerana masuk di dalam bilik peragawati dengan tidak meminta keizinan. (MENUDING JARI DIRINYA) saya Majistret akan menjatuh hukuman penjara tiga tahun! (MENUNJUKKAN TIGA JARINYA DAN AKSI) Kerja berat! CUT TO/.
SCENE 20A/EXT/MALAM/(AS ACT 20)/
MS LABU DAN LABI BERTENTANG MATA SEDANG BERTENGKAR DI SERAMBI.
- 293. LABU
(PELAT INGGERIS) Oh... Majistret. Kau...manusia yang tidak mengenang orang punya jasa!
- 294. LABI
(PELAT INGGERIS) Apa jasa ada?
- 295. LABU
Oh...waktu kau sakit mau mampus, siapa operate kau? Aku... (MENUDING JARI ARAHNYA) Doktor Labu. Kalau aku tau ini macam kau punya perangai....ada lebih baik, aku bagi kau satu injection....kau go hell di bawah! INTERCUT/.
SCENE 18A/INT/MALAM/(AS ACT 18)/
CU HAJI BAKHIL TIBA-TIBA TERBANGUN KERANA KEBISINGAN DI SERAMBI, MANAKALA ISTERINYA JUGA TURUT TERJAGA. HAJI BAKHIL TERUS MEMEKIK.
- 296. HAJI BAKHIL
(KERAS) Heh, setan bising di luar tu...? INTERCUT/.
SCENE 20B/EXT/MALAM/(AS ACT 20)/
MCU LABI DAN LABU SEDANG DUDUK BERSILA MEMANDANG SESAMA SENDIRI.
- 297. LABI
Astaghfirullah-al-Azim, Apa dah jadi kita ni, Labu...
- 298. LABU
Jangan kita berangan-angan dah! (SAMBIL BARING)
- 299. LABI
Angan-angan? (KETAWA) He...He...He.
- 300. LABU
Mari kita tidur, Labi. He...He... (KETAWA) KEDUA-DUANYA KETAWA GELI HATI DAN TERUS MENIARAP DAN SEKALI-SEKALA BARING MENGIRNG.
- 301. LABI
(KETAWA) Geli hati aku.
- 302. LABU
Majistret.... (MENUDING JARI ARAH LABI) muka ini. (KETAWA) He...He...He.
- 303. LABI
Kau doktor...doktor ayam... (KETAWA) He...He... MS KEDUA-DUANYA MENAHAN KETAWA GELI HATI. CUT TO/.
SCENE 19A/EXT/ MALAM/(AS ACT 19)/
CU JAM BESAR DI BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR YANG KELIHATAN BERTAMBAH CONDONG SEBAGAI MENGGAMBARKAN TELAH LARUT MALAM. KEMUDIAN JAM BERBUNYI SEBELAS KALI YANG MENANDAKAN PUKUL SEBELAS MALAM. CUT TO/.
SCENE 20C/EXT/MALAM/(AS ACT 20B)/
BUNYI JAM MASIH KEDENGARAN TETAPI TIDAK KELIHATAN VISUALNYA. MCU LABU DAN LABI MASING-MASING MENIARAP SAMBIL BERSEMBANG..
- 304. LABU
Labi... MEREKA MASIH BERSEMBANG SAMBIL MENIARAP.
- 305. LABI
Hmm...
- 306. LABU
Jadi orang kaya pun tak gunalah.
- 307. LABI
Sebab?
- 308. LABU
Tidak ada kebebasan. Aku lebih suka lagi di hutan.
- 309. LABI
Hutan? Nak jadi apa engkau? Nak jadi sang rajunatapa?
- 306. LABU
(MENOLEH ARAH LABI) Apa kau cakap sang rajunatapa? Engkau tak tahu? (BANGUN DAN TERUS BERSILA) Di hutan banyak bebas, nak ke sana nak ke mari, boleh makan macam-macam buah!
- 307. LABI
(MENGIRING MENOLEH LABU) Eh, buah Melaka boleh makan tak?
- 308. LABU
(BERSUNGGUH-SUNGGUH BERCAKAP DENGAN AKSI TANGANNYA) Jangan kata buah Melaka, buah Johor, buah Negeri Sembilan, buah Pahang boleh makan. Buah geduakpun boleh makan...nng. Boleh kawan dengan binatang-binatang, boleh kawan dengan monyet.
- 309. LABI
Monyet...?
- 310. LABU
Ahhhaaah...
- 310. LABI
Monyet? Nak jadi apa?
- 311. LABU
(BERSUNGGUH-SUNGGUH) Jadi Tarzan!
- 312. LABI
Oh...
- 313. LABU
Oh.. bila Tarzan terus panggil, semua binatang-binatang datang. (LABI BEGITU ASYIK) Cuma....satu binatang tak mahu datang.
- 314. LABI
Eh...siapa tu?
- 315. LABU
Babi hutan.
- 316. LABI
Kalau agaknya, tarzan itu panggil binatang. (MENGGAYAKAN DENGAN TANGANNYA) Eh.. binatang mari-mari. Eh, binatang...mari...mari.
- 317. LABU
(MENUNJUK TANGANNYA) Eh...bukan begitu.... Dia pekik.
- 318. LABI
Pekik?
- 311. LABU
(MENGGANGOK) Hahh...
- 312. LABI
Macam mana dia pekik?
- 319. LABU
Dia pekik macam ini. LABU TERUS BANGUN DARIPADA TEMPAT PEMBARINGANNYA. INTERCUT/.
SCENE 24/EXT/SIANG/HUTAN/
GAMBARAN DALAM SEBUAH HUTAN YANG KELIHATAN ADA SEBUAH TASIK DAN BATU-BATAN. MS TARZAN INGIN MEMANGGIL BINATANG-BINATANG DAN MELETAKKAN KEDUA-DUA TANGAN DI PIPINYA
- 320. TARZAN
(NADA MELAUNG) Ooo… Ooo… Ooo... Eh… Eh... Macam orang...bang! (BERENTI SEBENTAR MENGELUARKAN SESUATU DARIPADA MULUTNYA) Ah... Lalat? Aku pekik bukan panggil kau....panggil gajahlah. (MENCAMPAKKAN LALAT DAN TERUS MELAUNG) Ooo… Ooo… Ooo... (BERHENTI DAN MENOLEH KIRI DAN KANANNYA) Mana binatang-binatang ini semua? Ah, tak boleh jadi. TARZAN MENUJU KE SATU ARAH DI MANA KELIHATAN SEBUAH TASIK. LS TARZAN TERUS BERGAYUT DAN MENYEBERANGI TASIK. SETIBA DI SEBERANG TASIK DIA TERUS MASUK DALAM SEBUAH PONDOK BERHAMPIRAN TASIK. DI SATU SUDUT, LS CHEETAH MELOMPAT-LOMPAT DI ATAS BATU. KEMUDIAN TARZAN KELUAR DARI GUA BERSAMA MESIN TAIP DAN DUDUK DI ATAS BATU. DIA TERUS MENAIP PERLAHAN. CHEETAH SAMBIL TERGARU-GARU MENGHAMPIRI TARZAN. TARZAN TERSENYUM KE ARAH CHEETAH YANG DUDUK MENCANGKUNG DI HADAPANNYA. (TERSENYUM MEMANDANG CHEETAH) Eh...Eh... Muka engkau macam Haji Bakhil.
- 322. CHEETAH
Aku sepupu Haji Bakhil la...
- 323. TARZAN
Oh.... (MENUDING JARI ARAH CHEETAH) Patutlah ada bulu.
- 324. CHEETAH
(MENUDING JARI PINGGANG TARZAN) Tarzan Pakai keris?
- 325. TARZAN
Ha... Tarzan Malayalah. (SAMBIL MENGGIRINGKAN BADANNYA DAN TERUS TUKAR NADA) Hah...sudah! Jangan banyak cakap! Ambil makanan aku. TARZAN MENGARAHKAN CHEETAH TETAPI DIA TETAP MENCANGKUNG MEMERHATIKAN TARZAN.
- 326. CHEETAH
Taip surat? Mau hantar ke mana, Tarzan?
- 327. TARZAN
(SELAMBA) Hantar dengan sepupu engkaulah, Haji Bakhil minta naikkan gaji....Tau tak? CHEETAH BANGUN, MEMBELAKANGI KAMERA, TARZAN MEMANDANGNYA TERSENYUM KE ARAHNYA DAN TERUS MENAIP. CHEETAH TERUS MASUK PONDOK MENGAMBIL BUAH-BUAHAN DAN KELUAR MENGHAMPIRI TARZAN.
- 328. CHEETAH
(MENUNJUK KE ARAH TARZAN) Tarzan, ini makanan! MS TARZAN MENOLEH KE ARAH CHEETAH DAN BERHENTI MENAIP.
- 329. TARZAN
Ah... (NADA JEMU) Hari-hari makan buah...sampai aku nak fade- up! (TUKAR NADA) Hari ini aku tak mau makan buah. Aku nak makan nasi! TARZAN TERUS MENAIP, MANAKALA CHEETAH CUMA MEMANDANG KOSONG SAHAJA.
- 330. CHEETAH
(PERLI) Tarzan mahu makan nasi?
- 331. TARZAN
(MERADANG) Jangan jawab! Pergi ambil aku punya nasi! Aku mahu makan nasi. Pergi....! MCU CHEETAH KETAWA SAMBIL MENJELIRKAN LIDAHNYA KE ARAH TARZAN DAN MASUK KE PONDOK TARZAN. KEMUDIAN DIA KELUAR MEMBAWA SEPINGGAN NASI.
- 332. CHEETAH
(TUNJUK NASI KEPADA TARZAN) Tarzan, ini nasi!
- 333. TARZAN
(MENGADU) Dah seminggu aku tak makan nasi, Kau bawa nasi dengan ikan bilis. (MENGGELENG KEPALA) Heh! Memang kau tak boleh harap, Cheetah! TARZAN MARAH DAN MASUK KE PONDOK. KEMUDIAN TARZAN KELUAR MEMBAWA LESUNG DAN BOTOL. DIA TERUS MENCANGKUNG,, MENUANGKAN ISI DALAM BOTOL KE LESUNG DAN TERUS MENUMBUK. CHEETAH TERUS MENCANGKUNG MENGADAP TARZAN SAMBIL MEMEGANG PINGGAN.
- 334. CHEETAH
Apa kau bikin, Tarzan?
- 335. TARZAN
Bikin sambal belacan.
- 336. CHEETAH
(KETAWA) Tarzan.... tahu makan belacan?
- 337. TARZAN
Diam! (MEMBUAT AKSI LENGSING) Nanti aku lengsing kau! MS CHEETAH TERUS MEMERHATI TARZAN MENUMBUK SAMBAL. DI SUDUT LAIN LS HARIMAU MERANGKAK BEBERAPA KETIKA DI TEPI TASIK. KEMUDIAN MEMANDANG KE ARAH TARZAN DAN MEMBERI SALAM.
- 338. HARIMAU
Assalamualaikum.
- 339. TARZAN
(SELAMBA MASIH MENUMBUK SAMBAL) Waalaikumsalam. (MENOLEH KE ARAH SUARA DAN TERUS TERPERANJAT) Eh...rimau bagi salam? MLS TARZAN BERGANJAK SEDIKIT DAN BEGITU JUGA CHEETAH. MS HARIMAU MEMANDANG KE ARAH TARZAN.
- 340. HARIMAU
Apa...engkau fikir rimau tak boleh bagi salamkah? CHEETAH DALAM KETAKUTAN MEMBAWA PINGGAN NASI KE ARAH PONDOK TETAPI MASIH MEMANDANG KE ARAH HARIMAU.
- 341. TARZAN
Eh... rimau...errr...ngapa muka kau macam...Labi? MS HARIMAU MASIH MERANGKAK DAN MENGADAP KAMERA.
- 342. HARIMAU
Labi anak saudara aku....daa. (TUKAR NADA) Eh...Tarzan, aku satu minggu tak makan. Aku bau daging manusia. Aku nak makan kau...Tarzan. LS TARZAN KELIHATAN GEMENTAR TETAPI CUBA MENGAWAL PERASAAN.
- 343. TARZAN
(MENCABAR) Baik.... Kalau kau berani, (CUBA MENCABUT KERIS) kau mari. MS HARIMAU MEMANDANG TASIK.
- 344. HARIMAU
(MENUDING JARINYA KE TASIK) Hmm, ada air? MS HARIMAU MENOLEH KE SATU ARAH. ELS HARIMAU MENCAPAI TALI YANG DIGUNAKAN OLEH TARZAN SEBELUM ITU. DIA TERUS MENYEBERANG ALA TARZAN JUGA TETAPI PENUH AKSI. MLS TARZAN TERPEGUN MELIHAT KETANGKASAN HARIMAU MENYEBERANGI TASIK.
- 345. TARZAN
(TERPEGUN) Eh...Rimau punya stunt lebih daripada aku? (SENYUM SEDIKIT DAN NADA LUCU) Eh...Eh.. rimau, mana ekor engkau? MS HARIMAU MENOLEH KE PUNGGUNGNYA SAMBIL MERABA-RABA.
- 346. HARIMAU
Aku rimau...educated. Tak ada ekor.
- 347. TARZAN
(NADA PERLI) Oh...rimau sekolah. (CHEETAH MASIH MENGGIGIL KETAKUTAN DI SEBELAH TARZAN). LS HARIMAU MENGAUM SAMBIL MELEPASKAN TALI. TERUS MERANGKAK MENUJU KE ARAH TARZAN.DAN MELOMPAT KE ATAS BATU, SEMENTARA TARZAN MELOMPAT KE SEBELAH. MAKA, BERLAKU PERGADUHAN ANTARA TARZAN DENGAN HARIMAU. TIBA-TIBA HARIMAU TERNAMPAK MESIN TAIP MILIK TARZAN.
- 348. HARIMAU
Oh...kau hendak minta gaji lebih dari Haji Bakhil? (HARIMAU MENEKAN-NEKAN MESIN TAIP) MLS PERGADUHAN IAITU TIKAM-MENIKAM DAN CAKAR-MENCAKAR DI ANTARA TARZAN DAN HARIMAU. CUT TO/.
SCENE 20D/EXT/MALAM/(AS ACT 20C)/
MLS LABU DAN LABI SEDANG BERGADUH. LABU BERDIRI MANAKALA LABI MERANGKAK. KEDUA-DUA MEREKA KELIHATAN BERPUSING-PUSING KEMUDIAN BERHENTI. LAGAK MEREKA SEBAGAIMANA ANGAN-ANGAN YANG SEOLAH-OLAH ALAM REALITI.
- 349. LABI
(MENCAKAR DAN MENGELILINGAN LABU) Whiirrrr....
- 350. LABU
(SEOLAH MENIKAM DENGAN KERIS) Ahhhrrrr..... GAMBARKAN SITUASI PERGADUHAN BEBERAPA KETIKA SEHINGGA MENYEBABKAN HAJI BAKHIL TERJAGA DARIPADA TIDURNYA. INTERCUT//.
SCENE 18B/INT/MALAM/(AS ACT 18)/
DALAM KAMAR HAJI BAKHIL YANG KELIHATAN TIDUR NYENYAK DENGAN ISTERINYA. GAMBARKAN MEREKA MEREBUT-REBUT SELIMUT YANG CUMA SEHELAI. MULA-MULA HAJI BAKHIL MENARIK SELIMUT, KEMUDIAN ISTERINYA. INTERCUT/.
SCENE 20E/EXT/MALAM /(AS ACT 20D)/
FS LABU DAN LABI MASIH BERENTAP DI SERAMBI RUMAH. MEREKA MASING-MASING HILANG KAWAL DIRI IAITU TIDAK SEDAR MEREKA BERANGAN. LABU MENGAYAKAN SEOLAH MEMEGANG KERIS DAN LABI MENGAYAKAN SEEKOR HARIMAU.
- 351. LABU
(MEMBANTAH) Eh… rimau engkau main bangsai...kau tendang kaki orang...ya? INTERCUT/.
SCENE 18B/INT/MALAM/(AS ACT 18A)/
MLS HAJI BAKHIL SEDANG TIDUR BERSEBELAHAN ISTERINYA DAN TIBA-TIBA BANGUN
- 352. HAJI BAKHIL
(MERADANG) Apa saja...budak-budak setan ni...hah? (BUKA PINTU) Allah.... HAJI BAKHIL TERUS MEMBUKA PINDU BILIKNYA DALAM KEADAAN MERADANG. INTERCUT/.
SCENE 20F/EXT/MALAM /(AS ACT 20E)/
MLS MUNCUL HAJI BAKHIL MEMBUKA PINTU DAN KELIHATAN LABU DAN LABI MASIH BERENTAP TANPA MENYEDARI KEMUNCULAN HAJI BAKHIL.
- 353. HAJI BAKHIL
(MEMBUKA PINTU) Hei, budak-budak setan...(MEMANDANG TEPAT ARAH LABU) Kau belum tidur lagi? Tengah malam buta kau main teng- teng di atas serambi...ya? Besok pagi tak bolehkah main teng-teng di halaman? (GAYA MELASING DAN LABU JUGA MENGAJUK PERBUATAN HAJI BAKHIL) Aku lasing kau...nanti, kau baru tau. (KERAS) Tidur....! HAJI BAKHIL TERUS TUTUP PINTU DAN KEMUDIAN KEDENGARAN HAJI BAKHIL MEMEKIK.
- 354. HAJI BAKHIL
(KESAKITAN) Aduh! MCU LABU YANG MASIH BERDIRI MEMANDANG KE ARAH PINTU.
- 355. LABU
(KUAT) Kenapa… kenapa....Encik? MCU PINTU DIBUKA SEMULA DAN MUNCUL HAJI BAKHIL MENUNJUKKAN JARI TERLUNJUKNYA KE ARAH LABU.
- 356. HAJI BAKHIL
(NADA SEDIH) Tanganku kena sepitlah. (SAMBIL MELETAKKAN JARINYA DI MULUT )
- 357. LABU
(NADA PERLI) Hmm..Patutlah.
- 358. HAJI BAKHIL
(BERDENGUS) Hmm..... (SAMBIL MENUTUP PINTU SEMULA) LABU TERUS MENCAPAI BANTAINYA DAN BERGERAK KE TEMPAT ASALNYA.
- 359. LABI
Labu...Labu LABI MEMBAWA BANTAI DAN TERUS KE TEMPAT ASALNYA SAMBIL MEMANDANG SESAMA SENDIRI. KEMUDIAN MASING- MASING MELETAKKAN BANTAL ATAS LANTAI DAN BARING.
- 360. LABI
Tarzan le.. rimau le... macam-macam kau ni, Labu. (MEMBEBEL SAMBIL MEMBARINGKAN DIRINYA)
- 361. LABU
(SAMBIL BARING) Ada ke rimau tendang kaki belakang. Bukan kuda... Ada saja kau ni....Labi. MS LABU DAN LABI TERUS BARING DI TEMPAT MASING-MASING DI ATAS LANTAI SERAMBI. CUT TO/.
SCENE 19B/EXT/ MALAM/(AS ACT 19)/
CU JAM BESAR DI BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR YANG KELIHATAN BERTAMBAH CONDONG SEBAGAI MENGGAMBARKAN TENGAH MALAM IAITU TEPAT PUKUL 12 MALAM DAN BERBUNYI. CUT TO/.
SCENE 20G/EXT/MALAM /(AS ACT 20F)/
SAYUP-SAYUP KEDENGARAN BUNYI JAM MENANDAKAN PUKUL 12 MALAM. MCU LABI DAN LABU SEDANG BERBARING TETAPI BELUM TIDUR LAGI.
- 362. LABU
Labi... (BANGUN SEDIKIT MEMANDANG LABI) Kau nak ikut aku pergi hutan jadi,Tarzan?
- 363. LABI
(MASIH BERBARING) Emm..Tarzan? Nak jadi apa? Tak baguslah.
- 364. LABU
Kalau kau tak mau jadi Tarzan (TERUS BANGUN DAN MENGADAP LABI) kau nak jadi apa?
- 365. LABI
Aku nak jadi „cowboy‟.
- 366. LABU
(MEMANDANG PENUH MINAT) Cowboy...?
- 367. LABI
Cowboylah bagus. Kalau aku jadi cowboy...Labu (SAMBIL MENGIRING) Aku nak jadi sheriff. Kerja aku tangkap gengster. Gengster datang, aku …(MENGAYA MACAM PEGANG PISTOL) Puiiimm...pang...pang....pang. Chummm Goal! ( KETAWA )
- 368. LABU
(TERSENYUM DAN KETAWA KECIL) Engkau fikir senang nak tangkap gengster? Macamana engkau boleh kenal gengster?
- 369. LABI
Itu tak susahlah, Labu. (MENGAYAKAN TANGANNYA SEBAGAI KERTAS) Dia ada kertaslah. Ada suratkhabar. Labu, ada muka gengster tu. Ada yang reward 5 ribu, ada yang reward 10 ribu. Reward sana, reward sini, J.C. James.. Brand James.. (MENGAYAKAN TANGANNYA) Reward! CUT TO/.
SCENE 25/INT/SIANG/SEBUAH BAR/
CU POSTER REWARD JAMES LABU ADEK BONGSU JESSE JAMES TERPAMPANG DI DINDING DALAM SEBUAH BAR. PAN SHOT SELURUH BAR DAN MCU SEORANG LELAKI DUDUK SAMBIL MENJULURKAN KAKINYA ATAS MEJA DAN SEKALI-SEKALI MENEGUK MINUMAN. TIBA- TIBA DIA TERPANDANG ARAH PINTU BAR DI MANA JAMES LABU MASUK DENGAN MUKA SERIUS, YANG KELIHATAN PISTOL DI KIRI DAN KANAN PINGGANGNYA. JAMES LABU MEMANDANG KIRI DAN KANAN DALAM BAR. TIBA-TIBA DIA MEMEKIK.
- 370. JAMES LABU
(MEMEKIK) Get out...! GAMBARKAN SEISI DALAM BAR TERSEBUT KELUAR BERANSUR-ANSUR KECUALI LELAKI YANG DUDUK MELUNJUR DI KERUSI. MCU JAMES LABU MENOLEH KE KIRINYA DAN TERLIHAT POSTERNYA IAITU REWARD UNTUK MENANGKAPNYA. DIA MEMANDANG SEKETIKA DAN MEMBUAT AKSI MENYAMPAH (AKSI MENYAMPAH) Akkk........ DIA TERUS BERJALAN MARA KE DALAM BAR SAMBIL MENCEKAK PINGGANG MEMANDANG KE ARAH PELANGGAN LAIN. MCU LELAKI YANG DUDUK MELUNJUR KAKINYA DI MEJA TIDAK LANGSUNG MENGINDAHKAN KEHAHIRANNYA YAKNI TIDAK GENTAR. JAMES LABU TERUS DUDUK DI KERUSI KAUNTER BAR SAMBIL MENGETUK MEJA BEBERAPA KALI. PELANGGAN YANG BERADA DI SITU SEMUANYA KETAKUTAN DAN BEREDAR DARI SITU. JAMES LABU MEMANDANG KANAN DAN KIRI PARA PELANGGAN YANG MULA BERUNDUR DARI SITU. Saya mahu minum....(MENGETUK MEJA SAMBIL MENUNJUK TANGANNYA) Hey, boy....sini! (TUKAR NADA) Eh… muka engkau....betul macam Haji Bakhil. KELIHATAN PELANGGAN LAIN MASIH MEMERHATI LABU DI BELAKANGNYA.
- 373. PELAYAN
Itu datuk...saya.
- 374. JAMES LABU
Oh… Ini cucu Haji Bakhillah.
- 375. JAMES LABU
Patut lah... (MERENUNG UNIFORM PELAYAN) Eh....kau pinjam uniform aku ya?
- 376. PELAYAN
Aku pinjam sebentar. Diamlah!
- 377. JAMES LABU
Oklah.
- 378. PELAYAN
Mahu minum apa, J.C? Mahu minum bir?
- 379. JAMES LABU
(MENGGELENG KEPALA) Hmm....hmmm.
- 380. PELAYAN
Brandy?
- 381. JAMES LABU
(MENGGELENG KEPALA) Hmm...hmmm.
- 382. PELAYAN
Wiskey?
- 383. JAMES LABU
(MENGELENG KEPALA) Hmm...hmmm. (TUKAR NADA) Oh.. saya mahu minum..eerrr… air susu (SAMBIL MENGETUK MEJA DENGAN JARINYA)
- 384. PELAYAN
Cowboy mana boleh minum air susu? TIBA-TIBA JAMES LABU MERADANG SAMBIL MEMUKUL MEJA.
- 385. JAMES LABU
(KERAS) Jangan jawab! Nanti aku tembak engkau baru tahu! PELAYAN KETAKUTAN
- 386. PELAYAN
Alamak..(PELAYAN BERLALU DARI SITU) Mati aku… KAMERA FOLLOW PELAYAN BERLARI ANAK KETAKUTAN DAN KELUAR DARI BAR YANG BERTEMBUNG DENGAN SEORANG PELANGGAN YANG BARU MASUK. MCU LELAKI YANG DUDUK KAKI MENJULUR ATAS MEJA TUNDUK MEMERHATI ARAH JAMES LABU. MCU JAMES LABU YANG MEMBELAKANGI KAMERA MENOLEH BELAKANG DAN MENJELIR LIDAHNYA KE ARAH LELAKI TERSEBUT. MCU LELAKI ITU BANGUN DAN MEMANDANG KE ARAHNYA. TIBA-TIBA LELAKI ITU MEMANDANG KE SATU SUDUT DI MANA KELIHATAN SEORANG WANITA MENURUNI TANGGA DAN MEMANDANG KE ARAH LELAKI ITU. KAMERA FOLOW LELAKI ITU MENGHAMPIRI WANITA YANG BARU TURUN TANGGA TADI DAN CUBA MEMEGANG TANGANNYA. TERUS JAMES LABU MEMEKIK.
- 387 JAMES LABU
Hey....jangan pegang dia! Scram...you! MS LELAKI ITU CUBA MENCABAR JAMES LABU DAN SERTA-MERTA JAMES LABU MENEMBAKNYA. DAN TERKENA BAHU LELAKI ITU. WANITA ITU TERUS BERLARI KE ARAH LELAKI YANG CEDERA ITU. MLS JAMES LABU MENIUP MUNCUNG PISTOLNYA, MANAKALA SEMUA PELANGGAN DALAM BAR BEREDAR DARI SITU KETAKUTAN. MS JAMES LABU MEMBELAKANGI KAMERA, KEMUDIAN KNEE SHOT SHERRIF MEMBUKA PINTU BAR DAN MASUK KE DALAM. JAMES LABU MENOLEH DI BELAKANGNYA DAN MERENUNG DARI KAKI HINGGA KE TUBUH BADAN SHERRIF YANG BERDIRI TEGAK DI HADAPANYA DAN SEAKAN TERKEJUT SEHINGGA HAMPIR DIA TERJATUH DARIPADA KERUSINYA. Alamak, (TERKEJUT DAN BERDEHUM) Emmm.... errr.... siapa kau?
- 389. SHERIFF LABI
Apa...dulu kau tak pegi sekolah ke? (MENUNJUK LENCANANYA) Kau tak boleh eja ini....ya? Sharifflah!
- 390. JAMES LABU
Eh, kenapa muka engkau macam Labi?
- 391. SHERIFF LABI
(MEMANDANG KIRI DAN KANAN) Apa kau bagi tau. Nasib baik tak ada orang kat sini. Diam-diam sudah!
- 392. JAMES LABU
Bila aku mimpi saja, kau datang. Asal aku mimpi saja, kau datang. Engkau memang kacau daunlah, Labi.
- 393. SHERIFF LABI
Eh.. kau fikir kau adik (MENUDING IBU JARI KE ARAH POSTER JAMES LABU) J.C James aku takut ke? (BAHASA TAMIL) Hale podah....J.C. hutang jadi 30 sen makan nasi lemak belum bayar lagi, kau tau tak? Hah.. kau kenal aku? (MENUDING IBU JARINYA) Ini....dia adik Nat King Cool. (TUKAR NADA DAN MENGAMIK TANGAN KE ARAH JAMES LABU) Sekarang....mari ikut aku, aku nak tangkap kau!
- 394. JAMES LABU
(MS JAMES LABU CUBA CABAR SHERIFF) Ok. Kalau kau berani, (MENUDING IBU JARINYA) kau tangkap aku. JAMES LABU TERUS BANGUN DAN BERDIRI BERHADAPAN SHERIFF BERSEDIA UNTUK SCRAM. MS SHERIFF SIAP SEDIA.
- 395. SHERIFF LABI
Oh..melawan ya. MS SHERIFF BERUNDUR SEDIKIT KEBELAKANG DAN JAMES LABU TERUS MENYERUK BELAKANG KAUNTER DAN MELEPASKAN TEMBAKAN. SHERIFF JUGA BERLINDUNG DI TANGGA. MAKA BERLAKULAH TEMBAK-MENEMBAK YANG MENGGAMATKAN SUASANA DALAM BAR ITU. GAMBARAN AKSI TEMBAK-MENEMBAK BERULANG-KALI PADA LOKASI TERSEBUT. MULA-MULA SHERIFF LABI DI TANGGA, MANAKALA JAMES LABU BERLINDUNG DI KAUNTER DAN BEGITULAH PERTUKARANNYA YANG MENJADI RIUH-RENDAH. CUT TO/.
SCENE 20H/EXT/MALAM/(AS ACT 20G)/
MCU LABU DAN LABI TEMBAK MENEMBAK. LABU DI TANGGA DAN LABI DI SEBALIK POKOK BUNGA.
- 396. LABU
(MENGACU DENGAN TANGAN) Bang! bang! KEDENGARAN BUNYI PISTOL MULUT LABI YANG BERLINDUNG DI PASU BUNGA.
- 397. LABI
(MENGACU DENGAN TANGAN) Pang... pang! MCU LABI MASIH DI SEBALIK POKOK BUNGA, MANAKALA LABU MASIH DI ATAS TANGGA SERAMBI. LAGAK MEREKA SEBAGAIMANA DALAM BAR.
- 398. LABU
(MENGACU DENGAN TANGAN) Bang! bang!
- 399. LABI
(MENGACU DENGAN TANGAN) Tiooongggg.... MCU LABU MENIARAP DI SERAMBI SEOLAH-OLAH KHAYALAN MEREKA SEBAGAIMANA DI DALAM BAR.
- 400. LABU
(MENGACU DENGAN TANGAN) Pang... pang! MCU LABI BANGUN DARIPADA TEMPAT PERLINDUNGAN DI PASU BUNGA DAN MENGAYAKAN TANGANNYA SEOLAH MEMEGANG MESIN GUN.
- 401. LABI
(AKSI MEMEGANG MESIN GUN) Yang itu mesin gun. GAMBARKAN PERLAKUAN MEREKA SUNGGUH DRAMATIK.
- 402. LABU
(MENGAYA LEMPAR BOM) Kuang....dom...bang. Itu dia...bom. LABU MASIH DI ATAS SERAMBI, MANAKALA LABI DI HUJUNG TANGGA. KEMUDIAN MEREKA BERALIH TEMPAT DAN KETIKA ITU KELUAR HAJI BAKHIL DENGAN TONGKATNYA.
- 403. LABI
(MENGACU DENGAN TANGAN) Peng!
- 404. LABU
(MENGACU DENGAN TANGAN) Peng! Peng! LS HAJI BAKHIL TIDAK MEMBUANG MASA MEMUKUL BELAKANG LABU. KETIKA ITU LABI DI HALAMAN RUMAH CUMA MEMERHATIKAN SAHAJA.
- 405. LABU
Aduh! (LABU TERKEJUT TANPA MENYEDARI HAJI BAKHIL DAN TERUS MENEBAKNYA) Beng!
- 406. HAJI BAKHIL
Oh.. kau beng aku ya? (MENGACAK UNTUK MEMIJAK LABU YANG SEDANG TERBARING) Sekali aku beng... baru tau! (TUKAR NADA) Budak-budak setan ni... dah tengah malam belum jugak kau tidur lagi. Kau tahu pukul berapa sekarang ni? INSERT: JAM BESAR YANG TELAH MENUNJUKKAN PUKUL 1 PAGI.
- 407. HAJI BAKHIL
(KE ARAH LABI) Hey...kau naik di sini! LABI NAIK KE SERAMBI DAN LABU BERDIRI DI SAMPING HAJI BAKHIL.
- 408. HAJI BAKHIL
(MENUDING JARI KE ARAH LABI DAN LABU) Ini kali kalau kau bising-bising juga, aku siram kau dengan air. (MENOLEH KE ARAH LABI) Labi...! 409. LABI Haittt....! (HORMAT SEBAGAIMANA SEORANG ASKAR JEPUN) LABI MEMBELAKANGI KAMERA BERDIRI TEGAK MENGADAP HAJI BAKHIL.
- 410. HAJI BAKHIL
(MENUDING JARINYA) Besok pagi kau bangun, (MENUNJUK ARAH GARAJ) kau cuciku punya kereta.
- 411. LABI
Haittt....! (PATUH SEBAGAIMANA TENTERA JEPUN) KEMUDIAN HAJI BAKHIL BERPALING KE ARAH LABU PULA.
- 412. HAJI BAKHIL
(MENUDING JARINYA) Kau Labu!
- 413. LABU
Haittt! (PATUH SEBAGAIMANA TENTERA JEPUN)
- 414. HAJI BAKHIL
Besok pagi pukul enam.... kau pergi cari kayu. Kau masak air panas, aku mau mandi.
- 415. LABU
Haittt...! (PATUH SEBAGAIMANA TENTERA JEPUN)
- 416. HAJI BAKHIL
(KERAS) Mengerti? (TUKAR NADA) Budak-budak setan...(KERAS) Tidur! (BERPUSING MENUJU PINTU) Setan! LABU DAN LABI MEMBELAKANGI KAMERA BERSAMA-SAMA MEMBERI TABIK HORMAT KEPADA HAJI BAKHIL
- 417. LABU/LABI
(TABIK HORMAT) Karrre..!
- 418. HAJI BAKHIL
(DALAM TERPAKSA MEMBALAS TABIK) Hmmm.... (KE ARAH MEREKA SEOLAH MELUAT) LS HAJI BAKHIL MASUK DALAM, MEREKA MASIH BERDIRI MEMBERI HORMAT SEHINGGA PINTU DITUTUP. KEMUDIAN, LABU DAN LABI PUN MENUJU KE TEMPAT PEMBARINGAN MEREKA.
- 419. LABI
(MENGELUH) Hai... jadi macam MP pulak. (MENGAMBIL BANTAL) Ini semua kau punya pasallah....Labu.
- 420. LABU
(MENCELAH) Ah, kau punya mahulah, Labi. LS MASING-MASING MEREBAHKAN BADAN DI ATAS SERAMBI.
- 421. LABI
Engkaulah mula-mula bukak cerita ni.
- 422. LABU
Macam-macam hal kau bawak, Labi…Labi.. MCU KEDUA-DUANYA BARING SAMBIL MEMIKIRKAN SESUATU.
- 423. LABI
(MENGELUH SAMBIL MERABA-RABA PERUT) Esok pagi pukul enam, mahu cuci kereta.
- 424. LABU
(MENGGUAP) Aku esok pagi pukul enam....nak cari kayu. Nak cari kayu....nak cari kayu....nak cari kayu.....nak cari kayu...nak cari kayu.... nak cari kayu.. CUT TO/.
SCENE 26/EXT/SIANG/HUTAN/
LOW ANGLE SEBATANG POKOK DALAM HUTAN. CIRCLE SHOT PUCUK POKOK TERSEBUT. KEMUDIAN TILT DOWN YANG KELIHATAN LABU SEDANG MEMIKUL SEBERKAS KAYU. DIA MELETAKKAN SEBERKAS KAYU DAN DUDUK SEKETIKA SAMBIL MEMANDANG KE SATU ARAH. LS SEBUAH KERETA BERHENTI TIDAK JAUH DARIPADANYA. KELUAR DUA ORANG LELAKI DARIPADA KERETA ITU. MCU LABU MEMANDANG CURIGA KE ARAH KEDUA LELAKI TERSEBUT DAN MENUJU KE BELAKANG POKOK BESAR UNTUK MENGINTIP. MS KEDUA- DUA LELAKI ITU MEMBAWA SESUATU YANG MENCURIGAKAN DAN MELETAKKANNYA DI SATU TEMPAT. SEORANG DARIPADANYA MENAIKI SEBUAH BUKIT BERHAMPIRAN YANG SEORANG LAGI OFF FRAME. LS LELAKI YANG NAIK KE BUKIT ITU MEMUTAR SESUATU SEAKAN SETERING. LS SATU PINTU RAHSIA TERBUKA SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA TERBUKA SEPENUHNYA. LS LELAKI ITU TELAH SELESAI MEMUTAR SETERING ITU DAN TURUN KE ARAH TEMANNYA SEDANG MENUNGGU BARANG YANG MENCURIGAKAN ITU. KEDUA- DUANYA MENGANGKAT BARANG YANG SEMACAM SEBUAH PETI ITU MELEPASI TEMPAT LABU MENGINTIP. MCU LABU MEMANDANG KE ARAH MEREKA DENGAN PERASAAN INGIN TAHU DAN PENUH TANDATANYA. ELS KEDUA-DUA LELAKI ITU MENAIKI SEBUAH BUKIT SAMBIL MEMBAWA PETI ITU MENUJU KE LUBANG RAHSIA. KAMERA TOP ANGLE KEDUA-DUA LELAKI ITU MEMBAWA MASUK PETI ITU PENUH BERHATI-HATI. MCU LABU MEMIKIRKAN SESUATU SAMBIL MENGGELENGKAN KEPALANYA SEKETIKA. KEMUDIAN LABU TERPANDANG SETERING PEMUTAR PINTU RAHSIA ITU. LABU MENOLEH SEMULA KE PINTU RAHSIA. KELIHATAN KEDUA-DUA LELAKI ITU KELUAR DARIPADA PINTU RAHSIA DAN MENURUNI BUKIT TEMPAT ASAL MEREKA DATANG. SEORANG DARIPADA LELAKI ITU MENUJU KE SETERING PEMUTAR DAN SEORANG LAGI MENGHISAP ROKOK SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH LABU DICELAHAN POKOK BESAR ITU. LELAKI ITU MENUTUP SEMULA PINTU RAHSIA. LS PINTU RAHSIA SEDIKIT DEMI SEDIKIT BERGERAK SEHINGGA TERTUTUP SEPENUHNYA. SETELAH SELESAI KEDUA-DUA ORANG ITU MENUJU KE KERETA. ELS KERETA TERSEBUT BERGERAK DAN OFF FRAME. LS LABU MASIH MEMERHATI KE ARAH KAMERA ITU TEMPAT KERETA BERGERAK. KEMUDIAN LABU BERDIRI MERENUNG KE ARAH SATU ARAH. APABILA SUDAH PUAS HATI SELAMAT, LABU TERUS MENUJU KE SETERING PEMUTAR DAN MELAKUKAN SEBAGAIMANA YANG DIA NAMPAK SEBENTAR TADI. KELIHATAN PINTU RAHSIA TERBUKA SEDIKIT DEMI SEDIKIT. ELS LABU SEDAYA TENAGA UNTUK MEMBUKA SEPENUHNYA PINTU RAHSIA ITU. DIA TERUS MENAIKI BUKIT LOKASI PINTU RAHSIA ITU. SETIBA DI PINTU RAHSIA ITU, LABU MEMANDANG KANAN DAN KIRI DAN BERWASPADA MASUK KE DALAMNYA. CUT TO/.
SCENE 27/EXT/SIANG/DALAM SEBUAH GUA/
LS LABU MENURUNI TANGGA MELALUI PINTU RAHSIA DALAM SEBUAH GUA. DIA BERHATI-HATI SAMBIL MEMERHATI SEGENAP RUANG DALAM GUA ITU. KELIHATAN DALAM GUA ADA KELENGKAPAN SEBAGAIMANA SEBUAH BILIK TIDUR. DI SISI KATIL PAN SHOT SEBUAH RAK YANG TERDAPAT WANG KERTAS DAN ALAT PERHIASAN. LS LABU MEMANDANG DENGAN WAJAH GEMBIRA DAN MENUJU KE RAK TERSEBUT, TERUS MEMEGANG WANG KERTAS.
- 425. LABU
(TERLALU GEMBIRA) Aku kaya, aku kaya.. LABU PENUH KEGEMBIRAAN MENELITI SETIAP RUANG DALAM RAK TERSEBUT SAMBIL MEMEGANG BANDLE-BANDLE WANG KERTAS. CUT TO/.
SCENE 28/INT/SIANG/RUANG MAKAN/
DALAM RUANG MAKAN. CU LABI MENANGIS DI MEJA MAKAN SAMBIL DIPUJUK OLEH MAK ENCIK, MANAKALA MANISAH BERDIRI DISAMPING IBUNYA.
- 426. MAK ENCIK
(MEMUJUK) Sudahlah, Labi. Jangan menangis lagi. Sudah satu bulan lebih Labu meninggalkan kita. Jangan-jangan dia dah mati di makan harimau.
- 427. LABI
(MENOLEH ARAH MAK ENCIK) Rimau? (KETAWA SEAKAN MENANGIS) Labu mati dimakan harimau?
- 428. MAK ENCIK
Kesian…Labi. Jangan menangis lagi. Nanti makcik pujuk ye.
- 429. LABI
(MENGGELENG KEPALANYA) Tak boleh makcik. Penyakit saya ni tak ada siapa yang boleh pujuk. Penyakit saya ni penyakit semput. (MENANGIS) Tak boleh pujuk. Yang boleh pujuk, (MENUDING JARI KE ARAH MANISAH) anak mak Encik sahaja. MLS MANISAH MEMANDANG KE ARAH IBUNYA SEOLAH UNTUK MINTA KEPASTIAN.
- 430. MAK ENCIK
(MENOLEH KE ARAH MANISAH) Manisah, pergilah pujuk Labi....tu. MANISAH TERUS MENGHAMPIRI LABI DAN MEMEGANG BAHUNYA.
- 431. MANISAH
(LEMBUT) Sudahlah, abang Labi.
- 432. LABI
(MENJELING BAHUNYA) Peganglah kuat-kuat sikit cik. (MENANGIS MENGGADA-NGADA) CUT TO/.
SCENE 29/INT/SIANG/PEJABAT HAJI LABU/
MLS PAPAN TANDA SYARIKAT HAJI LABU & CO. LTD. KEMUDIAN MCU HAJI LABU SEDANG MEMBAKAR CERUTNYA DAN BERJALAN MENBELAKANGI KAMERA MENUJU MEJANYA DAN TERUS MENEKAN INTERKOM.
- 433. PEKERJA
(SUARA) Yes, sir.
- 434. HAJI LABU
(SERIUS) Errr...send the manager, right now.
- 435. PEKERJA
Available, sir. HAJI LABU BERJALAN MUNDAR-MANDIR SAMBIL MENEGOK JAM, KADANGKALA MEMBETULKAN BAJU KOTNYA. PINTU DIKETUK KEMUDIAN MUNCUL MANAGER.
- 436. HAJI LABU
Coming.
- 437. MANAGER
Yes, sir.
- 438. HAJI LABU
Aa.. You know, you know the Haji Bakhil, the son of the Haji Bakhil kedekut.
- 439. MANAGER
Yes, sir. LABU KETAWA SAMBIL MENGHISAP CERUTNYA
- 440. HAJI LABU
(MEMBELAKANGI MANAGER) And then...You go meminang anak dia. And then you bring orang putih bilang ni berapa (KIRA JARI) One, two, three, four, five…(PELAT INGGERIS) Oh yeah, bawak lima belas orang angkatan peminangan (DIALEK ORANG PUTIH) and you go now and write it.
- 441. MANAGER
(PATUH) Yes.
- 442. HAJI LABU
You know. (KETAWA) MCU MANAGER TERUS KELUAR DARIPADA BILIK, MANAKALA HAJI LABU MEMBELAKANGI KAMERA MEMANDANGNYA KELUAR. z443. HAJI LABU Aa.. best manager. (KETAWA) And now Haji Bakhil, I lensing you. HAJI LABU MENGGAYAKAN SEBAGAIMANA PERBUATAN HAJI BAKHIL) CUT TO/.
SCENE 30/EXT/SIANG/HALAMAN RUMAH HAJI BAKHIL/
ELS GAMBARAN DARIPADA SERAMBI RUMAH HAJI BAKHIL. KEMUDIAN KELIHATAN SATU ROMBONGAN PEMINANGAN YANG DIKETUAI MANAGER. ROMBONGAN TERSEBUT BERJALAN MASUK KE HALAMAN RUMAH HAJI BAKHIL PENUH TERTIB DENGAN PERALATAN ADAT PEMINANGAN. SEJURUS TIBA DI TANGGA RUMAH TERSEBUT MANAGER MENOLEH KE BELAKANG UNTUK MEMASTIKAN KONVOI ROMBONGAN SEMUANYA SAMPAI. MANAGER TERUS MEMBERI SALAM.
- 444. MANAGER
Assalamualaikum. KEDENGARAN SALAM DIBALAS OLEH HAJI BAKHIL DARI DALAM RUMAH DAN KEMUDIAN DIA MUNCUL DI MUKA PINTU BERSAMA ISTERINYA. HAJI BAKHIL MENOLEH KE ARAH ISTERINYA, MANAKALA ISTERINYA MENUNJUK ISYARAT TANGAN SEMACAM TIDAK MENGETAHUI TUJUAN ROMBONGAN ITU. KEMUDIAN LS MANAGER DI HALAMAN RUMAH DENGAN PENUH HORMAT MEMBERITAHU TUJUAN KEDATANGAN ROMBONGAN MEREKA.
- 444. HAJI BAKHIL
Waalaikumsalam
- 445. MANAGER
Saya membawak angkatan meminang.
- 446. HAJI BAKHIL
Ooh…meminang. (PENUH HORMAT MEMPERSILAKAN MANAGER) Silakan naik. MANAGER MENOLEH KE BELAKANG DAN MEMBERI ISYARAT KEPADA ANGKATAN PEMINANGAN AGAR TUNGGU. KAMERA FOLLOW MANAGER BERJALAN MENAIKI TANGGA DAN BERSALAMAN DENGAN HAJI BAKHIL DI MUKA PINTU. DENGAN ISYARAT TANGAN HAJI BAKHIL MEMPERSILAKAN MANAGER MASUK KE DALAM RUMAH. CUT TO/.
SCENE 31/INT/SIANG/RUANG TAMU/
KELIHATAN MANAGER MASUK KE RUANG TAMU DAN TERUS DUDUK SAMBIL MENGADAP KAMERA.
- 447. MANAGER
Eh, saya ni wakil dari Tuan Besar saya. Kedatangan saya ke mari ialah untuk meminang anak Tuan Haji Kedekut. LS HAJI BAKHIL SUAMI ISTERI CUMA BERDIRI SAHAJA BERHADAPAN MANAGER DAN TERKEJUT APABILA NAMANYA DITUKAR MENJADI HAJI KEDEKUT.
- 448. HAJI BAKHIL
(TERKEJUT) Kedekut? Aku ni nama Haji Bakhillah. Bukan Haji kedekut.
- 449. MAK ENCIK
(MENYAMPUK) Bukan sama saja tu, bang.
- 450. HAJI BAKHIL
(MENOLEH ARAH ISTERINYA MACAM MERADANG) Diamlah kau! Kan lebih mulia nama Haji Bakhil dari Haji kedekut. MS MANAGER RASA BERSALAH.
- 451. MANAGER
Oh… Maafkan saya. Maafkan saya.
- 452. HAJI BAKHIL
(KETAWA KECIL) Hmm...hmm..hmmm HAJI BAKHIL TERUS DUDUK BERDEPAN DENGAN MANAGER, MANAKALA ISTERINYA MASIH BERDIRI.
- 453. MAK ENCIK
(MENEGUR) Tuan haji.
- 454. HAJI BAKHIL
(MANJA) Yang....
- 455. MAK ENCIK
(DAILEK MINANG SAMBIL MEMANDANG KE HALAMAN RUMAHNYA) Nampak siko tu berfikir orangnya.. Gadang atarnya, bang.
- 456. HAJI BAKHIL
(NADA BERBISIK) Annak...annak usai le kau..membukak kdai gadang kito. Bekal menantu kito keturunan orang kayo. Tahulah den mengironya. (MENOLEH KE ARAH MANAGER SAMBIL MENUNJUK JARINYA) Saya bersetuju. Tetapi, siapa orangnya bakal (MENUDING JARI DIRINYA) menjadi menantu saya.
- 457. MANAGER
Oh ye, Tuan haji. (KELUAR GAMBAR DARIPADA BAJU KOTNYA) Saya ada bawa gambarnya. Cuba Tuan Haji lihat sendiri. MANAGER MENGHULUR GAMBAR KEPADA HAJI BAKHIL DAN BELIAU MENGAMBILNYA SAMBIL MENATAP SEPINTAS-LALU. NAMUN, ISTERINYA HANYA BERDIRI MEMANDANG SAHAJA.
- 458. HAJI BAKHIL
Labu? (TERKEJUT SAMBIL MENUNJUK KEPADA ISTERINYA) Bekas orang gajian kita.
- 459. MAK ENCIK
(TURUT MENATAP GAMBAR ITU) Iye, bang.
- 460. MANAGER
(CUBA MEMPERTAHANKAN) Tuan haji, namanya bukan Labu.
- 461. HAJI BAKHIL
Kalau tak si Labu, siapa namanya?
- 462. MANAGER
(SELAMBA) Haji Labu. MCU HAJI BAKHIL AGAK TERPERANJAT, MANAKALA ISTERINYA KELIHATAN TENANG.
- 463. HAJI BAKHIL
(TERKEJUT) Hah? Haji Labu? (TUKAR NADA) Hai...kau nak melebih-lebihkan daripada aku pulak, Labu. Baru satu bulan kau meninggalkan aku...kau dah jadi Haji? Yang setahu aku dibulan depan ini kapal Haji baru....nak belayar. Bila kau pergi ke Mekah? (MENUDING JARINYA/SERIUS) Kau dengar! Kalau inilah orang (MENUNJUK GAMBAR) yang bakal jadi menantu aku....aku tidak sudi! Hiah..(MENGOYAK GAMBAR DAN CAMPAK KE LANTAI. LS MANAGER TENGOK GAMBAR YANG TELAH DICAMPAK OLEH HAJI BAKHIL DI SEBELAH KERUSI TEMPAT DIA DUDUK. KEMUDIAN MEMANDANG KE ARAH HAJI BAKHI). CUT TO/.
SCENE 32/INT/SIANG/PEJABAT HAJI LABU/
MCU HAJI LABU TERUS MENUMBUK MEJANYA DAN MEMANDANG KE ARAH MANAGER DALAM KEADAAN KEMARAHAN.
- 464. HAJI LABU
(TUMBUK MEJA) Ceh! koyak my gambar. (MARAH) Make me shame...shame.(MEMANDANG TEPAT KE ARAH MANAGER DAN MENUNJUK MUKANYA) He drop my water face.
- 465. MANAGER
Yes, sir. No jalan, sir. (SAMBIL MEMEGANG GAMBAR LABU DAN MEMANDANG KE ARAH LABU )
- 466. HAJI LABU
Yes. No jalan and no road. (MEMUSINGKAN BADAN) No jalan and no road. Hai, you Haji Bakhil. Emm… I don‟t know. Where I‟m going to the hell or to the heaven. (PAUSE) Alright, alright, alright. (ADA IDEA) Aa.. know, I ada lain cara. MANAGER CUMA MEMANDANG SAHAJA TANPA BERSUARA. CUT TO/.
SCENE 33/INT/SIANG/RUMAH DUKUN/
ECU TENGKORAK DI ATAS DULANG DAN SEGALA RAMUAN PENGUBATAN TRADISIONAL DALAM SATU MANGKUK DAN JUGA DULANG PERASAP KEMENYAN YANG MASIH BERASAP. KEMUDIAN CU DUKUN SEDANG MEMBACA JAMPI-MENTERA BEGITU ASYIK SEKALI. LS SEJURUS KEMUDIAN DIA MENGHEMBUS KIRI DAN KANAN, AKHIR SEKALI KE ARAH HAJI LABU YANG MENYEBABKAN DIA TERSENTAP KERANA SEMURAN DUKUN MENGENAI MUKANYA DAN TERUS MENGELAP DENGAN TANGANNYA. MANAGERNYA CUMA MEMERHATIKAN GELAGAT HAJI LABU.
- 467. DUKUN
Di dalam ramalan saya, Tuan Haji Labu akan dapat kahwin juga dengan perempuan itu. (LABU KETAWA) Ada bawa gambarnya?
- 468. HAJI LABU
Ada. (MASIH KETAWA SAMBIL AMBIL GAMBAR DALAM KOT) Ini gambarnya. (HULUR GAMBAR KEPADA DUKUN )
- 469. DUKUN
(RAGU-RAGU) Perempuan inikah yang Tuan Haji Labu gila? MCU HAJI LABU BERSUNGGUH-SUNGGUH.
- 470. HAJI LABU
Iye… Iye… Bukan cantik ke? CU DUKUN RAGU-RAGU DAN MENUNJUKKAN GAMBAR KEPADA HAJI LABU.
- 471. DUKUN
(NADA KELIRU) Perempuan ini? (MENUNJUKKAN GAMBAR CHEETAH) MCU HAJI LABU GABRA.
- 472. HAJI LABU
(GABRA) Ini gambar bapak saya.(MENGAMBILNYA SEMULA) Ini gambar cheetah saya. Saya salah gambar. (MEMBERI GAMBAR YANG LAIN) Ini gambarnya. (KETAWA ) MCU DUKUN MENGASAP GAMBAR DAN MENGHEMBUSNYA SAMBIL DIPERHATIKAN HAJI LABU DAN MANAGER.
- 473. DUKUN
Tarukkan gambar ini di dalam botol. (MENYERAH GAMBAR KEPADA LABU DAN LABU MENGAMBILNYA) Kemudian gantung dengan tali. Apabila tali itu putus, bererti cita-cita Tuan Haji itu adalah sampai. (KETAWA)
- 474. HAJI LABU
Terima kasih banyak-banyak. (SALAM BERSALAMAN DENGAN BOMOH SAMBIL KETAWA PUAS) CUT TO/.
SCENE 34/INT/MALAM/RUANG MAKAN/
CU LAMPU. KEMUDIAN MS KELUARGA HAJI BAKHIL SEDANG MAKAN MALAM. PAN RIGHT LABI BERDIRI TERSENGGUK-SENGGUK SEOLAH-OLAH MENGGANTUK MENGADAP KELUARGA ITU MAKAN. MCU HAJI BAKHIL MERATAH AYAM INTERCUT/.
SCENE 35/INT/MALAM/BILIK TIDUR/
DALAM BILIK TIDUR. MCU LABU BERDIRI MENGADAP BOTOL YANG BERPUSING DIGANTUNG PADA SILING BILIKNYA. INTERCUT/.
SCENE 34A/INT/MALAM/(AS ACT 34)/
MCU MAK ENCIK ISTERI HAJI BAKHIL SEDANG MAKAN DAN MANISAH INTERCUT/.
SCENE 35A/INT/MALAM/(AS ACT 35)/
MCU BOTOL MASIH BERPUSING LIGAT SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH HAJI LABU BEGITU ASYIK. INTERCUT/.
SCENE 34B/INT/MALAM(AS ACT 34)/
MCU KELUARGA HAJI BAKHIL SEDANG MENYUAP MAKANAN, SEMENTARA LABI TERSENGGUK HAMPIR JATUH KETIKA BERDIRI KERANA MENGGANTUK. INTERCUT/.
SCENE 35B/INT/MALAM(/AS ACT 35)
MCU LABU MEMERHATI BOTOL YANG TERGANTUNG MASIH BERPUSING YANG HAMPIR PUTUS. DIA BEGITU PENUH ASYIK DAN TERSENYUM GEMBIRA. INTERCUT/.
SCENE 34C/INT/MALAM/(AS ACT 34)
MCU MANISAH MAKAN SEOLAH-OLAH HILANG SELERA DAN TIDAK BERMAYA. INTERCUT/.
SCENE 35C/INT/MALAM(/AS ACT 35)
CU HAJI LABU MASIH TEPAT MEMERHATI BOTOL ITU BERPUSING YANG KINI TERUS TERJATUH. KNEE SHOT KAKI LABU DAN BOTOL YANG TELAH PECAH BERKECAI. INTERCUT/.
SCENE 34D/INT/MALAM/(AS ACT 34)
MCU MANISAH TERLENTUK DI MEJA MAKAN. MS KEDUA IBUBAPANYA MEMANDANG KEHAIRANAN. HAJI BAKHIL BERSUARA RASA KESAL
- 475. HAJI BAKHIL
Di meja makanpun nak tidur. Nanti kalau orang tidur, baru kau nak makan. HAJI BAKHIL TERUS MAKAN, MANAKALA ISTERINYA MERENUNG PENUH KEMUSYKILAN.
- 476. MAK ENCIK
Eh…eh… ni bukan tidur ni, bang. (BANGUN DAN MENUJU KE ARAH MANISAH) Manisah, Manisah, kenapa pulak ni? (TERUS MENGANGKAT LEHER MANISAH DAN TERKEJUT) Ya....Allah MEMANDANG KE ARAH SUAMINYA) anak kita mati, bang.
- 477.HAJI BAKHIL
(NADA SEDIH) Mati? (MENOLEH ARAH LABI) Labi, lekas panggil Doktor...kemari. MCU LABI MEMANDANG KE ARAH HAJI BAKHIL SEOLAH-OLAH TERGAMAM.
- 478. LABI
Baik..baik..Encik. (DENGAN PANTAS BERLALU DARI SITU.
- 479. MAK ENCIK
(MENGGOYANG TUBUH MANISAH) Manisah...! HAJI BAKHIL TERUS MENGHAMPIRI MANISAH YANG TERKULAI.
- 480. HAJI BAKHIL
Aku fikir engkau tidur. (MENGGUSAP RAMBUT MANISAH) INTERCUT/.
SCENE 34E/INT/MALAM/(AS ACT 34)/
CU LABU KETAWA BERDEKAH-DEKAH KEGEMBIRAAN SAMBIL MEMANDANG KE ARAH BOTOL YANG BERDERAI DI ATAS LANTAI.
- 481. HAJI LABU
(KETAWA) Rasakan Haji Bakhil. (KETAWA DAN BERJALAN BERLEGAR DALAM BILIK) Ini kali tidak ada bomoh yang boleh mengubat anakmu (MEMANDANG BOTOL DI LANTAI DAN MENUDING KE DIRINYA) selain daripada aku Haji Labu bin Kundur. Ha...ha...ha...(KETAWA LALU DUDUK DI KERUSI) CUT TO/.
SCENE 36/INT/SIANG/BILIK MANISAH/
CU PERASAP KEMEYAN DAN PERALATAN PERDUKUNAN DAN SEGALA RAMUANNYA. KAMERA TILT UP DAN CU DUKUN YANG SEDANG MEMBACA JAMPI-MENTERA. MCU HAJI BAKHIL DAN ISTERINYA MEMANDANG PENUH SABAR KE ARAH DUKUN. KEMUDIAN CU WAJAH MANISAH TERBARING TIDAK SEDARKAN DIRI DI ATAS KATIL. MS DUKUN MENGATAKAN SESUATU KEPADA HAJI BAKHIL.
- 482. DUKUN
Anak Tuan Haji tak mati. Dia pengsan buat selama-lamanya. Terkena buatan orang.
- 483.HAJI BAKHIL
Ha, perbuatan orang? (MENOLEH KE ARAH ISTERINYA)
- 484. MAK ENCIK
Jangan-jangan, Labu tak bang?
- 485. HAJI LABU
(SEOLAH SETUJU DENGAN ANDAIAN ISTERINYA) Boleh jadi... (PAUSE) Tok Dukun, dapatkah Tok Dukun mengubat anak saya? TOK DUKUN HANYA MENGGELENG-GELENGKAN KEPALA. SEMENTARA HAJI BAKHIL DAN ISTERINYA MENOLEH KE TEMPAT PEMBARINGAN MANISAH YANG SEDANG KOMA. KEMUDIAN HAJI MEMANGGIL LABI.
- 486. HAJI BAKHIL
Labi...Labi. Kemana pulaklah budak ni. Labi … CUT TO/.
SCENE 37/EXT/SIANG/DALAM SEBUAH GUA/
CU KEPALA HARIMAU. KEMUDIAN ZOOM OUT DI MANA KELIHATAN CAHAYA OBOR. SEJURUS ITU, MUNCUL LABI MASUK KE DALAM GUA DALAM KEADAAN BERWASPADA DAN BERHATI-HATI. MCU LABI MEMANDANG KIRI DAN KANAN.
- 487. LABI
Wahai pendeta yang mulia. Menjelmalah kau. Menjelmalah kau di hadapanku. Menjelmalah kau.(LABI DUDUK) LABI DUDUK SAMBIL MENOLEH KE SATU ARAH DAN KETIKA ITU MENJELMA PENDITA. APABILA LABI MENOLEH DIA TERKEJUT.
- 488. LABI
(MOHON PENUH IKHSAN) Wahai, pendeta...
- 489. PENDETA
(MEMOTONG SAMBIL MENGANGKAT TANGANNYA) Tak payah engkau bercerita. Aku tau segala-galanya. Hulur tanganmu. (LABI MENGHULURKAN TANGANNYA. CU TIBA-TIBA DALAM TANGANNYA ADA SEKETUL BATU GELIGA) Geliga itu, besar khasiatnya. Segala macam penyakit di dalam dunia ini boleh sembuh. Dengan syarat merendamkan geliga itu ke air. Boleh sapu ataupun minum jika perlu. LABI TUNDUK SAMBIL MEMBELEK GELIGA DI TAPAK TANGANYA. SEMENTARA ITU PENDETA GHAIB. APABILA LABI MENDONGAK KEPALANYA, DIDAPATI PENDETA SUDAH TIADA.
- 490. LABI
Pendita....Terima kasih, pendeta. LABI TERUS BERDIRI MENUJU TEMPAT DUDUK PENDETA SAMBIL MERABA DENGAN TANGANNYA.UNTUK MENCARI PENDETA. (KETAKUTAN) Pendeta... aaa... aaaa... BUNYI SUARA LABI KETAKUTAN SAMBIL TERCAPAK OBORNYA DIA LARI KELUAR GUA. CUT TO/.
SCENE 38/INT/SIANG/RUMAH HAJI BAKHIL/
MCU HAJI BAKHIL DAN ISTERI TERMENUNG. KEHILATAN KEDUA-DUANYA KEMURUNGAN.
- 492. HAJI BAKHIL
(NADA SEDIH DAN KECEWA) Dukun dah berpuluh-puluh. Doktor dah berbelas-belas. Anak kita...Manisah belum...jugak sembuh. Duit dah banyak habis. ISTERINYA DAN HAJI BAKHIL MENOLEH KE DALAM BILIK. LS DOKTOR SEDANG MEMERIKSA MANISAH DAN KEMUDIAN DIA MELIHAT JAM TANGANNYA.
- 493. HAJI BAKHIL
(MELIHAT KE ARAH BILIK MANISAH) Tu, duit jugak tu. (ISTERI HAJI BAKHIL MENOLEH KE ARAHNYA) DARI JENDELA PINTU LS DOKTOR MENGEMAS PERKAKASNYA DAN KELUAR DARIPADA BILIK MANISAH MENUJU KE ARAH MEREKA.
- 494. DOKTOR
Tuan Haji, seumur hidup saya, saya tidak pernah jumpa penyakit yang serupa ini. Saya harap, Tuan Haji carilah bomoh yang pandai. (MEMANDANG SIMPATI KE ARAH MEREKA SUAMI-ISTERI) Saya pulang dulu, Tuan Haji. DOKTOR BEREDAR DARI SITU DAN KELUAR MENURUNI TANGGA MEMBELAKANGI KAMERA. DI TANGGA TERSEREMPAK LABI YANG MEMBERI TABIK HORMAT KEPADA DOKTOR. DAN LABI TERUS NAIK KE SERAMBI TETAPI MENOLEH KE ARAH DOKTOR DAN KEMUDIAN MASUK DALAM RUMAH TANPA BERLENGAH. KAMERA FOLLOW LABI MASUK DALAM RUMAH. DIA KELIHATAN TERMENGAH-MENGAH DAN BERDEPAN DENGAN MEREKA SUAMI-ISTERI.
- 495. LABI
Encik.... (TERMENGAH-MENGAH) saya....sanggup menyembuhkan penyakitnya.....Manisah.
- 496. HAJI BAKHIL
(NADA TAK YAKIN) Apalah kepandaian engkau, Labi?
- 497. LABI
(PENUH YAKIN) Jikalau Encik izinkan (MENUNDING JARI KE DALAM BILIK MANISAH) sekarang jugak saya ubatkan.
- 498. HAJI BAKHIL
Kau cubalah. (LEMAH) Tapi, kalau tak baik, (MENGAYAKAN) aku lensing kau! LS LABI SEOLAH MENGELAK LENSINGAN HAJI BAKHIL DAN TUNJUKKAN AKSI BERGAYANYA DAN TERUS MASUK KE BILIK MANISAH. KEMUDIAN MEMERHATIKAN MANISAH SEKETIKA. CU LABI MENGISI AIR KE DALAM GELAS DAN MENGELUARKAN BATU GELIGA DARI POKETNYA. KEMUDIAN MEMBACA JAMPI-MENTERA SAMBIL MEMANDANG MANISAH DAN MEMASUKKAN BATU KE DALAM GELAS PENUH YAKIN, TETAPI TERKEJUT SEDIKIT KERANA AIR DALAM GELAS TERPERCIK KELUAR. LABI MENUANG AIR DARIPADA GELAS KE TAPAK TANGANNYA. KEMUDIAN CU TANGAN LABU MENYAPU SELURUH WAJAH MANISAH DENGAN AIR ITU. SEJURUS KEMUDIAN MANISAH BERANSUR SEDAR.
- 499. MANISAH
(SEDAR) Mak! (MENGGERAKKAN TUBUHNYA YANG TIDAK BERMAYA) MCU ISTERI HAJI BAKHIL MEMANDANG KE ARAH SUAMINYA GEMBIRA DAN BEGITU JUGA HAJI BAKHIL. DENGAN PANTAS DIA BERLARI MASUK KE DALAM BILIK DAN MEMELUK MANISAH DI ATAS KATIL.
- 500. MANISAH
Apa yang telah terjadi, mak?
- 501. MAK ENCIK
Tak ada apa-apa, nak. (MASIH MEMELUK MANISAH) Sudahlah. Syukurlah kepada Allah. LABI BEREDAR SEDIKIT DARI SITU DAN MERENUNG BATU GELIGA DALAM GELAS SAMBIL TERSENYUM. LABI MENOLEH KE ARAH HAJI BAKHIL SAMBIL MENCEBIK MUKANYA. MCU HAJI BAKHIL PERLAHAN-LAHAN SEOLAH MALU TERUS MENGHAMPIRI LABI YANG TELAH BERJAYA MENGUBATI ANAKNYA.MASUK KE BILIK MANISAH DAN MENARIK LABI KE TEPI. HAJI BAKHIL MENARIK LENGAN LABI PERLAHAN-LAHAN KELUAR BILIK MANISAH. MACAM TERSIPU-SIPU DIA MEMANDANG KAGUM KE ARAH LABI.
- 502. HAJI BAKHIL
(MENGELENG KEPALANYA) Hmm... Pak Haji tak sangka yang kau itu begitu pandai... Labi. LABI MENUNJUK GELAS YANG BERISI BATU GELIGA KEPADA HAJI BAKHIL SAMBIL TERSENYUM SIMPUL.
- 503. HAJI BAKHIL
(PENUH CERIA) Sekarang, mintak apa saja yang kau mahu mintak. Mintak...asal jangan duit. (MENUNJUKKAN ISYARAT DUIT DENGAN JARINYA)
- 504. LABI
(TERAGAK-AGAK) He...he..he... hmm....Saya..saya....
- 505. HAJI BAKHIL
(BERSUNGGUH-SUNGGUH) Cakap... Cakap... Cakap..
- 506. LABI
Saya...Saya..hmm....(SENYUM)
- 507. HAJI BAKHIL
Cakap... Cakap... Jangan malu... Jangan malu. Cakap... Cakap... Cakap.
- 508. LABI
(TERBABAS) Saya nak kahwin dengan Pak Haji.
- 509. HAJI BAKHIL
(TERKEJUT) Kau nak mampus? Kau nak kahwin dengan aku, Labi?
- 510. LABI
(TERKEJUT TIBA-TIBA DAN TANGANNYA) Eh... Eh... bukan dengan Pak Haji (MENOLEH SEDIKIT KE BILIK MANISAH SAMBIL MENUDING JARI KE SITU) Dengan anak Pak Haji.
- 511. HAJI BAKHIL
Hmm....hmmmm.....hmmm MCU HAJI BAKHIL SEOLAH KETAWA DAN BERPALING KE BELAKANG DAN BERGERAK SEDIKIT. KEMUDIAN MENOLEH KE ARAH LABI YANG TERSENYUM KAMBING.
- 512. HAJI BAKHIL
Hmmm...hmmmm...hmmm.. (TERSENYUM DAN MENUNJUK JARI KE ARAH LABI TANDA SETUJU) Baiklah. CUT TO/.
SCENE 39/EXT/MALAM/MAJLIS PERKAHWINAN/
(LAGU: SINGAPURA WAKTU MALAM) CU SALOMA SEDANG MENYANYI DIIRINGI PANCARAGAM ASLI.
- 513. SALOMA
Singapura waktu malam lampu neon indah berkilauan ELS TETAMU SEDANG MENIKMATI MUZIK KERONCONG DENDANGAN SALOMA DAN GAMBARKAN TOP ANGLE MAJLIS PERKAHWINAN TERSEBUT. Gedung tinggi gemerlapan sungguh megah tiada bandingan LS SEMULA KE ARAH PANCARAGAM DAN HADIRIN. KELIHATAN HADIRIN DATANG MEMBAWA HADIAH DAN SEBAGAINYA. KELIHATAN JUGA PARA GADIS BERDIRI DI TANGGA. Sejak dulu dah tersurat Singapura tak kurang kisahnya LS LABI DAN MANISAH DI ATAS PELAMIN SEDANG BERSANDING SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH HADIRIN. Antaranya paling dahsyat ikan todak melanggar Singapura MCU AHLI PANCARAGAM DAN KEMUDIAN LS KANAK-KANAK MENGERUMUNI SALOMA SEDANG MENYANYI. Zaman pun berubah sudah Kini negeri makmur tambah permai MS LABI DAN MANISAH SEKALI LAGI DI ATAS PELAMIN KELIHATAN SERIUS. TOP ANGLE RUMAH HAJI BAKHIL DAN KEMUDIAN AHLI PANCARAGAM. Singapura makin indah Rakyat hidup damai MCU SALOMA SEDANG MENYANYI DAN LS AHLI PANCARAGAM DAN LS PARA TETAMU YANG PENUH MINAT MENONTON. Singapura maju jaya Tetap dalam aman dan sentosa Makin hari tambah kaya Apabila di dalam Malaysia MS AHLI PANCARAGAM MEMAINKAN MUZIK CHORUS DAN MS LABI DAN MANISAH SEKALI LAGI DI ATAS PENTAS PERSANDINGAN. DI SATU SUDUT DALAM GELAP SAMAR KELIHATAN SEPASANG KAKI MENUJU KE SATU ARAH. CU TANGAN SEDANG MEMEGANG BUSAR PANAH DAN MEMANAH KE SATU ARAH. BUSAR PANAH TERSEBUT MENGENAI DINDING JENDELA YANG MANA KETIKA ITU ADA BEBERAPA ORANG ANAK GADIS DI SITU. MCU LABI DAN MANISAH DALAM WAJAH TERKEJUT DI PENTAS PERSANDINGANNYA. MS TETAMU MENGELABAH DAN MENUJU KE SATU ARAH DALAM KEADAAN CEMAS. LABI BANGUN DARI TEMPAT PERSANDINGAN DAN MENGAMBIL BUSAR PANAH DI JENDELA. MUNCUL HAJI BAKHIL DAN ISTERNYA MENGHAMPIRI LABI.
- 514. HAJI BAKHIL
Ada apa, Labi?
- 515. LABI
Surat terbang, Pak.
- 516. HAJI BAKHIL
(AGAK TERKEJUT) Surat terbang? Apa tulisnya? LABI TERUS MEMBACA KANDUNGAN SURAT TERSEBUT TERBANG ITU.
- 517. LABI
(MEMBACA) "Haji Bakhil. Malam ini aku akan datang merampas....Manisah. Tandatangan, Robin Labu adik Robin Hood."
- 518.HAJI BAKHIL
(NADA TERPERANJAT) Hai...baru jadi Haji dah pindah ke Robin? (TUKAR NADA/MARAH) Baik, kalau betul dia nak merampas aku, ini malam jugak aku kumpulkan orang kampung (BERSUNGGU-SUNGGUH) aku menangkap dia. CUT TO/.
SCENE 40/INT/SIANG/RUMAH DUKUN/
CU TEMPAT PERASAP KEMENYAN MENGGELUARKAN ASAPNYA. MS DUKUN SEDANG BERDIRI MENGAMBIL SESUATU DALAM SEBUAH JABIR. SEJURUS ITU KAMERA FOLLOW DIA MENUJU LABU YANG DUDUK BERSILA.
- 519. DUKUN
Malam ini, di rumah Tuan Haji Bakhil banyak orang jaga. Tuan Haji Labu ambil serbuk ini. Tiup dan semua orang mesti pengsan. Faham? LABU KETAWA DAN MENGAMBIL SERBUK TERSEBUT.
- 520. HAJI LABU
Saya faham dan saya ucap banyak terima kasih. (BERSALAMAN) Banyak terima kasih.
- 521. DUKUN
Terima kasih kembali. LS LABU KELUAR DARI RUMAH.
- 522. HAJI LABU
Rasa kau Haji Bakhil. (MENUNJUKKAN DI TELAPAK TANGANNYA DAN TERUS MENIUP SERBUK ITU. SAMBIL KETAWA) Ha....ha....ha..... LABU TERUS MENOLEH KE ARAH DUKUN.
- 523. HAJI LABU
Beginikah tiupnya, Tok Dukun? MCU DUKUN TERBUNGKANG PENGSAN DAN MCU LABU TERKEJUT. Eh... Eh... Tok dukun pun pengsan? CUT TO/.
SCENE 41/INT/MALAM/BILIK MANISAH/
CU TANGAN LABI SEDANG MENGASAH KAPAK. LS MANISAH DI ATAS KATIL MEMANDANGNYA.
- 525. MANISAH
Kanda, dinda tak sangka yang kanda sayang betul-betul kepada dinda.
- 526. LABI
Siapa tak sayang bini....oooi. CUT TO/.
SCENE 42/INT/MALAM/RUANG TAMU /
MS HAJI BAKHIL SEDANG MINUM SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH ISTERINYA. DI TANGAN KANAN HAJI BAKHIL MEMEGANG SENAPANG PATAH. SELEPAS MENEGUK AIR DIA MELETAKKAN CAWAN DAN MEMBERI ISYARAT „SENYAP‟ KEPADA ISTERINYA DAN SEOLAH MENGENDAP KE JENDELA. HAJI BAKHIL TERUS SAHAJA MENGACU SENAPANG KE ARAH SASARAN SAMPAI DIPERHATIKAN OLEH ISTERINYA.
- 527. HAJI BAKHIL
Ini kali kalau dia datang, aku bagi....pang! (BUNYI TEMBAKAN MELALUI MULUTNYA) Biar berkecai mukanya. (KEMUDIAN MENGANGKAT SENAPANG)
- 528. MAK ENCIK
Pandaikah abang menembak tu...bang?
- 529. HAJI BAKHIL
Pandai jugak. Masa kecil aku belajar menembak. Bukan senapang...pistol.
- 530. MAK ENCIK
Pistol yang macam mana tu, bang?
- 531. HAJI BAKHIL
(NADA KERAS) Pistol airlah... CUT TO/.
SCENE 43/EXT/MALAM/HALAMAN RUMAH HAJI BAKHIL/
LS ORANG-ORANG KAMPUNG YANG TELAH DIKUMPULKAN OLEH HAJI BAKHIL SEDANG BERKAWAL DI RUMAHNYA. MASING-MASING MEMEGANG SENJATA IAITU ADA YANG MEMEGANG PARANG, KAPAK, CANGKUL DAN SEBAGAINYA. KELIHATAN JUGA MEREKA BERBORAK-BORAK SAMBIL MENGAWAL. INTERCUT/.
SCENE 44/EXT/MALAM/DI SEBATANG JALANRAYA/
ELS SEBUAH KERETA MELUNCUR MENDATANG DAN BERHENTI. KELUAR LABU DARI TEMPAT DUDUK BELAKANG KERETA TERSEBUT SAMBIL MEMBERI ISYARAT „TUNGGU‟ KEPADA PEMANDUNYA. LABU MENUJU KE SATU ARAH DAN BERLINDUNG DI SEBALIK POKOK BESAR SAMBIL MEMERHATI KE SATU ARAH (RUMAH HAJI BAKHIL). KEMUDIAN DIA TERSENYUM SAMBIL MENGELUARKAN SEBUAH BEKAS MENGANDUNGI SERBUK. DENGAN WAJAH CERIA, MENUANGKAN SERBUK KE TAPAK TANGANYA DAN TERUS HEMBUS KE UDARA. INTERCUT/.
SCENE 43A/EXT/MALAM/HALAMAN RUMAH HAJI BAKHIL/
ELS ORANG-ORANG KAMPUNG YANG SEDANG BERKAWAL TIBA-TIBA REBAH DI TEMPAT KAWALAN MASING-MASING. INTERCUT/.
SCENE 42A/INT/MALAM/(AS ACT 42)/
LS HAJI BAKHIL BERDIRI DI JENDELA MENGGUAP BEBERAPA KALI DAN BEGITU ISTERINYA SEDANG DUDUK TEPI PELAMIN TERUS REBAH LENA.
- 532. HAJI BAKHIL
Yang...kenapa mengantuk sangat ini? (MENYANDAR DI DINDING JENDELA BERSAMA SENAPANGNYA) Ya Allah. (TERUS LENA) INTERCUT/.
SCENE 41A/INT/MALAM/(AS ACT 41)/
FS MANISAH DI KATIL, MANAKALA LABI MASIH MENGASAH KAPAKNYA. TIBA-TIBA MANISAH MEMANDANGNYA.
- 533. MANISAH
Abang Labi, dinda terasa mangantuk betul. LABI MEMANDANG MANISAH YANG TIBA-TIBA SAHAJA REBAH DI KATIL. LABI MERENUNG ARAH MANISAH SEOLAH ADA YANG TIDAK KENA. KEMUDIAN MENOLEH KE SATU ARAH. INTERCUT/.
SCENE 42B/INT/MALAM/(AS ACT 42)/
LS HAJI BAKHIL DAN ISTERINYA LENA DI TEMPAT MASING-MASING TIDAK SEDARKAN DIRI SEOLAH-OLAH PENGSAN. INTERCUT/.
SCENE 41B/INT/MALAM/(AS ACT 41)/
LABI MELETAKKAN KAPAK DAN MENUJU KE JENDELA MEMANDANG KELUAR RUMAH. INTERCUT/.
SCENE 43B/EXT/MALAM/(AS ACT 43)/
LS SEMUA ORANG-ORANG KAMPUNG TERBUNGKANG TIDUR BERSELERAK DI MERATA HALAMAN DAN SEBAGAINYA. INTERCUT/.
SCENE 41C/INT/AS ACT 41B)/
LABI MEMANDANG DARI JENDELA KELUAR DAN MENOLEH KE ARAH MANISAH YANG TIDOR PENGSAN ATAS KATIL. LABI MACAM MENGETAHUI APA YANG SEDANG BERLAKU DAN TERUS MENGAMBIL SEGELAS AIR. DIA MENGELUARKAN GELIGA DARIPADA BAJUNYA DAN MASUK DALAM GELAS SERTA MENJAMPI-MENTERA. KEMUDIAN MENYAPU AIR KE WAJAH MANISAH SELURUHNYA. TIBA-TIBA MANISAH TERSEDAR.
- 534. MANISAH
(BANGUN DAN MEMANDANG LABI) Apa yang telah terjadi kanda? 535. LABI Tidak ada apa-apa dinda. Ini hanya perbuatan si Labu. INTERCUT/.
SCENE 44A/EXT/MALAM/(AS ACT 44)/
MCU LABU MEMERHATI KE SATU ARAH (RUMAH HAJI BAKHIL) DIA TERSENYUM. LS DIA BERJALAN MASUK KE HALAMAN RUMAH HAJI BAKHIL SAMBIL MEMANDANG KANAN DAN KIRINYA YANG KELIHATAN BERGELIMPANGAN ORANG-ORANG KAMPUNG TERTIDUR KERANA SERBUK SEMBURANNYA. LABU MENAIKI SERAMBI DAN MENEPUK MEREKA SEHINGGA REBAH. INTERCUT/.
SCENE 42C/INT/MALAM/(AS ACT 42)/
LS HAJI BAKHIL DAN ISTERINYA MASIH TIDAK SEDARKAN DIRI SEOLAH-OLAH PENGSAN. MUNCUL LABU SAMBIL TERSENYUM MEMANDANG MEREKA SUAMI-ISTERI.
- 536. HAJI LABU
Ha... Haji Bakhil, eh? LABU MENGAMBIL SENAPANG DAN MEMUKUL KEPALA HAJI BAKHIL SEHINGGA TERLENTUK KE DINDING. LABU MELETAKKAN SENAPANG DAN MENOLEH KEBELAKANGNYA. MENGAMBIL CAWAN DAN MENOLEH KE ARAH HAJI BAKHIL YANG TIDAK SEDARKAN DIRI. Hah....come we have a drink...will you. Alright, (TERUS MINUM) I drink alone. LABU MELETAKKAN CAWAN SEMULA SAMBIL MENGELAP BIBIRNYA DAN TERUS BANGUN MENUJU BILIK TIDUR PENGANTIN. CUT TO/.
SCENE 41D/INT/AS ACT 41C)/
LS MANISAH BERADA DI ATAS KATIL MEMANDANG KE ARAH PINTU SAMBIL TERSENYUM SEOLAH-OLAH MENGUMPAN LABU. SEMENTARA DI BELAKANG PINTU LABI MENYERUK SAMBIL BERSEDIA DENGAN KAPAK DI TANGANNYA.
- 538. HAJI LABU
(MENEGUR) Hei... HAJI LABU BERJALAN MASUK SAMBIL MEMBETUL-BETULKAN CINCINNYA. APABILA MELEPASI PINTU BILIK, LABI MENGHULUR KAKINYA MENYEBABKAN HAJI LABU TERSUNGKUR JATUH DI HUJUNG KATIL.
- 539. HAJI LABU
(PELAT INGGERIS) Oh... Kau bukan anak laki. Ini macam tidak baguslah.
- 540. LABI
(MEMEGANG KAPAK) Hei... Jangan cakap pelat orang putihlah. HAJI LABU BANGUN DENGAN WAJAH YANG SEOLAH-OLAH INGIN MENANGIS.
- 541. HAJI LABU
(NADA SEDIH) Kau main kapak ya. Aku tangan kosong. MANISAH MEMANDANG KE ARAH LABU) Ini macam tidak adil Labi.
- 542. LABI
Baik... (CAMPAK KAPAK DAN MENGHAMPIRI HAJI LABU SAMBIL TUKAR TOPIK) Labu... Labu... Kau ni orang kaya bukan?
- 543. HAJI LABU
Ya. Kaya. (MEMANDANG KE ARAH LABI ) 544. LABI Aku percaya rumah engkau takde lampu macam ni. (TUNJUK KE ARAH LAMPU) HAJI LABU MEMANDANG KE ARAH YANG DITUNJUKKAN OLEH LABI SAMBIL KETAWA.
- 545. HAJI LABU
(KETAWA) Ha....ha....ha.... (MENUNJUK KE ARAH LAMPU) Mana kau beli? KETIKA ITU JUGA SATU TUMBUKAN MENGENAI DADA LABU DAN DIA TERSANDAR DI PINTU BILIK. LABU MENGELENG KEPALANYA KESAKITAN Hoh, hm... Labi, kau pukul curi ye. (HAJI LABU MENGGOSOK MULUT DAN MAJU) LABI BERGERAK MENUJU KE ARAH HAJI LABU SAMBIL KETAWA. HAJI LABU PULA MENGAMBIL PERHATIAN DENGAN MENUNJUK KE ARAH KASUT LABI. Cantik kasut kau Labi ...
- 548. LABI
(KETAWA) Kau jangan bergurau. (MENUDING JARI ARAH LABU DAN MENUNJUK KASUTNYA) Kasut aku tak cantik. Kasut kau lagi cantik. Ha... Tengok- tengok... (TUNJUK KASUT)
- 549. HAJI LABU
Tentulah ini mahal... LABU MENUNDUK KE ARAH KASUTNYA, KETIKA ITU LABI KARATE BELAKANG LEHERNYA. LABU JATUH TERBARING DI LANTAI.
- 550. HAJI LABU
Eh... Eh... Aku jugak yang kena? (MENGOSOK KEPALANYA)
- 551. LABI
(TEGAS) Bangun kau! Oo... kau datang nak merampas isteri aku ya! LABI TERUS MELEPASKAN TUMBUKAN KE ARAH LABU TETAPI DITEPIS OLEH LABU DAN MEMBALAS TUMBUKAN MENGENAI LABI PULA. LABI TERBARING KE LANTAI. KEMUDIAN DENGAN PANTAS LABU MENCAPAI KAPAK MILIK LABI DAN TERUS MENYERANGNYA CUT TO/.
SCENE 20 J/EXT/MALAM/(AS ACT 20H)/
MCU LABI KENA PUKUL DENGAN BANTAL OLEH LABU. KELUAR SEGALA KEKABU DARIPADA BANTAL ITU BERTABURAN DI ATAS SERAMBI.
- 552. LABU
(BISING) Nah kau Labi. (BERKATA SESUATU TIDAK JELAS)
- 553. LABI
Hei... Labu. ( BERKATA SESUATU ) MASIH LAGI DALAM SUASANA PERGADUHAN. LABU MEMUKUL LABI DENGAN BANTAL BERULANG KALI. Hei... Labu mengucap. Mengucap... MCU LABU MASIH LAGI DALAM KEADAAN HILANG PERTIMBANGAN IAITU TIDAK SEDAR TERUS MENCEKIK LEHER LABI . Mengucap Labu! (KUAT) Mengucap! LABI MEMASUKKAN KEKABU BANTAL KE MULUT LABU YANG KETIKA ITU SEMACAM HILANG AKAL. (KERAS) Mengucap...Labu! Mengucap...Labu. Heh... KETIKA ITU BERLAKU PERGELUTAN YANG DAHSYAT IAITU TIDAK DAPAT DIKAWAL LAGI KEMARAHAN LABU. (TINGGI) Mengucap...Labu.... mengucap.. KETIKA ITU KELIHATAN AIR DICURAH KE BELAKANG LABI YANG MANA LABU DI BAWAHNYA. MCU HAJI BAKHIL MENJIRUS AIR DENGAN BALDI. LABI MENOLEH KE ARAH HAJI BAKHIL DAN TURUN DARIPADA SERAMBI TERUS KE HALAMAN. LABI BERPALING KE ARAH LABU MACAM MENJERIT. (KUAT) Hei... Labu, kau tu mimpi Labu. KELIHATAN AIR MASIH MENCURAH MENGENAI LABU YANG TERBARING DI LANTAI SERAMBI.
- 559. LABU
(BANGUN DAN DUDUK ) Mimpi kepala otak engkau. (PANDANG KE ARAH LABI) MCU LABU KEMUDIAN TERPANDANG KE ARAH HAJI BAKHIL YANG MASIH MEMEGANG BALDI.
- 560. LABU
(MARAH) Oo..... Ini dia (MENUDING JARI ARAH HAJI BAKHIL) Haji Bakhil tua kutuk. Tua tak sedar diri!
- 561. HAJI BAKHIL
(MARAH) Apa? Kau bilangkan aku tua kutuk? Bahlul! Setan! LABU TERUS BERDIRI DAN MENGHAMPIRI HAJI BAKHIL SEMACAM HILANG AKAL.
- 562. LABU
(KERAS) Siapa setan? (MENUDING JARI DIRINYA) Aku bukan setan. Aku Haji. Haji Labu. (MENUDING JARI KEPADA HAJI BAKHIL) Kau setan! Kau setan Bakhil bin Kedekut. MCU HAJI BAKHIL DALAM KETAKUTAN CUBA MENENANGKAN LABU.
- 563. HAJI BAKHIL
(PERLAHAN) Labu... kenapa kau Labu? MCU LABU MEMANDANG TEPAT KE ARAH HAJI BAKHIL MENYEBABKAN HAJI BAKHIL KETAKUTAN.
- 564. LABU
(MENGANGUKKAN KEPALANYA) Eha... Kenapa? (SAMBIL MENGOYANGKAN PINGGANG) Kau purak-purak bikin tak tahu ye! Kau sanggup tolak peminangan aku! Kau kahwinkan anak kau dengan si Labi. (MENUDING JARINYA) Kau tengok....kau tengok. (MENGANGKAT LENGANNYA SAMBIL MENENGKING) Aku lensing kau! MCU LABI MEMERHATIKAN DARI BAWAH SAMBIL MENJERIT UNTUK MENSTABILKAN SITUASI.
- 565. LABI
(NADA TINGGI) Hei... Labu! (MENUDING JARINYA) Kau tu mimpilah...Labu!
- 566. LABU
(MARAH SAMBIL MENUDING JARI ARAH LABI) Diam! Setan! MCU MANISAH BUKA TINGKAP SAMBIL MEMANDANG KELUAR RUMAH DAN MENEGUR LABI.
- 567. MANISAH
Bang Labi... (SAMBIL SIKAT RAMBUT) Tolong keluarkan basikal Manisah, bang Labi.
- 568. LABI
(TERSENYUM DAN PATUH) Baik...Cik Manisah. MS LABI MENUJU KE GARAJ DAN MEMBUKA PINTU. KEMUDIAN MCU LABU MEMANDANG KE ARAH MANISAH SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH HAJI BAKHIL DAN ISTERINYA.
- 569. LABU
(TERSENYUM) Aha... Itu dia pujaan hati ku. KAMERA FOLLOW LABU TURUN TANGGA DAN MENGHAMPIRI JENDELA SAMBIL MEMEGANG BINGKAI JENDELA DAN MENDONGKAK KE ARAH MANISAH SEDANG BERSIKAT.
- 570. LABU
(BERSUNGGUH-SUNGGUH) Manisah. (MEMANJAT SEDIKIT) Ada le lebih baik...kau mintak cerai dengan Labi. Mintak cerai sekarang....jugak.
- 571. MANISAH
(KEHAIRANAN) Cerai? MCU MANISAH HAIRAN DENGAN PERCAKAPAN LABU ITU.
- 572. LABU
Ha...a...
- 573. MANISAH
Bila saya kahwin dengan abang Labi?
- 574. LABU
(TENGGELAM PUNCA) Ha?
- 575. MANISAH
(MENDUGA) Eh... Eh... Jangan-jangan abang Labu ini bermimpi tak?
- 576. LABU
(TERKEJUT) Ha? Mimpi? LS LABU MULA MENYEDARI DARIPADA KHAYALANNYA DAN DALAM KEADAAN SERBA TAK KENA. TERUS TURUN DARIPADA TINGKAP DAN BERPALING KE ARAH HAJI BAKHIL YANG BERADA DI SERAMBI RUMAH.
- 577. LABU
(SEMBAH) Maaf... Maafkan saya Encik.(TAKUT) Encik baik. Saya setan. (MENUDING JARI DIRINYA) LABU TERUS BERTENGGUNG SAMBIL MEMANDANG KE ARAH HAJI BAKHIL DAN ISTERINYA.
- 578. HAJI BAKHIL
Oo... Ini kerja kau ye! (PERLI) Rupanya kau ada hati dengan anak aku! LS LABU MASIH BERTENGGUNG DI HALAMAN MOHON SIMPATI HAJI BAKHIL.
- 579. LABU
(MINTA SIMPATI) Tidak. Tidak, Encik! Saya takde hati. Saya ada jantung!
- 580. HAJI BAKHIL
Diam! (MENUDING JARI KE SATU ARAH) Pergi kau sana!
- 581. LABU
Baik, Encik! LABU BANGUN DAN BERLARI ANAK TEMPAT YANG DIARAHKAN. KEMUDIAN LABI YANG MENOLAK BASIKAL MENGEJEK KETIKA MELEPASI LABU. LS HAJI BAKHIL SEDANG MEMANDANG GELAGAT LABI DAN MENEGURNYA.
- 582. HAJI BAKHIL
Ha, Labi! (MENUDING JARI KE ARAH LABI) Kaupun berdiri jugak di sana. LS LABI TERPERANJAT SEHINGGA TERLEPAS BASIKAL DI TANGANNYA. LANTAS LABU DAN LABI MEMEGANG TELINGA MASING-MASING DAN MELAKUKAN KETUK KETAMPI TANPA DIARAH OLEH HAJI BAKHIL. SEMENTARA ISTERINYA CUMA MEMERHATIKAN SAHAJA. Ha... kau dah tahu? Belum aku suruh kau dah bikin? Padan muka kau..... setanLABU DAN LABI TERUS MELAKUKAN KETUK-KETAMPI SAMBIL KEDUANYA MENUNJUKKAN AKSI LENSING. INSERT: JAM BESAR YANG BERDENTING ENAM KALI. ZOOM OUT.
==SELESAI==