| Kumpulan → | 8 |
|---|---|
| ↓ Kala | |
| 4 | 26 Fe |
| 5 | 44 Ru |
| 6 | 76 Os |
| 7 | 108 Hs |
Unsur kumpulan 8 juga dikenali sebagai kumpulan Besi merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-8 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada logam peralihan Besi (Fe), rutenium (Ru), osmium (Os), dan hassium (Hs).
Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka. Walau bagaimanapun, rutenium tidak menunjukkan corak yang sama.
| Z | Unsur | Bilangan elektron/petala |
|---|---|---|
| 26 | besi | 2, 8, 14, 2 |
| 44 | rutenium | 2, 8, 18, 15, 1 |
| 76 | osmium | 2, 8, 18, 32, 14, 2 |
| 108 | hassium | 2, 8, 18, 32, 32, 14, 2 |
Kesemua unsur-unsur ini dikelaskan dalam kumpulan 8 kerana mereka mempunyai 8 elektron valens. Hassium hanya boleh dihasilkan di dalam makmal dan tidak pernah dijumpai secara semula jadi.









