Kumpulan Tentera Darat H | |
---|---|
Aktif | 11 November 1944 – 4 Mei 1945 |
Negara | Jerman Nazi |
Cawangan | Tentera Darat Jerman (Wehrmacht) |
Jenis | Kumpulan tentera darat |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Komander | |
Komander terkenal | Johannes Blaskowitz Ernst Busch Kurt Student |
Kumpulan Tentera Darat H (Heeresgruppe H) adalah sebuah formasi induk Jerman di negara Belanda dan di Nordrhein-Westfalen semasa Perang Dunia II.
Kumpulan Tentera Darat H (H untuk Holland) telah diaktifkan pada 11 November 1944 di Negara Belanda. Ia mengandungi Tentera Darat Pertama Paracut dan Tentera Darat Ke-15 (pada Januari 1945 digantikan oleh Tentera Darat Ke-25). Ia mengawal Belanda dengan 12 divisyen. Pada Mac 1945 kumpulan tentera darat menjadi Oberbefehlshaber Nordwest (OB Nordwest, Panglima Tertinggi Barat Laut) dibawah Ernst Busch. Selepas ditolak dari Rhine oleh Operasi Varsity, pada 4 Mei 1945 OB Nordwest menyerahkalah di Lüneburger Heide kepada Fil Marsyal Montgomery.
Para Panglima
- Generaloberst Kurt Student (1 November 1944 – 28 Januari 1945)
- Generaloberst Johannes Blaskowitz (28 Januari 1945 – 15 April 1945)
- Generalfeldmarschall Ernst Busch (15 April 1945 – 4 Mei 1945)