| Kuih lobak | |
|---|---|
| Jenis | Makanan |
| Jenis sajian | Dim sam, yam cha |
| Tempat asal | China selatan |
| Kawasan/rantau | Kawasan penutur bahasa Cina |
| Bahan utama | Lobak putih sagat, tepung beras |
| Keragaman/variasi | Digoreng, kukus, chai tow kway |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Kuih lobak | |||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama Bahasa Cina | |||||||||||||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 蘿蔔糕 | ||||||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 萝卜糕 | ||||||||||||||||
| Maksud harfiah | kuih lobak | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| Alternative Chinese name | |||||||||||||||||
| Bahasa Cina | 菜頭粿 | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| Burmese name | |||||||||||||||||
| Burmese | အော်ကေ့ကျီ | ||||||||||||||||
| IPA | [ɔ̀kḛʧì] | ||||||||||||||||
| Vietnamese name | |||||||||||||||||
| Vietnamese | bánh củ cải | ||||||||||||||||
Kuih lobak[a] ialah sejenis kuih diperbuat daripada lobak putih sagat dan tepung beras biasa dan dipotong dadu; ia dihidang dalam masakan Kantonis sebagai sebahagian sajian dim sam. Ia kadangkala digoreng atas kuali sebelum dihidangkan. Setiap keping yang digoreng mempunyai lapisan rangup nipis di luar, dan bahagian dalamnya kekal lembut. Versi tidak digoreng adalah lembut sepenuhnya. Ia merupakan antara hidangan standard dalam masakan dim sam di China serta restoran Chinatown di luar negara.
Kuih lobak juga popular dalam sambutan Tahun Baru Cina, kerana dalam bahasa Hokkien, perkataan 菜頭 chhài-thâu yang bermaksud lobak menyerupai sebutan 好彩頭 hó-chhái-thâu yang bermaksud “tuah”.[1] Di Taiwan, kuih lobak turut dimakan sebagai sebahagian daripada sarapan pagi.
Penyediaan

Lobak putih yang jenis putih hijau atau putih sepenuhnya disagat terlebih dahulu.[2] Bahan asas lain termasuk air dan tepung beras. Kadangkala, tepung jagung ditambah untuk membantu proses ikatan kek, terutama jika ditambah banyak bahan lain (rujuk senarai di bawah). Semua bahan ini digaul sebati.
Bahan tambahan yang menambah rasa umami turut boleh ditambahkan, antaranya udang kering, cendawan shiitake kering, sosej Cina dan ham Jinhua
Bahan-bahan ini lazimnya digoreng dahulu sebelum dicampur ke dalam adunan lobak dan tepung. Kek versi mewah akan menambah lebih banyak bahan ini dalam adunan, manakala versi murah (terutamanya dalam restoran dim sum) hanya meletakkannya sebagai taburan atas untuk jimat kos.
Adunan ini kemudian dituangkan ke dalam pengukus yang dilapik kerajang aluminium berminyak atau selofan, lalu dikukus pada suhu tinggi selama 40–60 minit hingga menjadi pejal dan kenyal.
Untuk mereka yang alah pada lobak, sesetengah resipi menggantikannya dengan *turnip* sebenar. Kek berasaskan keladi atau labu merupakan variasi lain bagi resipi ini.
Kegunaan

Walaupun kuih lobak kukus boleh dimakan terus bersama sos soya, ia sering kali dimasak semula untuk menambah perisa. Contohnya, kuih lobak boleh dipotong kepingan segi empat apabila telah sejuk, kemudian digoreng atas kuali hingga kedua-dua belah bertukar keemasan.
Ia biasanya dihidangkan bersama sos cili dan/atau sos hoisin sebagai perasa sampingan.
Kek lobak juga boleh digoreng dan dijadikan hidangan chai tow kway, yang terkenal di Asia Tenggara.
Lihat juga
Nota
- ^ Cina tradisional: 蘿蔔粿; Pe̍h-ōe-jī: chhài-thâu-kóe, atau Cina tradisional: 蘿蔔糕; pinyin: luóbo gāo
Rujukan
- ^ Bartholomew, Ian (24 Januari 2008). "New Year's Eve dinner: easy as pie". Taipei Times. m/s. 13. Dicapai pada 16 Julai 2011.
- ^ "Turnip or Radish Cake with Chinese Sausages". Taste Hong Kong. 23 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2012. Dicapai pada 6 September 2012.
Pautan luar
- Sue-On's Kitchen Diarkibkan 2009-08-05 di Wayback Machine









