| Kromosom X manusia | |
|---|---|
Kromosom X manusia (selepas penjaluran G) | |
Kromosom X manusia dalam kariogram | |
| Ciri-ciri | |
| Panjang (bp) | 154,259,566 bp (CHM13) |
| Bilangan gen | 804 (CCDS)[1] |
| Jenis | Alosom |
| Kedudukan sentromer | Submetasentrik[2] (61.0 Mbp)[3] |
| Senarai gen lengkap | |
| CCDS | Senarai gen |
| HGNC | Senarai gen |
| UniProt | Senarai gen |
| NCBI | Gene list |
| Pemidang peta luaran | |
| Ensembl | Kromosom X |
| Entrez | Kromosom X |
| NCBI | Kromosom X |
| UCSC | Kromosom X |
| Jujukan DNA penuh | |
| RefSeq | NC_000023 (FASTA) |
| GenBank | CM000685 (FASTA) |
Kromosom X adalah satu daripada dua kromosom penentu jantina (alosom) dalam kebanyakan spesies haiwan, termasuk mamalia (yang satu lagi ialah kromosom Y), malah terdapat dalam kedua-dua jantan dan betina. Ia menganggotai sistem penentuan jantina XY dan X0. Kromosom X dinamai sempena sifat-sifat uniknya oleh para penyelidik dahulu kala, dan oleh itu turut dinamai padanannya iaitu kromosom Y sempena huruf abjad yang seterusnya setelah ia ditemui selanjutnya.[4]
Kromosom X dalam manusia merentasi lebih daripada 153 juta pasangan bes (bahan pembentukan DNA). Ia mewakili kira-kira 2000 daripada 20,000 - 25,000 gen. Setiap orang biasanya mempunyai sepasang kromosom seks dalam setiap sel. Perempuan mempunyai dua kromosom X sementara lelaki mempunyai satu kromosom X dengan satu kromosom Y. Kedua-dua jantina mewarisi satu kromosom X dari ibu mereka, sementara perempuan mendapat kromosom X keduanya daripada bapanya. Memandangkan si bapa mewarisi kromosom X dari ibunya, maka seorang perempuan mempunyai satu kromosom X dari nenek sebelah bapanya, dan satu kromosom X dari ibunya.
Rujukan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaCCDS - ^ Tom Strachan; Andrew Read (2 April 2010). Human Molecular Genetics. Garland Science. m/s. 45. ISBN 978-1-136-84407-2.
- ^ Genome Decoration Page, NCBI. Ideogram data for Homo sapience (850 bphs, Assembly GRCh38.p3). Last update 2014-06-03. Retrieved 2017-04-26.
- ^ Angier, Natalie (2007-05-01). "For Motherly X Chromosome, Gender Is Only the Beginning". New York Times. Dicapai pada 2007-05-01.








