| Cara artikulasi |
|---|
| Obstruen |
| Hentian |
| Letusan |
| Geseran |
| Sibilan |
| Sonoran |
| Sengau |
| Tamparan |
| Getaran |
| Aproksiman |
| Cecair |
| Vokal |
| Separuh vokal |
| Sisian |
| Arus udara |
| Ejektif |
| Implosif |
| Klik |
| Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan] |
Konsonan implosif merupakan konsonan hentian (atau letusan) yang bercampur mekanisme arus udara ingresif glotis and egresif pulmonik;[1] maksudnya, arus udara dikawal dengan menggerakkan glotis ke bawah di samping menghembuskan udara dari paru-paru. Justeru, berbeza daripada konsonan ejektif yang dihasilkan sepenuhnya oleh glotis, implosif boleh diubah suai oleh pembunyian yang hampir semestinya bersuara. Bunyi implosif bezaan terdapat dalam kira-kira 13%[2] bahasa di dunia.
Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), konsonan implosif dilambangkan dengan mengubah suai aksara hentian bersuara dengan cangkuk di atasnya: [ɓ ɗ ʄ ɠ ʛ].
Jenis implosif
Hentian implosif yang dikenal pasti adalah:
- Implosif dwibibir bersuara [ɓ]
- Implosif gigi bersuara [ɗ̪]
- Implosif gusi bersuara [ɗ]
- Implosif gelungan bersuara [ᶑ] (bukan aksara IPA)
- Implosif lelangit bersuara [ʄ]
- Implosif velar bersuara [ɠ]
- Implosif uvular bersuara [ʛ]
Rujukan
- ^ Phonetics for communication disorders. Martin J. Ball and Nicole Müller. Routledge, 2005.
- ^ Maddieson, Ian. 2008. Glottalized Consonants. In: Haspelmath, Martin & Dryer, Matthew S. & Gil, David & Comrie, Bernard (eds.) The World Atlas of Language Structures Online. Munich: Max Planck Digital Library, chapter 7. Available online at http://wals.info/feature/7 Dicapai pada 28 Mac 2008.








