Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen Sastera'. Komsas merupakan komponen dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di Mac 2000[1], Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di semua sekolah menengah.
Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan sebuah antologi. Apabila sampai ke Tingkatan 3, mereka sudah membawa 6 buah buku.
Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia dan tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat, panjang dan hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) (dahulunya Penilaian Menengan Rendah (PMR) sebelum 2014) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kupasan novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawa markah 10% sahaja.
'Antologi' pula merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden, puisi klasik, cerpen, sedutan teks klasik dan drama.
Tujuan
Komsas dilihat sebagai alternatif kepada subjek Sastera di tingkatan 4 dan 5 sebelum ini. Tidak ramai pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan terutama sekali pelajar aliran sains. Sedangkan membaca bahan sastera dapat membina kecekapan berbahasa dan membina kualiti minda dan keinsanan.
Pengedaran
Buku Komsas diberi percuma melalui Skim Pinjaman Buku Teks kepada mereka yang layak sahaja. Dalam subjek bahasa Inggeris juga terdapat buku Komsas. Mulai tahun 2008, semua pelajar diberi buku teks percuma ini tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Setiap novel dan antologi yang terpilih biasanya akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), namun ia diterbit oleh penerbit-penerbit lain juga. DBP juga menerbitkan semua buku teks bahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Penerbit lain diberi peluang menerbitkan buku-buku teks bagi subjek yang lain.
Penulis akan diberi royalti sekiranya novel mereka terpilih. Jutaan naskah diterbitkan setiap tahun. Di sinilah bantahan dari pelbagai penulis bermula. Apalah hebatnya menjadi Sasterawan Negara jika novel mereka tidak terpilih sebagai buku teks Komsas, lebih baik sekadar penulis muda biasa-biasa sahaja.[2]
Zon-zon
Panel penilai dari Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan membahagikan buku-buku Komsas ini kepada beberapa zon. Setiap zon dibekalkan dengan beberapa buku komsas yang berlainan.
Buku komsas untuk peringkat PT3 dan dahulunya PMR ialah :
Novel Tahap PMR (lama):
- Meniti Kaca
- Anak Din Biola
- Aku Anak Timur
- Limpahan Darah di Sungai Semur
- Pahlawan Pasir Salak
- Timulak Kapal Perang
- Tragedi Empat Disember
- Kapten Hassan Wira Bangsa
- Panas Salju
- Ekspedisi
- Kanang: Cerita Seorang Pahlawan
- Merdeka! Merdeka!
- Hikmah
Antologi Tahap PMR (lama):
Novel Tahap PMR (baru):
- Hikmah | Zon 1, Ting 1
- Sukar Membawa Tuah | Zon 2, Tingkatan 1
- Bukan Duniaku | Zon 3, Tingkatan 1
- Istana Menanti | Zon 4, Tingkatan 1
- Erti Sebuah Pengorbanan | Zon 1, Tingkatan 2
- Wira Pesona Avatari | Zon 2, Tingkatan 2
- Lestari Bukit Menghijau | Zon 3, Tingkatan 2
- Di Sebalik Wajah | Zon 4, Tingkatan 2
- 6:20 | Zon 1, Tingkatan 3
- Merenang Gelora | Zon 2, Tingkatan 3
- Cempaka Putih Untukmu | Zon 3, Tingkatan 3
Antologi Tahap PMR (baru):
- Kasut Kelopak Jantung | Ting 1
- Gema Sepi Gadis Genius | Ting 2
- Harga Sebuah Lukisan | Tingkatan 3
Tahap PT3 :
Novel -
Tingkatan 1[3]
Tingkatan 2[3]
Tingkatan 3[3]
- Tawanan Komander Caucasus
- Justeru Impian di Jaring
- Chot
- Hempasan Ombak
Antologi
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Peringkat SPM (lama):
Rujukan
- ^ "Komsas Materials in Teaching and Learning the Malay Language among Secondary School Students". www.researchgate.net. December 2020.
- ^ Komsas versus Sasterawan Salbiah Ani Berita Harian 29 Januari 2008
- ^ a b c "Senarai Nota KOMSAS dan Novel Tingkatan 1 hingga 5 - Karangan Net" (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-02. Dicapai pada 2024-06-13.