Nama lama | Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah |
|---|---|
| Moto | "Kecemerlangan Menjana Teknokrat Kompeten" |
| Jenis | Kolej Matrikulasi |
| Ditubuhkan pada | Sebelum Mei 2009 (STEP) Mei 2009 (KMTK) 2018 (KMKK) |
| Pengarah | Tn Mohammad Ariffin Bin Abd Aziz ( Jun 2025- kini) |
| Alamat | Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Kementerian Pendidikan Malaysia,Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah , Pendang |
| Laman sesawang | http://www.kmkk.matrik.edu.my/ |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) ialah Kolej Matrikulasi yang telah ditubuhkan di Malaysia. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah terletak di Pendang, Kedah[1]
Visi
Penjana unggul pelajar berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional.[2]
Misi
Membangunkan potensi pelajar dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.[2]
Latar Belakang
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK) mula beroperasi pada Mei 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Pendang sehinggalah ia dinaik taraf kepada Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Ambilan pertama pelajar KMTK pada tahun 2009 iaitu seramai 99 orang pelajar sahaja. Pada tahun 2010 bilangan pelajar semakin bertambah sehingga 348 orang. Setakat ini Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah mampu menempatkan seramai 518 orang pelajar termasuk lelaki dan perempuan dalam satu-satu masa. Setiap pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah layak dan wajib menetap di Kolej Kediaman yang disediakan. Dengan prasarana dan kelengkapan yang lengkap di setiap blok kolej kediaman, keselesaan pelajar adalah terjamin.
Maksud Logo
3 BENTUk GEAR (SISI)
Warna JINGGA ( ORANGE) , kreatif dan inovatif warga KMTK, dan merupakan warna rasmi daerah Pendang, Kedah (lokasi di mana KMKK berada)
Tiga bentuk gear oren (membentuk sempadan) mewakili 3 buah kolej perintis beraliran teknikal di Malaysia, yang direalisasikan melalui Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, BMKPM.
Bermula dengan gear bersaiz kecil sehingga menjadi gear yang bersaiz besar, merujuk kepada perkembangan ilmu dan profesionalisme pelajar.
3 BENTUK GEAR (TERAS)
Warna BIRU ( BLUE) , perpaduan, bersatu dan muafakat warga KMKK di dalam menjayakan visi dan misi.
Tiga bentuk gear (teras) mewakili tiga aliran kejuruteraan yang ditawarkankan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan:
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Mekanikal
BENTUK SEGITIGA (KOMBINAS1 GEAR)
Gabungan dari gear-gear di sisi dan gear-gear di teras membentuk segitiga yang bermaksud persepaduan visi, misi BMKPM dan KMKK didalam menjana profesionalisme teknokrat kejuruteraan untuk keperluan negara.
Rujukan
- ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-12.
- ^ a b http://www.kmkk.matrik.edu.my/index.php/infokmkk/tentang-kmkk
Pautan luar
https://www.kmkk.matrik.edu.my/ — Laman sesawang rasmi KMKK
https://www.facebook.com/kmkkofficial — Facebook rasmi KMKK
https://youtube.com/@kmkkofficial — Saluran Youtube rasmi KMKK
https://www.tiktok.com/@kmkkkedah — TikTok rasmi KMKK










