Kiiras | |
|---|---|
| Asal | Seoul, Korea Selatan |
| Genre | K-pop |
| Tahun aktif | 2025–kini |
| Syarikat rakaman | LeanBranding |
| Anggota semasa |
|
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kiiras (Korea: 키라스; RR: Kiraseu) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh LeanBranding. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli: Lingling, Harin, Kylie, Kurumi, Doyeon dan Roah. Kumpulan ini debut pada 29 Mei 2025 dengan single digital "Kill Ma Bo$$".
Nama
Nama "Kiiras" adalah gabungan perkataan Korea "Ki" yang bermaksud tenaga dan perkataan Inggeris "Rascal".[1]
Sejarah
Pra-debut dan pengenalan
Kiiras, ditetapkan untuk menjadi kumpulan wanita global pertama LeanBranding, diterbitkan oleh penyanyi-penulis lagu dan penerbit R&B Saay, yang memulakan kerjaya muziknya pada tahun 2012 sebagai ahli kumpulan wanita EvoL. Berikutan pembubaran kumpulan itu pada tahun 2015, dia menandatangani kontrak dengan Universal Music dan melancarkan kerjaya solonya dengan single sulung "Circle" pada tahun 2017 dan menjelang debut Kiiras, Saay telah mengembangkan kerjayanya sebagai penerbit K-pop.[1]
Ahli pertama yang didedahkan ialah Lingling, seorang warga Malaysia berusia 19 tahun yang pernah berlatih di bawah naungan YG Entertainment dan WakeOne. Semasa tempohnya sebagai pelatih di bawah WakeOne, Lingling adalah peserta rancangan survival K-pop I-Land 2: N/a pada tahun 2024.[2][3] Walau bagaimanapun, Lingling telah tersingkir dalam episod ketujuh rancangan itu dan tidak masuk ke dalam barisan terakhir Izna, kumpulan wanita bukan sementara pertama WakeOne.[4][5] Beberapa ketika selepas penampilannya di I-Land 2, Lingling menandatangani di bawah LeanBranding sebagai pelatih dan pada 18 April 2025, Lingling diumumkan sebagai ahli pertama Kiiras dan bakal menjadi artis K-pop wanita pertama Malaysia.[6][7] Pada 6 Mei 2025, Lingling telah dipilih sebagai ketua Kiiras.[8]
Antara akhir bulan April 2025 dan awal bulan Mei 2025, baki lima orang ahli Kiiras (empat warga Korea dan seorang Jepun) diumumkan kepada umum.[9] Daripada lima orang ini, tiga daripada ahli, Kylie (16 tahun), Harin (17 tahun) dan Kurumi (18 tahun) telah didedahkan pada 2 Mei 2025. Harin, yang merupakan pelajar terbaik di sekolah menengahnya, dipilih sebagai pelatih selepas menjalani uji bakat di seluruh negara yang dikendalikan oleh LeanBranding.[10][11] Dua orang ahli terakhir, Doyeon dan Roah, diumumkan pada 5 Mei 2025. Doyeon yang berusia 15 tahun adalah bekas pelakon kanak-kanak yang muncul dalam beberapa drama televisyen dan iklan sebelum menjadi pelatih K-pop. Bagi Roah yang berusia 13 tahun, dia mula-mula memulakan kerjayanya sebagai artis gugak (muzik tradisional Korea) dan turut muncul dalam iklan, filem dan siri drama sebelum dia beralih sebagai pelatih.[12][13] Sejurus sebelum debutnya sebagai idola, Roah menyertai Gugak Hanmadang, festival muzik tradisional Korea terbuka, menjadi idola pertama yang mengambil bahagian dalam acara ini.[14]
2025–kini: Debut dengan "Kill Ma Bo$$"
Kiiras memulakan debut pada 29 Mei 2025 dengan mengeluarkan single digital "Kill Ma Bo$$".[15][16][17] Dalam promosi debut mereka, kumpulan ini mempersembahkan single itu pada pelbagai rancangan muzik termasuk Mnet M Countdown, KBS2 Music Bank, MBC Show! Music Core dan SBS Inkigayo.[18][19] Album mini pertama mereka dengan nama yang sama telah dikeluarkan pada 9 Jun dan showcase debut mereka telah dijalankan di Ilchi Art Hall pada hari yang sama.[20]
Ahli
- Lingling (링링) – Ketua[21]
- Kurumi (쿠루미)
- Harin (하린)
- Kylie (카일리)
- Doyeon (도연)
- Roah (로아)
Diskografi
Album mini
| Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta |
Jualan |
|---|---|---|---|
| KOR [22] | |||
| Kill Ma Bo$$ |
Senarai lagu
|
41 |
|
Single
| Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta |
Album |
|---|---|---|---|
| KOR DL [24] | |||
| "Kill Ma Bo$$" | 2025 | 140 | Kill Ma Bo$$ |
Nota
Rujukan
- ^ a b "Rookie group Kiiras gears up for debut". The Korea Herald. April 28, 2025.
- ^ "大马女孩Ling Ling韩国参赛 争取当练习生出道" [Malaysian girl Ling Ling enters Korea contest, fighting to become trainee and debut]. China Press (dalam bahasa Cina). Malaysia. March 23, 2024.
- ^ "19岁Ling Ling参加Mnet选秀拼出道 放话成为首位大马女偶像" [19-year-old Ling Ling enters Mnet survival show to debut, strives to become first Malaysian K-pop female idol]. Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). Malaysia. March 24, 2024.
- ^ "Alicia Wong Lingling was named leader of KIIRAS — Who is the up-and-coming Malaysian idol and how did she get into K-pop? (VIDEO)". Malay Mail. May 6, 2025.
- ^ "首位大马女偶像!LingLing再战K-POP官宣出道" [First Malaysian female K-pop idol! Lingling to debut as K-pop idol after taking challenge again]. Guangming Daily (dalam bahasa Cina). April 18, 2025.
- ^ "Malaysia's first K-pop idol is here — say hello to Klang-born Lingling". Malay Mail. April 18, 2025.
- ^ "Lingling of Mnet's 'I-LAND2:N/a' to join Leanbranding girl group". Korea JoongAng Daily. April 18, 2025.
- ^ "全新女团KIIRAS 529出道 大马K-POP女偶像LingLing担任队长" [New K-pop girl group Kiiras to debut on May 29. Malaysian female K-pop idol Lingling selected as the leader]. China Press (dalam bahasa Cina). May 5, 2025.
- ^ "키라스 멤버 전원 베일 벗었다…'아역배우' 출신 도연+'국악 소녀' 로아 프로필 공개" [All members of Kiras have been unveiled… Doyeon, a former child actress, and Roa, a former national music girl, have revealed their profiles]. NATE (dalam bahasa Korea). May 5, 2025.
- ^ "KIIRAS unveils Harin, Kurumi, and Kylie as debut countdown begins". Chosun Biz. May 2, 2025.
- ^ "키라스, 하린·쿠루미·카일리 공개…전교 1등 지니어스돌→센터 비주얼 대방출" [Kiras, Harin, Kurumi, and Kylie revealed… Genius idols ranked 1st in the entire school → Center visuals released Leanbranding girl group]. NATE (dalam bahasa Korea). May 2, 2025.
- ^ "KIIRAS (Kiras), a new girl group that is drawing attention as a "5th generation super hot rookie," has started a full-fledged debut countdown by releasing all six members' images". Maekyung (dalam bahasa Korea). May 5, 2025.
- ^ "아역배우·국악 소녀까지…키라스, '멤버 전원' 베일 벗었다" [From child actors to traditional Korean music girls… Kiras, ‘all members’ unveiled]. NATE (dalam bahasa Korea). May 5, 2025.
- ^ ""아이돌 최초, '국악한마당' 출연"…키라스 로아, 가야금 병창 무대 극찬" ["First idol to appear on 'National Music Festival'"... Kiras Roa praises gayageum byeongchang stage]. NATE (dalam bahasa Korea). May 27, 2025.
- ^ "New girl group Kiiras reveals all members, set to debut on May 29". Korea JoongAng Daily. May 6, 2025.
- ^ "키라스, 데뷔곡 'KILL MA BO$$' 콘셉트 포토∙티저 공개" [KIRA's Debut Song 'KILL MA BO$$' Concept Photo and Teaser Revealed]. News Free Zone (dalam bahasa Korea). May 22, 2025.
- ^ "데뷔 앞둔 키라스..'5세대 핫루키' 자리 꿰찰까" [Kiras about to debut.. Will they take the spot of '5th generation hot rookie'?]. MTN (dalam bahasa Korea). May 22, 2025.
- ^ "[오늘가요] '린브랜딩 신인' 키라스, 전격 데뷔…5세대 핫 루키 포부" [[Today's Song] 'Rin Branding Rookie' Kiras, surprise debut... 5th generation hot rookie aspirations]. Joy News (dalam bahasa Korea). May 29, 2025.
- ^ "'5세대 핫 루키' 키라스, 화려한 데뷔…카우걸 신드롬 예고" ['5th Generation Hot Rookie' Kiras, A Gorgeous Debut... Cowgirl Syndrome Predicted]. Joy News (dalam bahasa Korea). May 30, 2025.
- ^ "Kiiras aims for live reputation with debut EP 'KILL MA BO$$'". Korea JoongAng Daily. June 9, 2025.
- ^ "Malaysia's Alicia Wong is leader of K-pop group KIIRAS". New Straits Times. May 6, 2025.
- ^ Peak chart positions on the Circle Album Chart:
- "Kill Ma Bo$$". Dicapai pada July 24, 2025.
- ^ Cumulative sales of Kill Ma Bo$$:
- "Circle Album Chart – 2025 Week 24". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 24, 2025.
- "Circle Album Chart – 2025 Week 29". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 24, 2025.
- ^ Peak chart positions on the Circle Download Chart:
- "Kill Ma Bo$$". Circle Chart (dalam bahasa Korea). May 25–31, 2025. Dicapai pada June 16, 2025.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kiiras |









