![]() Peta Kepulauan Nusantara | |
![]() | |
Geography | |
---|---|
Lokasi | |
Jumlah pulau | 17,000 - 30,000 |
Pulau-pulau utama | Jawa, Kalimantan, Papua, Sulawesi, Sumatra |
Keluasan | 2,000,000 km2 (770,000 bt2) |
Kepulauan Melayu ialah kepulauan yang terletak di antara Indo-China dan Australia. Kepulauan ini juga dipanggil "Nusantara", "Hindia Belanda", Bumi Pertiwi.
Terletak di pertengahan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, kepulauan ini terdiri daripada lebih daripada 27,000 pulau yang menjadikannya kepulauan yang keempat terbesar di dunia dari segi jumlah pulau. Dari segi luas kawasannya pula, kepulauan ini merupakan kepulauan yang terbesar di dunia.
Geografi
Luas daratan dan perairan Kepulauan Indonesia melebihi 2 juta km2. Secara amnya, kepulauan ini terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu:
Perkumpulan-perkumpulan pulau utama di Kepulauan Indonesia termasuk Kepulauan Maluku, New Guinea dan Kepulauan Sunda. Di Kepulauan Filipina pula, perkumpulan-perkumpulan pulau utama ialah Luzon, Mindanao dan Kepulauan Visayas.
Iklim di sepanjang kepulauan ini ialah Tropika kerana kedudukannya di Khatulistiwa. Kepulauan ini juga mempunyai beberapa gunung berapi paling aktif di dunia.
Puncak tertinggi ialah Puncak Jaya Wijaya di Papua dengan ketinggian 4,884 m (16,024 ka).
Demografi
Populasi
Terdapat lebih daripada 380 juta orang yang bertetap di kawasan ini. 10 pulau dengan populasi terbesar ialah:
Bahasa dan agama
Kebanyakan orang Kepulauan Indonesia berasal dari rumpun Austronesia dan bertutur dalam bahasa-bahasa Melayu-Polinesia. Agama utama dalam kawasan ini ialah Islam (62%), Kristian (33%) dan agama-agama Buddha, Hindu, Taoisme dan agama rakyat.
Lihat juga
- Wilayah Lautan Hindi British
- Hindia Timur
- Indonesia Raya
- Asia Tenggara Maritim
- Nusantara
- Kepulauan Indonesia
- Semenanjung Tanah Malaydesh
- Kemelayuan Malaydesh
- Mafilindo