ধর্ম বিষয়ক মন্ত্রণালয় | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1971 |
Bidang kuasa | Pemerintah Bangladesh |
Ibu pejabat | Kementerian Hal Ehwal Agama Dhaka-1000, Bangladesh. |
Belanjawan tahunan | 500 crore taka 59 million dollars |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | mora |
Kementerian Hal Ehwal Agama Bangladesh (Benggali: ধর্ম বিষয়ক মন্ত্রণালয় ) (disingkatkan menjadi MoRA) merupakan sebuah kementerian di Bangladesh yang bertanggungjawab untuk acara keagamaan, bangunan dan Haji.
Sejarah
Kementerian ini bertanggungjawab mengurus Haji dan Umrah di Bangladesh[1][2] Perhimpunan raya bagi kumpulan Tabligh yang dipanggil Ijtimak Bishwa juga diuruskan oleh kementerian ini.[3] Kementerian ini mendapat sedikit perhatian selepas menggunakan teks Bahasa Arab untuk kempen tidak menggalakkan pengencingan awam, memandangkan ramai warga Bangladesh memahami bahasa Arab, semua yang tertulis dalam bahasa Arab dianggap suci dan tidak boleh dikencingi.[4][5]
Pentadbiran
- Pentadbiran wakaf
- Pejabat Haji Bangladesh
- Yayasan Islam Bangladesh (Benggali: ইসলামিক ফাউন্ডেশন বাংলাদেশ ) merupakan pertubuhan kerajaan yang ditubuhkan pada 1975 di bawah kementerian ini yang berperanan untuk menyebarkan nilai Islam dan melaksanakan aktiviti berkaitan nilai Islam tersebut[6][7] Pejabat utama yayasan ini terletak di Dhaka, yang disokong oleh 6 pejabat cawangan dan 64 pejabat daerah, bersama-sama 7 Pusat Akademi Latihan Imam dan 29 Pusat Dakwah Islam.[7] Pengarah Yayasan ini adalah Ketua Eksekutif Yayasan[7]
- Tabung Amanah Kebajikan Agama Kristian
- Tabung Amanah Kebajikan Agama Buddha
- Tabung Amanah Kebajikan Agama Hindu merupakan badan berkanun di bawah kementerian yang berperanan untuk kebajikan masyarakat Hindu dan penyenggaraan kuil Hindu[8].
Kontroversi
Kementerian ini berhadapan dakwaan korupsi dalam pengurusan Haji.[9]
References
- ^ "Saudi lifts ban on Umrah visa for Bangladesh". Dhaka Tribune. UNB. Dicapai pada 2 February 2016.
- ^ "Tk 3.05 lakh to be minimum cost". The Daily Star. Dicapai pada 2 February 2016.
- ^ "'Four-phase Ijtema will not create confusion'". Dhaka Tribune. Dicapai pada 2 February 2016.
- ^ "Bangladesh uses Arabic to stop public urination". Russia Today. Dicapai pada 2 February 2016.
- ^ Anam, Tahmima. "Bangladesh's Very Public Toilet Crisis". The New York Times. Dicapai pada 2 February 2016.
- ^ Amran, Syed Mohammed Shah; Ali, Syed Ashraf (2012). "Islamic Foundation Bangladesh". Dalam Islam, Sirajul; Jamal, Ahmed A. (penyunting). Banglapedia: National Encyclopedia of Bangladesh (ed. Second). Asiatic Society of Bangladesh.
- ^ a b c Islamic Foundation Diarkibkan 2017-08-11 di Wayback Machine, Bangladesh Directory; Retrieved: 25 December 2007
- ^ "Welcome". hindutrust.gov.bd. Hindu Trust. Dicapai pada 2 February 2016.
- ^ "Secretary points finger at religion minister over Tk 60 million Hajj rent fraud". bdnews24.com. Dicapai pada 2 February 2016.