Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | NGO |
Fokus | Kebajikan |
Kaedah | Program sukarelawan, kempen ukhwah |
Sejarah | |
Dibentuk | 15 April 2025 |
Pengurusan | |
Pengerusi | Zainal Abidin Mohd Isha |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Pahang, Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Sejarah
Kelab Amal Warisan Seniorcoy98 ditubuhkan sebagai wadah menghimpunkan bekas pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ditauliahkan pada tahun 1998. Kelab ini berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dan kini dianggotai oleh ahli dari seluruh negara, terdiri daripada pegawai yang telah berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, keselamatan, perniagaan dan perkhidmatan awam.
Berlandaskan semangat kepimpinan, disiplin, dan patriotisme yang tertanam sejak zaman latihan PALAPES, kelab ini aktif menjalankan program berbentuk kebajikan, pembangunan sahsiah, sokongan pendidikan, serta aktiviti kemasyarakatan. Misi utama kami adalah untuk terus menyumbang kepada masyarakat sambil mengukuhkan ukhuwwah antara ahli yang pernah mengharungi latihan ketenteraan bersama.
Kelab ini turut berhasrat menjadi platform membantu anak-anak ahli dalam pendidikan, menyokong ahli yang memerlukan, serta mewujudkan inisiatif amal berimpak tinggi.
Sejarah Penubuhan
Idea penubuhan kelab ini tercetus semasa majlis tahlil arwah Allahyarham Amal Ashraf Sulaiman pada 11 Februari 2025 (Selasa), yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Februari 2025. Dalam suasana penuh keinsafan, majoriti ahli Seniorcoy98 sepakat untuk menubuhkan sebuah kelab rasmi yang dapat menjalankan aktiviti kebajikan dan ukhuwah secara berterusan.
Sehubungan itu, satu jawatankuasa penaja telah dibentuk bagi menguruskan proses pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Urusan pendaftaran dengan pihak ROS diserah kepada saudara Adnan. Hasil usaha bersama, kelab ini telah didaftarkan secara rasmi pada 15 April 2025 dengan nama Kelab Amal Warisan Seniorcoy98.
Permohonan keahlian dibuka kepada semua yang layak mengikut perlembagaan kelab. Walau bagaimanapun, setiap individu yang berminat perlu mengemukakan permohonan secara atas talian untuk tujuan rekod dan kelulusan rasmi.
Matlamat
1. Mengukuhkan ukhuwah – Menjalin dan mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan bekas anggota PALAPES UUM Tauliah 1998 melalui pelbagai aktiviti sosial, kebajikan dan keilmuan.
2. Memberi sokongan kebajikan menyeluruh – Menyediakan bantuan dalam aspek kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan sosial kepada ahli yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang, agama atau bangsa.
3. Memupuk semangat kesukarelawanan dan kekitaan – Mendorong penglibatan aktif ahli dalam program sukarelawan dan khidmat masyarakat sebagai sumbangan bermakna kepada komuniti dan negara.
4. Menjalin kerjasama strategik – Bekerjasama dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), serta organisasi lain untuk memperluas capaian dan impak program kebajikan.
5. Meningkatkan kesejahteraan ahli – Melaksanakan program pembangunan diri seperti latihan kemahiran, bimbingan kerjaya, serta aktiviti komuniti ke arah peningkatan taraf sosial dan ekonomi ahli.
Aktiviti
- Tadarus Al-Quran dalam bulan puasa 2025
- Kutipan khairat