Kebudayaan Xinglongwa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 興隆洼文化 | ||||||
Tulisan Cina Ringkas | 兴隆洼文化 | ||||||
|
Kebudayaan Xinglongwa (6200–5400 SM) ialah sebuah kebudayaan Neolitik di timur laut China, yang ditemui tertumpu sekitar sempadan Mongolia Dalam-Liaoning. Hasil tembikar Xinglongwa kebanyakannya berbentuk silinder dan dibakar pada suhu yang rendah.
Kebudayaan Xinglongwa meninggalkan kesan perancangan komunal. Di tiga tapak Xinglongwa, rumah-rumah dibina secara dereta. Beberapa tapak Xinglongwa turut menampilkan sebuah bangunan pusat yang besar. Selain itu, beberapa tapak Xinglongwa dikelilingi oleh parit.
Tapak contoh kebudayaan Xinglongwa teletak di sebelah barat daya sebuah bukit di Panji Aohan, Chifeng, Mongolia Dalam; ia diberi nama sempena sebuah kampung yang terletak 1.3 km ke tenggara dari tapak tersebut. 120 rumah lubang ditemui di Xinglongwa. Setiap rumah itu ada perdiangan di tengah-tengah. Xinglongwa juga menampilkan sebuah bangunan besar di pusat desa. Xinglongwa merupakan tapak terawal di China yang dikelilingi oleh parit. Xinglongwa juga menampilkan adat pengebumian yang luar biasa, kerana sesetengah mayat dikebumikan betul-betul di bawah rumah. Seperti di tapak-tapak Xinglongwa yang lain, objek-objek buatan jed turut ditemui. Di kubur yang paling mewah, seorang lelaki disemadikan dengan sepasang babi dan juga barang-barangan jed.
Tapak yang baru ditemui di Xinglonggou merupakan satu-satunya tapak kebudayaan Xinglongwa yang meninggalkan kesan-kesan kewujudan pertanian dengan tinggalan milet.
Lihat juga
Rujukan
- Allan, Sarah (ed), The Formation of Chinese Civilization: An Archaeological Perspective, ISBN 0-300-09382-9
- Nelson, Sarah Milledge (ed), The Archaeology of Northeast China: Beyond the Great Wall, ISBN 0-415-11755-0
- Stark, Miriam T. (ed), Archaeology of Asia, ISBN 1-4051-0213-6