Kampung Temelok | |
---|---|
![]() Kampung Temelok (2023) | |
Koordinat: 4°39′05″N 100°41′37″E / 4.651341°N 100.693548°EKoordinat: 4°39′05″N 100°41′37″E / 4.651341°N 100.693548°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Larut, Matang dan Selama |
Mukim | Sungai Tinggi |
Kawasan parlimen | Bukit Gantang |
Kawasan negeri | Trong |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Taiping |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tidak digunapakai) |
Poskod | 34800 |
Kod kawasan | +605 |
Plat pendaftaran kenderaan | A |
Kampung Temelok merupakan kawasan perkampungan di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak, Malaysia. Secara pentadbiran, Kampung Temelok merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang membentuk Mukim Sungai Tinggi, iaitu satu daripada empat belas mukim dalam Daerah Larut, Matang dan Selama.[1][2] Poskod bagi Kampung Temelok ialah 34800 Trong.
Lokasi

Kampung Temelok merupakan salah satu kawasan perkampungan di negeri Perak. Kedudukan Kampung Temelok dalam Daerah Larut, Matang dan Selama boleh diinterpretasikan terletak di bahagian tengah daerah tersebut manakala dalam Mukim Sungai Tinggi pula, Kampung Temelok terletak di bahagian utara. Antara petempatan yang terletak serantau dengan Kampung Temelok ialah Kampung Tengah dan Kampung Tebok di bahagian utara, Ladang Haji Yahaya di bahagian timur laut, Kampung Simpang Temerloh di bahagian timur, Kampung Ayer Terjun dan Kampung Masjid di bahagian tenggara, dan Kampung Sungai Tanah Liat dan Kampung Nibong di bahagian selatan.[1] Kampung Temelok mempunyai poskod tersendiri iaitu 34800 dalam daerah pos Trong.
Dalam sistem koordinat geografi (GPS), kedudukan Kampung Temelok adalah di latitud Bumi empat darjah 39 minit 6.3 saat Utara dan longitud Bumi 100 darjah 41 minit 37.1 saat Timur (4°39′6.3″N 100°41′37.1″E / 4.651750°N 100.693639°E).[2] Sungai Temerloh merupakan sebuah sungai dan caruk pasang surut yang merentang dari arah timur ke barat, menelusuri kawasan perkampungan ini. Punca sungai terletak di kawasan pergunungan Gunung Bubu di Hutan Simpan Gunung Bubu, membentang panjang ke arah barat kemudian menyeberangi tiga batang jalan raya iaitu Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (West Coast Expressway) di Kemajuan Tanah Ulu Temerloh, Laluan Persekutuan Malaysia 60 (Jalan Trong) di Kampung Simpang Temerloh dan Jalan Negeri A101 (Jalan Panchor–Taiping) sebelum bertemu dengan Sungai Terung sebagai muara.[1][3]
Dari perspektif politik pula, kawasan perkampungan Kampung Temelok secara keseluruhannya mencakupi kawasan parlimen Bukit Gantang di Parlimen Malaysia. Dalam Dewan Negeri Perak pula, Kampung Temelok terletak di dalam kawasan negeri Trong.[4]
Kemudahan sosial
- SK Temelok— sekolah rendah yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, terletak di bahagian utara kampung ini
- SJK(C) Sin Hua— sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, yang terletak di simpang tiga A101 dengan A103
- Masjid Al-Mahmudiah— institusi keagamaan Islam di Kampung Temelok
Rujukan
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). 1 Disember 2024. Dicapai pada 1 Disember 2024.
- ^ a b Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2022). "Dokumen Gazetir – Perak Darul Ridzuan 2022" (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 1 Disember 2024.
- ^ "Sungai Temerloh, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 Oktober 2023. Dicapai pada 15 Februari 2023.
- ^ "Peta Parlimen dan DUN Malaysia (2020 - Sekarang) oleh Tindak Malaysia". Tindak Malaysia. 5 Mac 2024. Dicapai pada 5 Mac 2024.