Pendahuluan Kampung Taginambur terdiri dari beberapa buah kampung berdasarkan dari mana asal mereka ketika mereka di kampung asal di Ulu Kota Belud atau pun Ulu Tuaran seperti Kampung Parad, Kampung Singgaron, Kampung Tomis, Kampung Tiung, Kampung Kiau dan lain-lain.
Pada masa ini Kampung Taginambur terdiri daripada Pekan Kecil, Tambulaung, Tamalang, Bukit Bendira, Pomotodon, Soronsob, Barob dan Bahab. Walaubagaimana pun SIB Bahab dan SIB Bukit Bendira masing-masing telah menjadi gereja lokal.
Asal Usul Kampung Taginambur Nama Kampung dipercayai berasal dari nama Kampung Taginambur, Tuaran kemungkinan penghijrah-penghijrah itu membawa nama sempena nama Kampung Taginambur Tuaran walaupun terdapat legenda-legenda lain yang pastinya nama Taginambur sudah wujud sejak ratusan tahun dahulu.
Pentadbiran Kampung Setiap Kampung ada Ketua Kampung untuk pentadbiran bersangkutan dengan adat kampung manakala urusan berkaitan pembangunan ditadbir oleh MPKK atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung iaitu merupakan penjenamaan semula JKKK di bawah KPLB atau Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Kemudahan-kemudahan lain dalam Kampung Pengurusan sebahagian penempatan awal kampung Taginambur iaitu di Kampung Batu 10 (Mile 10) telah diambil alih oleh Majlis Daerah Kota Belud dan diistiharkan sebagai pekan kecil pada tahun 1980 an semasa kerajaan Berjaya. Ini bertujuan untuk memajukan kawasab Bt 10 sebagai pusat pentadbiran kecil kampung di samping pembinaan sederet kedai SEDCO untuk memberi peluang kepada penduduk Taginambur dalan sektor perniagaan.
Beberapa agensi kerajaan telah dibina di pekan kecil seperti LIGS dan Dispensari. Pada awalnya Balai Polis telah dibina di tempat ini, tetapi lana kelamaan balai ini telah ditinggalkan begitu sahaja. Manakala beberapa agensi lain dan pembangunan dalam kawasan Majlis Daerah ini tidak dilaksanakan sesuai dengan pengiktirafan sebagai pekan kecil, mungkin disebabkan peralihan kerajaan ataupun dengan alasan kedudukan kampung yang berdekatan dengan pekan Kota Belud.
Selain dari itu terdapat dewan Taginambur untuk aktiviti kampung seperti tempat mesyuarat, keramaian, bicara kampung, gelanggang badminton dan lain lain acara, selain dari itu terdapat kemudahan perpustakaan desa kampung yang ditempatkan di bangunan bekas pusat pengawalan penyakit malaria pada masa dahulu untuk kemudahan penduduk kampung dan pelajar-pelajar sekolah.