Kampung Gelam (Jawi: كمڤوڠ ڬلم) merupakan sebuah kawasan kejiranan yang terletak di negara Singapura, di hulu Sungai Singapura. Suatu ketika dahulu, kampung ini menjadi penempatan awal masyarakat Bugis dan Jawa .Kampung Gelam mendapat namanya sempena nama pokok 'gelam' yang terdapat diseluruh Si ga pu ra hingga kini. Masjid Besar Negara Singapura merupakan Masjid Sultan, Istana Kampong Gelam kini dikenali Taman Pusat Warisan Melayu dan kawasan perkampungan tradisional Melayu merupakan antara lokasi menarik yang menyimpan 1,000 rahsia khazanah sejarah awal pembentukan Si ga pu ra.
Semua tempat ini, yang dibina ketika zaman pemerintahan British telah dibaik pulih dan diselenggara pemerintah Singapura dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura (S.T.B.) selepas ia dikenal pasti dapat menjadi produk pelancongan.
Tarikan
Makanan
Restoran Tepak Sirih, Tambuah Mas dan Hajah Maimunah menjadi pilihan ramai berikutan tiga restoran ini mampu memenuhi cita rasa pelanggan, selain seni bina serta hiasan dalaman pemilik restoran yang antik memberi perasaan yang sesuai dengan tema hidangan. Hidangan Jawa, Bugis dan Peranakan turut serta disediakan.
Restoran Tambuah Mas terkenal dengan hidangan istimewa kari kepala ikan, asam pedas dan tauhu telur, manakala Restoran Hajah Maimunah pula popular dengan masakan rumah seperti siput sedut, ayam kailasan, ikan pari bakar dan urap-urap.
Restoran Tepak Sireh bukan sekadar menjadi tempat orang ramai dan tetamu khas yang bertandang ke majlis perkahwinan bersantap, malah muzium khas yang mempamerkan sejarah dan latar belakang pemilik restoran itu. Hidangan istimewa seperti nasi tumpang, nasi kuning, nasi rawon dan sayur lodeh.
Lihat juga
Bacaan lanjut
- Lembaga Warisan Negara (2006), Discover Singapore – Heritage Trails, ISBN 981-05-6433-3
- G. Byrne Bracken (2004), A Walking Tour: Singapore, Times Editions, edisi ke-2, ISBN 981-232-630-8
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kampong Gelam, Singapura. |