Nilgiri tahr Melayu: Kambing Gunung Nilgiri Tamil: வரையாடு(Varaiyādu) | |
---|---|
![]() | |
Jantan (Kiri) | |
![]() | |
Kambing Gunung Nilgiri Betina di Taman negara Eravikulam | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Templat taksonomi hilang (baiki): | Nilgiritragus |
Spesies: | Templat:Taxonomy/NilgiritragusN. hylocrius
|
Nama binomial | |
Nilgiritragus hylocrius (Ogilby, 1838)
| |
![]() | |
Distribution of Nilgiri tahr | |
Sinonim | |
Hemitragus hylocrius |
Kambing Gunung Nilgiri (Tamil: வரையாடு (Varaiyādu)) atau Nilgiri tahr atau nama scientifiknya Nilgiritragus hylocrius ) ialah sejenis ungulat yang endemik di Bukit Nilgiri dan bahagian selatan Ghat Barat dan Ghat Timur di negeri Tamil Nadu dan Kerala di India Selatan . Ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Nilgiritragus dan mempunyai pertalian rapat dengan biri-biri genus Ovis .
Ia adalah haiwan negeri Tamil Nadu . [2]
Etimologi
Nama genus Nilgiritragus berasal daripada perkataan Sanskrit Nila(biru) dan Giri(gunung) yang bermaksud "bukit biru" serta perkataan Yunani trágos yang bermaksud "kambing". [3]
Taksonomi
Kambing Gunung Nilgiri telah digambarkan sebagai Capra warryato oleh John Edward Gray . [4] Dahulunya diletakkan dalam genus Hemitragus bersama-sama dengan Kambing Gunung Himalaya ( H. jemlahicus ) dan Kambing Gunung Arab ( Arabitragus jayakari ). Analisis filogenetik 2005 menunjukkan bahawa Kambing Gunung Himalaya dan Arab adalah saudara kepada genus Capra manakala Kambing Gunung Nilgiri ialah saudara kepada genus Ovis, dan oleh itu ia dipisahkan ke dalam genus monotip Nilgiritragus pada tahun 2005. [5] Perbezaan genetik daripada nenek moyang bersama Ovis dan Nilgiritragus dianggarkan sekitar 2.7 hingga 5.2 juta tahun dahulu, dan antara populasi utara di Pergunungan Nilgiri dan populasi selatan di Bukit Anaimalai di Jurang Palghat kira-kira 1.5 juta tahun dahulu . [6]
Diskripsi
Kambing Bukit Nilgiri ialah sejenis kambing berperawakan kukuh dengan bulu pendek dan kasar serta surai yang berduri.Jantan lebih besar daripada betina dan berwarna lebih gelap apabila matang. Kedua-dua jantina mempunyai tanduk melengkung, mencapai sehingga 40 cm (16 in) untuk Jantan dan 30 cm (12 in) untuk betina. Janan dewasa mempunyai bera antara 80 hingga 100 kg (180 hingga 220 lb) dan ketinggian kira-kira 100 cm (39 in) di bahu. Jantan dewasa juga membentuk kawasan kelabu muda di belakang mereka, oleh itu dipanggil "saddlebacks". [2]
Taburan dan habitat
Kambing Bukit Nilgiri hanya boleh ditemui di India. Ia mendiami habitat padang rumput gunung terbuka dalam eko-rantau hutan hujan gunung Ghats Barat Daya . Pada ketinggian antara 1,200 hingga 2,600 m (3,900 hingga 8,500 ka), hutan-hutan ini teruka menjadi padang rumput yang luas yang diselang-seli dengan kawasan hutan yang terbantut, yang dikenali sebagai sholas . Habitat padang rumput ini dikelilingi oleh hutan tebal di dataran rendah.
Struktur populasi
Tinjauan tahun 2025 mendapati nisbah jantina kira-kira 49 jantan bagi setiap 100 betina. [7]
Inisiatif pemuliharaan
Projek Nilgiri Tahr, yang dilancarkan oleh Kerajaan Tamil Nadu pada Oktober 2023, telah muncul sebagai salah satu program pemuliharaan khusus spesies yang paling berambisi di India. Ia termasuk pemulihan padang rumput shola, permasangan kolar radio, pemantauan kesihatan, dan rancangan untuk pembiakan dalam kurungan dan perlepasan semula. [8] [7]
7 Oktober telah diisytiharkan Hari Nilgiri Tahr di Tamil Nadu, memperingati legasi ahli pemuliharaan ERC Davidar dan mengukuhkan kepentingan budaya spesies itu. [9] [8]
Anggaran sejarah dan semasa Kambing Gunung Nilgiri
Tempoh | Anggaran Populasi Kambing Gunung Nilgiri |
---|---|
Akhir abad ke-20 | Kurang daripada 100 |
Awal 2000-an (Anggaran WWF‑India) | ~3,122 |
Bancian pada April 2025 | 2,655 |
Lihat juga
- Rizab Biosfera Nilgiri
- Hidupan Liar India
Rujukan
- ^ Alempath, M.; Rice, C. (2008). "Nilgiritragus hylocrius". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2008: e.T9917A13026736. doi:10.2305/IUCN.UK.2008.RLTS.T9917A13026736.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ a b Prater, S. H. (1971). The book of Indian Animals. Bombay: Bombay Natural History Society. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "prater" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Liddell, H. G.; Scott, R. (1940). "τράγος". A Greek–English Lexicon (ed. Ninth). Oxford: Oxford University Press.
- ^ Hamilton, G. D. (1892). Hamilton, E. (penyunting). Records of sport in southern India chiefly on the Annamullay, Nielgherry and Pulney mountains, also including notes on Singapore, Java and Labuan, from journals written between 1844 and 1870. London: R. H. Porter. m/s. 284. OCLC 4008435.
- ^ Ropiquet, A.; Hassanin, A. (2005). "Molecular evidence for the polyphyly of the genus Hemitragus (Mammalia, Bovidae)". Molecular Phylogenetics and Evolution. 36 (1): 154–168. Bibcode:2005MolPE..36..154R. doi:10.1016/j.ympev.2005.01.002. PMID 15904863.
- ^ Joshi, B. D.; Matura, R.; M. A., P.; De, R.; Pandav, B.; Sharma, V.; Nigam, P.; Goyal, S. P. (2018). "Palghat gap reveals presence of two diverged populations of Nilgiri tahr (Nilgiritragus hylocrius) in Western Ghats, India". Mitochondrial DNA Part B. 3 (1): 245–249. doi:10.1080/23802359.2018.1436990. PMC 7800121. PMID 33474132.
- ^ a b "In Conservation Win, Tamil Nadu State Animal Nilgiri Tahr's Numbers Shoot Up". www.ndtv.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-06."In Conservation Win, Tamil Nadu State Animal Nilgiri Tahr's Numbers Shoot Up". Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b "tnprojectnilgiritahr" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-06. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "TNPSC Current Affairs | TNPSC Monthly Current Affairs". www.tnpscthervupettagam.com. Dicapai pada 2025-08-06.