

Kalung kebesaran, juga dikenali sebagai kalung darjah, ialah sejenis kalung yang mewah, selalunya diperbuat daripada emas dan enamel, serta dihiasi dengan batu permata, yang dipakai di sekeliling leher sebagai lambang keahlian dalam pelbagai golongan kesatriaan. Ia merupakan bentuk unik kalung pakaian istiadat – bentuk tertinggi dalam fenomena umum pakaian istiadat yang meluas pada Zaman Pertengahan dan Zaman Moden Awal.
Darjah-darjah kebesaran yang mempunyai beberapa pangkat biasanya memperuntukkan kalung hanya kepada pangkat tertinggi (yang biasanya digelar Grand Cross). Rantai ini biasanya terdiri daripada pautan yang mengandungi simbol-simbol darjah tersebut, dan lencana (juga disebut sebagai "bintang", "salib", atau "permata") darjah tersebut akan tergantung di bahagian hadapan. Kadangkala lencana itu dirujuk berdasarkan gambaran padanya; contohnya, lencana yang tergantung pada rantai bagi Order of the Garter dirujuk sebagai "the George".
Galeri
-
Kalung Besar National Order of the Southern Cross (Brazil)
-
Jata Frederick IV dari Denmark dan Norway dikelilingi oleh kalung Order of the Dannebrog dan Order of the Elephant
-
Kalung Order of the Sword
(Sweden) -
Kalung Order of the Polar Star
(Sweden) -
Kalung Order of Vasa
(Sweden) -
Kalung Order of the Garter (United Kingdom)
-
Bintang dan Kalung Knight Grand Cross Order of St. Michael and St. George (United Kingdom)
-
Bintang dan Kalung Knight Grand Cross bahagian tentera Order of the Bath
-
Kalung Order of Saint Sylvester and the Golden Militia
(Vatican)
Lukisan dari Maximilian Gritzner, 1893.
Lihat juga
- Darjah kebesaran, bintang dan pingat United Kingdom
- Kalung
- Hari Kalung
- Lencana leher
- Kalung pakaian istiadat
Rujukan








