Kalender Hindu (bahasa Inggeris: Hindu calendar ) yang digunakan sejak zaman purbakala telah menjalani pelbagai perubahan menerusi proses penyetempatan, maka kini wujudnya pelbagai kalendar India yang berbeza-beza di samping satu kalendar kebangsaan India. Antara kalendar Hindu setempat yang terkemuka ialah kalendar Nepal, kalendar Benggala, kalendar Malayalam, kalendar Tamil, kalendar Telugu dan sebagainya.[1]
Kebanyakan kalendar ini diwarisi daripada sebuah sistem yang mula-mula disebutkan dalam Vedāṅga Jyotiṣa, iaitu tambahan pada Veda yang terbit pada lewat zaman Sebelum Masihi, dipiawaikan dalam Sūrya Siddhānta (abad ke-3 M) dan seterusnya diperbaharui oleh para ahli astronomi seperti Āryabhaṭṭa (499 M), Varāhamihira (abad ke-6 M), dan Bhāskara II (abad ke-12 M). Perbezaan dan kelainan antara tempat timbul dalam pengiraan ni, namun yang berikut merupakan sekilas am kalendar qamari-suria Hindu.
Hari
Dalam kalendar Hindu, satu hari bermula dengan waktu matahari terbit setempat. Setiap hari ini terdiri daripada lima aṅga atau sifat, iaitu:
- Tithi: satu daripada 30 pecahan dalam bulan sinod yang aktif ketika matahari terbit
- Vāsara: (istilah purba), vāra (istilah masa kini), seperti ravi-vāra, somā-vāra, dsb. atau hari yang mana dalam seminggu
- Nakṣatra: satu daripada 27 pecahan ekliptik samawi di mana letaknya bulan sewaktu matahari terbit
- Yoga: satu daripada 27 pecahan pada garis bujur ekliptik matahari dan bulan yang aktif ketika matahari terbit
- Karaṇa: pecahan berasaskan tithi yang timbul ketika matahari terbit
Kelima-lima sifat ini sekali gus dipanggil pañcāṅga (Sanskrit: pañca = lima). Berikut adalah penerangan untuk setiap satu istilah tadi.
Vāsara
Vāsara memaksudkan hari-hari dalam seminggu diwakili jasad langit utama dipenghulukan betara, nama hari-hari yang ketara baik dalam bahasa masyarakat serumpun Austronesia (Cam, Jawa) mahupun tidak ada menunjukkan persamaan hasil pengaruh budaya dan agama:
Hari | Nama Sangsakerta | Betara tumpuan | Jasad samawi | Padanan Cam | Padanan Jawa | Padanan Thai | Padanan Tamil |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Ahad | रविवासर Ravivāsara |
Aditya | Matahari (Rawi) | ꨀꨕꨪꩅ Adit | ꦫꦢꦶꦠꦾ Raditya |
วันอาทิตย์ Wan Āthit |
ஞாயிறு Ñāyiṟu |
Isnin | सोमवासर Somavāsara |
Soma/Cendera | Bulan | ꨔꨯꩌ Thom | ꦱꦺꦴꦩ Soma |
วันจันทร์ Wan Chan |
திங்கள் Tiṅkaḷ |
Selasa | मंगलवासर Maṅgalavāsara |
Manggala | Marikh | ꨀꨋꩉ Angar | ꦲꦁꦒꦫ Anggara |
วันอังคาร Wan Angkhān |
செவ்வாய் Cevvāy |
Rabu | बुधवासर Budhavāsara |
Buda | Utarid | ꨝꨭꩅ But | ꦧꦸꦢ Buda |
วันพุธ Wan Phut |
புதன் Putaṉ |
Khamis | गुरुवासर Guruvāsara बृहस्पतिवासर Brhaspativāsara |
Guru Respati | Musytari | ꨎꨪꩇ Jip | ꦉꦱ꧀ꦥꦠꦶ Respati |
วันพฤหัสบดี Wan Phruehatsabodi |
வியாழன் Viyāḻaṉ |
Jumaat | शुक्रवासर Śukravāsara |
Sukra | Zuhrah | ꨧꨭꩀ Suk | ꦱꦸꦏꦿ Sukra |
วันศุกร์ Wan Suk |
வெள்ளி் Veḷḷi |
Sabtu | शनिवासर Śanivāsara |
Sani | Zuhal | ꨔꩆꨍꩉ Thancar | วันเสาร์ Wan Sao |
சனி Caṉi |
Istilah -vāsara lazimnya terbentuk menjadi vāra atau vaar dalam bahasa-bahasa keturunan Sanskrit, namun juga terdapat perbezaan setempat yang menggunakan nama ganti jasad-jasad samawi yang terlibat.
Tithi
Tithi merupakan hari qamari, atau masa yang diambil oleh sudut garis bujur di antara bulan dan matahari untuk maju 12°. Tithi bermula pada waktu yang berbeza-beza, dan juga berbeza-beza jangka masanya dari kira-kira 19 hingga 26 jam.[2]
Terdapat 30 tithi dalam setiap bulan qamari, iaitu seperti berikut:
Sl.No | Krishna paksha (dua minggu gelap) |
Shukla paksha (dua minggu terang) |
Dewa | Kegiatan yang sesuai |
---|---|---|---|---|
1 | Pratipad | Pratipad | Agni | semua jenis upacara bertuah dan keagamaan |
2 | Dwitiya | Dwitiya | Vidhatr/Bramha | menyediakan asas bangunan atau benda-benda lain yang bersifat kekal lama |
3 | Tritiya | Tritiya | Gauri | menggunting rambut, memotong kuku atau bercukur |
4 | Chaturthi | Chaturthi | Yama/Ganapati | menghapuskan musuh, menanggalkan halangan, serta berperang |
5 | Panchami | Panchami | Nāga | memberikan ubat, membuang racun dan membedah |
6 | Shashti | Shashti | Karttikeya | upacara pemahkotaan, berkawan baru, pesta dan keriangan |
7 | Saptami | Saptami | Surya | memulakan perjalanan, membeli kenderaan, berurusan dengan benda-benda boleh gerak |
8 | Ashtami | Ashtami | Rudra | mengangkat senjata, membina atau menguatkan pertahanan |
9 | Navami | Navami | Ambikaa | membunuh musuh, memusnah, melakukan keganasan |
10 | Dasami | Dashami | Dharmaraja | perbuatan murni, acara keagamaan, amalan rohani, kegiatan alam yang lain |
11 | Ekadasi | Ekadashi | Rudra | berpuasa, bersembahyang, memperingati Bhagavan |
12 | Dvadasi | Dwadashi | Vishnu/Aditya | upacara keagamaan, menyala api suci, menjalankan kewajipan |
13 | Trayodasi | Thrayodashi | Kamadeva | berkawan baru, naik syahwat, perayaan |
14 | Chaturdashi | Chaturdashi | Kali | memberikan ubat, menyeru semangat dan roh |
15 | Amavasya (anak bulan) |
Purnima (bulan purnama) |
Pitru-deva | Amavasya: amalan kezahidan, menyembah roh mereka yang meninggal Purnima: berpesta pora, korban api |
Nakṣatra
Ekliptik terbahagi kepada 27 nakṣatra yang jugal dikenali sebagai asterisme.
Ini mencerminkan kitaran bulan terhadap bintang-bintang tetap, 27 hari dan 7¾ jam, yang mana bahagian yang berpecahan itu diganti dengan nakṣatra ke-28 'lompat' yang bernama Abhijit.
Pengiraan Nakṣatra nampaknya sudah wujud sejak zaman Ṛgveda(Alaf ke-2 hingga pertama SM).
Ekliptik ini terbahagi kepada Nakṣatra ke arah timur mulai titik rujukan yang lazimnya merupakan titik pada ekliptik yang terletak betul-betul bertentangan dengan bintang Spica (Citrā dalam bahasa Sanskrit). Titik itu dipanggil meṣādi - "pangkal Aries"; ketika inilah equinoks — apabila ekliptik bertemu dengan khatulistiwa — dahulunya berada di Aries (kini, ia berada di Pisces, 28 darjah sebelum Aries bermula). Beza antara meṣādi dan ekuinoks masa kini ialah ayanāṃśa, menunjukan berapa banyak darjah dan minit majunya ekliptik dari kedudukan tetapnya (ikut bintang). Dengan kitaran 25,800 tahun bagi liukan ekuinoks, ekuinoks itu berada betul-betul bertentangan dengan bintang Spica tahun pada 285 M, sekitar tarikh Sūrya Siddhānta.[3][4]
Yang berikut ialah senarai Nakṣatra dengan pecahan angkasa masing-masing, menurut Basham.[5] Sudah tentu terdapat pelbagai versi dengan perbezaan yang kecil. Nama-nama pada lajur kanan merupakan padanan kasar nakṣatra dengan nama-nama bintang masa kini. Perhatian: nakṣatra (dalam konteks ini) bukan sekadar bintang tunggal, bahkan juga segmen-segmen pada ekliptik yang bercirikan sebutir atau segugusan bintang; maka setiap nakṣatra disebut lebih daripada sebutir bintang.
# | Nama Sanskrit | Nama Tamil | Nama Barat |
---|---|---|---|
1 | Aśvinī अश्विनी |
Asvini அஸ்வினி |
β dan γ Arietis |
2 | Bharaṇī भरणी |
Baraṇi பரணி |
35, 39, dan 41 Arietis |
3 | Kṛttikā कृत्तिका |
Kārtthikai கார்த்திகை |
Pleiades |
4 | Rohiṇī रोहिणी |
Rōhiṇi ரோகிணி |
Aldebaran |
5 | Mṛgaśīrṣa म्रृगशीर्षा |
Mirugasīridam மிருகசீரிடம் |
λ, φ Orionis |
6 | Ārdrā आद्रा |
Thiruvādhirai திருவாதிரை |
Betelgeuse |
7 | Punarvasu पुनर्वसु |
Punarpūsam புனர்பூசம் |
Castor dan Pollux |
8 | Puṣya पुष्य |
Poosam பூசம் |
γ, δ dan θ Cancri |
9 | Aśleṣā आश्लेषा |
Āyilyam ஆயில்யம் |
δ, ε, η, ρ, dan σ Hydrae |
10 | Maghā मघा |
Magam மகம் |
Regulus |
11 | Pūrva Phalguṇī पूर्व फाल्गुनी |
Pūram பூரம் |
δ dan θ Leonis |
12 | Uttara Phalguṇī उत्तर फाल्गुनी |
Utthiram உத்திரம் |
Denebola |
13 | Hasta हस्त |
Astham அஸ்தம் |
α, β, γ, δ dan ε Corvi |
14 | Citrā चित्रा |
Chithirai சித்திரை |
Spica |
15 | Svāti स्वाति |
Swathi சுவாதி |
Arcturus |
16 | Viśākha विशाखा |
Visakam விசாகம் |
α, β, γ dan ι Librae |
17 | Anurādhā अनुराधा |
Anusham அனுஷம் |
β, δ dan π Scorpionis |
18 | Jyeṣṭha ज्येष्ठा |
Kettai கேட்டை |
α, σ, dan τ Scorpionis |
19 | Mūla मूल |
Mūlam மூலம் |
ε, ζ, η, θ, ι, κ, λ, μ dan ν Scorpionis |
20 | Pūrvāṣāḍha पूर्वाषाढा |
Pūradam பூராடம் |
δ and ε Sagittarii |
21 | Uttarāṣāḍha उत्तराषाढा |
Uthirādam உத்திராடம் |
ζ dan σ Sagittarii |
22 | Śravaṇa श्रवण |
Tiruvōnam திருவோணம் |
α, β dan γ Aquilae |
23 | Śraviṣṭhā atau Dhaniṣṭha श्रविष्ठा atau धनिष्ठा |
Aviṭṭam அவிட்டம் |
α hingga δ Delphinus |
24 | Śatabhiṣak atau Śatatārakā शतभिषक् / शततारका |
Sadayam சதயம் |
γ Aquarii |
25 | Pūrva Bhādrapadā पूर्वभाद्रपदा |
Pūraṭṭādhi பூரட்டாதி |
α dan β Pegasi |
26 | Uttara Bhādrapadā उत्तरभाद्रपदा |
Uttṛṭṭādhi உத்திரட்டாதி |
γ Pegasi dan α Andromedae |
27 | Revatī रेवती |
Rēvathi ரேவதி |
ζ Piscium |
Yoga
Perkataan yoga dalam bahasa Sanskrit bererti "kesatuan", tetapi dalam konteks pengiraan astronomi, ertinya ialah "penjajaran". Mula-mula, hitung jarak sudut di sepanjang ekliptik setiap objek mulai Meṣadi (seperti yang diterangkan di atas): inilah garis bujur objek berkenaan. Ditambah pula garis bujur matahari dan garis bujur bulan, lalu dinormalkan kepada nilai di antara 0° hingga 360° (jika melebihi 360, tolak 360). Jumlah ini dibahagikan kepada 27 pecahan yang sama rata. Setiap pecahan kini bersamaan 800' (yang mana ' merupakan simbol minit arka, iaitu 1/60 darjah). Pecahan-pecahan ini dpanggil yoga, iaitu:
- Viṣkambha
- Prīti
- Āyuśmān
- Saubhāgya
- Śobhana
- Atigaṇḍa
- Sukarma
- Dhṛti
- Śūla
- Gaṇḍa
- Vṛddhi
- Dhruva
- Vyāghatā
- Harṣaṇa
- Vajra
- Siddhi
- Vyatipāta
- Variyas
- Parigha
- Śiva
- Siddha
- Sādhya
- Śubha
- Śukla
- Brahma
- Māhendra
- Vaidhṛti
Sudah tentu wujudnya kelainan kecil. Yoga yang aktif ketika matahari terbit pada sehari menjadi yoga yang utama dalam hari itu.
Karaṇa
Karaṇa ialah separuh tithi, atau setepatnya, masa yang diperlukan untuk jarak sudut di antara matahari dan bulan untuk maju 6° mulai 0°. (Bandingkan dengan takrifan bagi tithi di atas.)
Oleh sebab terdapat 30 tithi dan 1 tithi bersamaan 2 karaṇa, maka adalah diduga bahawa terdapat 60 karaṇa, tetapi sebenarnya hanya terdapat 11 jenis karaṇa yang mengisi 30 tithi itu, iaitu empat sthirakaraṇa (tetap) dan tujuh carakaraṇa (berulang).
Empat sthirakaraṇa:
- Śakuni
- Catuṣpāda
- Nāga
- Kiṃtughna
Tujuh carakaraṇa
- Vava / Bava
- Valava / Bālava
- Kaulava
- Taitila / Taitula
- Gara / Garaja
- Vaṇija
- Viṣṭi (Bhadra)
- Separuh awal tithi pertama (dalam Śukla Pakṣa) semestinya 'Kiṃtughna karaṇa, yakni sthirakaraṇa.
- Kemudian, tujuh carakaraṇa berulang lapan kali untuk meliputi 56 separuh tithi yang seterusnya.
- Tiga separuh tithi yang terakhir mengambil tiga sthirakaraṇa yang tinggal mengikut turutan.
- Oleh itu, dapalah 60 karaṇa daripada 11 karaṇa yang ditetapkan itu.
Karaṇa pada waktu matahari terbit merupakan karaṇa yang utama untuk sepanjang hari.
Bulan dalam kalendar qamari-suria
Apabila anak bulan muncul sebelum matahari terbit, maka hari itu dianggap sebagai hari pertama dalam bulan qamari. Oleh itu, nyata sekali akhir bulan qamari itu serentak dengan anak bulan. Sebulan qamari mempunyai 29 atau 30 hari (mengikut peredaran bulan).
Hari qamari hanya dikenali dengan tithi pada waktu matahari terbit. Tiadanya bilangan hari bulan dari awal ke akhir bulan. Kadang-kadang, dua hari yang berturut-turut berkongsi satu tithi. Dalam hal sedemikian, hari yang kedua dipanggil adhika tithi (adhika bererti "tambahan"). Adakalanya juga, suatu tithi tidak dapat merasai matahari terbit, oleh itu tiadanya hari yang dikenali dengan tithi itu, yakni tithi kṣaya (kṣaya bererti "keciciran").
Nama bulan
Takwim qamari Hindu terdiri daripada 12 bulan:
- Chaitra (चैत्र) Meṣa (Aries)[6]
- Vaiśākha (वैशाख) Vṛṣabha (Taurus)[7]
- Jyaiṣṭha (ज्येष्ठ) Mithuna (Gemini)[8]
- Āṣāḍha (आषाढ) Karka (Cancer)[8]
- Śrāvaṇa (श्रावण) Siṃha (Leo)[8]
- Bhādrapada or Bhādra also Proṣṭhapada (भाद्रपद,भाद्र,प्रोष्ठपद) Kanyā (Virgo)[8]
- Āśvina in,sometimes Aśvayuja ( आश्विन,अश्वयुज) Tula (Libra)[8]
- Kārtika (कार्तिक) Vṛścika (Scorpio)[8]
- Agrahāyaṇa or, Mārgaśīrṣa (मार्गशीर्ष,अग्रहायण) Dhanus (Sagittarius)[8]
- Pauṣa (पौष) Makara (Capricorn)[8]
- Māgha (माघ) Kumbha (Aquarius)[8]
- Phālguna (फाल्गुन)Mīna (Pisces)[8]
Penentuan nama bulan qamari sebenarnya tidak begitu terus. Ini berasaskan rāśi (bintang zodiak) yang mana dimasuki oleh Matahari dalam satu bulan qamari, iaitu sebelum anak bulan yang mengakhiri bulan.
Terdapat 12 nama rāśi, maka terdapat 12 nama bulan qamari. Apabila matahari memasuki Meṣa rāśi dalam sesebuah bulan qamari, maka nama bulan itu adalah Caitra; apabila matahari memasuki Vṛṣabha, maka bulan itu bernama Vaiśākha, dan sebagainya.
Jika peralihan Matahari melalui buruj-buruj zodiak (rāśi) digunakan, maka terdapat bulan-bulan suria yang tidak beranjak-anjak pada kalendar Gregory. Yang berikut ialah bulan-bulan suria bersama musim-musim dan bulan-bulan Gregory yang berpadan:
(Rāśi) Saura Māsa (bulan suria) |
Ṛtu (musim) |
Nama Tamil | Bulan Gregory Tropika |
Zodiak Veda Ikut Bintang |
---|---|---|---|---|
Meṣa | Vasanta (musim bunga) |
இளவேனில் | Mac-Apr | Aries |
Vṛṣabha | Apr-Mei | Taurus | ||
Mithuna | Grīṣma (musim panas) |
முதுவேனில் | Mei-Jun | Gemini |
Karkaṭa | Jun-Jul | Cancer | ||
Siṃha | Varṣā (musim monsun) |
கார் | Jul-Ogos | Leo |
Kanyā | Ogos-Sept | Virgo | ||
Tulā | Śarad (musim luruh) |
கூதிர் | Sept-Okt | Libra |
Vṛścika | Okt-Nov | Scorpius | ||
Dhanu | Hemanta (musim salji) |
முன்பனி | Nov-Dis | Sagittarius |
Makara | Dis-Jan | Capricornus | ||
Kumbha | Śiśira (musim sejuk) |
பின்பனி | Jan-Feb | Aquarius |
Mīna | Feb-Mac | Pisces |
Setiap bulan qamari terbahagi kepada dua Pakṣa 15 hari. Pakṣa bulan membesar dipanggil Śukla Pakṣa (separuh terang), sementara pakṣa bulan mengecil dipanggil Kṛṣṇa Pakṣa (separuh gelap). Terdapat dua sistem yang berbeza untuk membuat takwim qamari:
- Amāvāsyanta atau mukhya mana: satu bulan bermula dengan anak bulan dan berakhir dengan anak bulan, banyak diikuti di negeri selatan;
- Pūrṇimānta atau gauna mana: satu bulan bermula dengan bulan purnama dan berakhir dengan bulan purnama, banyak diikuti di negeri utara.
Bulan lompat (Adhika Māsa)
Apabila matahari langsung tidak memasuki sebarang rāśi baru tetapi kekal dalam rāśi yang sama sepanjang bulan qamari (yakni sebelum anak bulan), maka bulan qamari itu dinamai sempena peralihan akan datang yang terawal, diimbuhi dengan adhika atau "tambahan". Misalnya, jika lengkapnya satu bulan qamari tanpa sebarang peralihan suria, dan peralihan suria seterusnya adalah Meṣa, maka bulan tanpa peralihan ini dipanggil Adhika Caitra Māsa. Bulan yang seterusnya dilabelkan mengikut peralihan biasanya dan mendapat imbuhan nija ("asal") atau śuddha ("tidak tercampur").
Bulan lompat atau adhika māsa (māsa bermaksud bulan qamari dalam konteks ini) jatuh sekali setiap 32.5 bulan. Ia juga dikenali sebagai puruśottama māsa dalam konteks keagamaan. Oleh itu, 12 māsa bersamaan dengan kira-kira 356 hari, sementara setahun suria terdiri daripada 365 atau 366 hari (dalam tahun lompat) untuk menimbulkan beza 9 hingga 10 hari yang diimbangi setiap tahun ketiga. Tiada adhika māsa jatuh ketika Kārtika hingga Māgha.
Pesta sebulan lamanya disambut di Machhegaun ketika adhika māsa. Adalah dipercayai bahawa seseorang boleh membersihkan semua dosanya dengan berendam dalam kolam Machhenarayan.
Bulan hilang (Kṣaya Māsa)
Jika matahari memasuki dua rāśi di dalam satu bulan qamari, maka bulan itu perlu dinamai berasaskan kedua-dua peralihan itu, dan memakai imbuhan kṣaya atau "kehilangan". Dianggap wujudnya "kehilangan" kerana dalam hal ini, cuma ada satu bulan yang dilabelkan oleh kedua-dua peralihan. Jika matahari hanya memasuki satu rāśi dalam satu bulan qamari seperti biasa, maka perlunya dua bulan berasingan yang dinamai oleh dua peralihan tersebut.
Contohnya, jika matahari memasuki Meṣa dan Vṛṣabha dalam satu bulan qamari, maka ia dipanggil Caitra-Vaiśākha kṣaya-māsa. Tiadanya bulan-bulan berasingan yang bernama Caitra dan Vaiśākha.
Kṣaya Māsa amat jarang berlaku. Kali terakhir berlaku pada tahun 1983, apabila 15 Januari hingga 12 Februari dipanggil Pauṣa-Māgha kṣaya-māsa. Bulan mulai 13 Februari dipanggil (Adhika) Phālguna.
Setahun takwim qamari
Hari tahun baru merupakan hari pertama Śukla-Pakṣa dalam Caitra. Jika terdapat bulan adhika atau kṣaya dekat Caitra, maka hukum-hukum yang berikut digunakan:
- Jika adhika Caitra disusuli nija Caitra, maka tahun baru bermula di nija Caitra.
- Jika adhika Chaitra disusuli Chaitra-Vaishākha kshaya, maka tahun baru bermula di adhika Caitra.
- Jika Caitra-Vaiśākha Kṣaya wujud tanpa didahului adhika Chaitra, maka ia memulakan tahun baru.
- Jika Caitra-Phālguna Kṣaya wujud, maka ia memulakan tahun baru.
Kepadanan kalendar qamari dengan kalendar suria
Takwim qamari-suria merupakan takwim yang berasaskan pergerakan samawi bulan yang sentiasa merapati takwim suria yang berasaskan pergerakan samawi matahari. Oleh itu, tahun baru dalam takwim qamari-suria sentiasa dirapatkan dengan tahun baru takwim suria (dalam had tertentu).
Oleh sebab nama-nama bulan qamari Hindu berdasarkan peralihan Matahari, maka bulan Caitra sentiasa rapat dengan bulan suria Meṣa (Aries), dan takwim qamari-suria Hindu sentiasa merapatkan diri dengan takwim suria Hindu.
Takwim suria Hindu pula bermula pada 14–15 April setiap tahun, menandakan "kemasukan" Matahari ke dalam bintang Meṣa dan disambut sebagai Tahun Baru di Assam, Bengal, Orissa, Manipur, Kerala, Punjab, Tamil Nadu dan Tripura. Tahun baru suria ini turut disambut pada hari yang sama di Myanmar, Kemboja, Laos, Nepal dan Thailand disebabkan oleh pengaruh Tamil di negara-negara berkenaan.
Bilangan tahun
Epok (titik permulaan atau hari pertama tahun kesifar) pada era semasa kalendar Hindu (suria dan qamari) ialah 18 Februari 3102 SM dalam kalendar Julius prolepsis atau 23 Januari 3102 SM dalam kalendar Gregory prolepsis. Menurut Purāṇa, inilah saat Śrī Kṛṣṇa kembali ke kediaman abadinya.[9][10] Kedua-dua kalendar suria dan qamari bermula pada hari ini. Selepas itu, setiap tahun dilabelkan sempena bilangan tahun yang lalu semenjak epok itu.
Nama tahun
Selain sistem bilangan tahun tadi, juga terdapat kitaran 60 nama tahun atau samvatsara yang bermula pada tahun pertama (sifar tahun berlalu) dan berterusan sejak itu:
|
|
|
Sistem ini turut meneruskan konsep tahun lompat. Setiap tahun keempat mempunyai 366 hari, sementara yang lain cuma 365 hari. Titik permulaannya ialah Meṣadi, (1 hari bulan Meṣa).
Era
Menurut kepercayaan Hindu, kehidupan bumi terdiri daripada empat era atau zaman (yuga), iaitu:
Lihat juga
Rujukan
- ^ Time Measurement and Calendar Construction. Brill Archive. Dicapai pada 2011-09-18.
- ^ Defouw, Hart (2003). Light on Life: An Introduction to the Astrology of India. Lotus Press. m/s. 186. ISBN 0-940985-69-1. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Chatterjee, S.K. (1998). Indian Calendric System. Publications Division, Ministry of Information and Broadcasting, Government of India.
- ^
Chia Daphne and Helmer Aslaksen (2001). "Indian Calendars: Comparing the Surya Siddhanta and the Astronomical Ephemeris" (PDF). Dicapai pada 2004-04-04. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Basham, A.L. (1954). The Wonder that was India. Macmillan (Rupa and Co, Calcutta, reprint),.CS1 maint: extra punctuation (link), Appendix II: Astronomy
- ^ Notable Horoscopes - Bangalore Venkat Raman - Google Books. Books.google.co.in. Dicapai pada 2012-08-13.
- ^ Sarma (2008), Astronomy in India
- ^ a b c d e f g h i j Charak, Dr. K.S. (1996). Essentials of Medical Astrology, Uma Publications, pp.5–6.
- ^ Bhāgavata Purāṇa 12.2.29-33
- ^ Yano, Michio, "Calendar, astrology and astronomy" in Flood, Gavin (Ed) (2003). Blackwell companion to Hinduism. Blackwell Publishing. ISBN 0-631-21535-2.CS1 maint: extra text: authors list (link) CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
- Complete Hindu Calendar Information With Tithi, Vaar,Yog, Nakshatra and Zodiac (Inggeris)
- Hindu Calendar with most festivals from 1583 to 2582 C.E. (Inggeris)
Templat:Hindu calendar Templat:Nepali calendar Templat:Calendars
|