
Jurutera tempur, juga dikenali sebagai askar jurutera (pioneer) atau sapper (SAPPER adalah gelaran umum kepada semua pegawai dan anggota jurutera. Gelaran SAPPER juga adalah merujuk kepangkatan seseorang anggota jurutera yang bersamaan dengan prebet, trooper dan signaller), ialah sejenis anggota tentera yang menjalankan tugas kejuruteraan ketenteraan untuk menyokong operasi tempur pasukan darat. Jurutera tempur melaksanakan pelbagai penugasan kejuruteraan tentera, termasuk peperangan terowong dan peperangan periuk api, serta tugasan pembinaan dan pemusnahan di dalam dan luar zon pertempuran.[1][2]
Askar jurutera membantu pergerakan pasukan sahabat sambil menghalang pergerakan musuh. Mereka juga memastikan daya tahan pasukan sahabat dengan membina kedudukan bertahan, perkubuan dan jalan raya. Mereka menjalankan misi pemusnahan dan membersihkan medan periuk api secara manual atau menggunakan kenderaan khas. Misi biasa jurutera tempur termasuk pembinaan dan penembusan parit, perangkap kereta kebal dan halangan serta kubu pertahanan; pemasangan halangan dan pembinaan bunker; pembersihan dan peninjauan laluan; pembinaan atau pemusnahan jambatan dan jalan; pemasangan dan pembersihan periuk api darat; serta penerobosan bersama unit tempur lain. Lazimnya, jurutera tempur juga dilatih dalam taktik infantri dan, apabila diperlukan, bertugas sebagai infantri sementara.[3][4][5][6][7][8]
Lihat juga
- Rejimen Askar Jurutera Diraja (Malaysia)
- Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja (Malaysia)
- Kejuruteraan ketenteraan
Rujukan
- ^ "Corps of Royal Engineers". www.army.mod.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-13.
- ^ "Combat Engineer".
- ^ "ADP 1 - The Army" (PDF). Army Publishing Directorate. Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-10-26.
- ^ "Engineer Operations". Field Manual 3-34 (PDF). US Army. m/s. 1–10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-09-10 – melalui usacac.army.mil.
- ^ Cain, Francis M. III (2014). 1111th Engineer Group in the Bulge: The Role of Engineers As Infantry in Airland Battle. Lucknow Books. m/s. 31. ISBN 978-1-78289-599-2.
- ^ "Operations". U.S. Field Manual 100-5 (PDF). m/s. 2–24. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21.
- ^ Pike, John. "Chapter 7: Engineers in Close Combat". FM 5-71-2 – melalui globalsecurity.org.
- ^ "U.S. Army Training and Evaluation Program 5-437-10-MTP, Engineer Platoon, Engineer Company, Engineer Combat Battalion, Corps" (PDF). m/s. 1–12. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-12-22 – melalui ACLU.org.








