(Dilencongkan daripada Jun 2)
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
2 Jun merupakan hari ke-153 (hari ke-154 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 212 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan :
- Hari Republik di Itali (1946).
- Hari Gawai di Malaysia (2019)
Peristiwa
- 455 - Puak Vandal dengan diketuai Raja Gaiseric menjarah Rom (gambar).
- 1098 - Perang Salib Pertama: Pengepungan Antioch pertama berakhir apabila angkatan Salibi berjaya menawan bandar itu.
- 1800 - Pemvaksinan cacar pertama diberikan di Amerika Syarikat.
- 1852 - Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim bersama-sama dengan pengikutnya seramai 30 orang datang bermalam dan memancing di Rumah api Horsburgh yang terletak di atas Pulau Batu Puteh, dalam wilayah Kesultanan Johor.
- 1865 - Angkatan tentera di bawah Jeneral Edmund Kirby Smith menjadi angkatan Negeri-Negeri Gabungan Amerika yang terakhir untuk menyerah kalah dalam Perang Saudara Amerika.
- 1886 - Grover Cleveland menjadi satu-satunya Presiden A.S. yang berkahwin di Rumah Putih apabila beliau mengahwini Frances Folsom.
- 1924 - Presiden Amerika Syarikat Calvin Coolidge menandatangani Akta Kewarganegaraan Indian 1924, memberikan kewarganegaraan kepada semua penduduk Pribumi Amerika yang lahir di Amerika Syarikat.
- 1946 - Kelahiran Republik Itali (gambar bendera): Itali menjadi sebuah republik dan membubarkan pemerintahan beraja, menggulingkan Raja Umberto II.
- 1953 - Kemahkotaan Ratu Elizabeth II dari United Kingdom menjadi kemahkotaan United Kingdom pertama yang disiarkan di televisyen.
- 2003 - Misi planet pertama Agensi Angkasa Eropah, kuar angkasa lepas Mars Express, dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.
- 2009 - Mauricio Funes dilantik sebagai Presiden El Salvador.
- 2009 - Bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (gambar) di Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia runtuh.
- 2010 - Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama meletak jawatan, menjadi orang keempat menarik diri sejak 2006.
- 2013 - Rami Hamdallah dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin, menggantikan Salam Fayyad.
Kelahiran
- 1948 - Chong Kah Kiat, Ketua Menteri Sabah ke-13