(Dilencongkan daripada Jun 17)
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
17 Jun merupakan hari ke-168 (hari ke-169 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 197 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga kerupakan Hari Kemerdekaan di Iceland (1944).
Peristiwa
- 1462 - Vlad III gagal untuk membunuh Sultan Muhammad al-Fatih (Serangan Malam di Târgovişte) sekali gus memaksanya untuk berundur ke Wallachia.
- 1631 - Mumtaz Mahal meninggal ketika bersalin, membibitkan idea untuk suaminya Maharaja Mughal Shah Jahan membina sebuah makam yang kini dikenali sebagai Taj Mahal.
- 1650 - Undang-undang Kedah mula dituliskan atas titah perintah Sultan Kedah.
- 1775 - Perang Revolusi Amerika: Angkatan tentera British menawan Bukit Bunker di luar Boston, Massachusetts.
- 1789 - Revolusi Perancis: Para wakil Darjat Ketiga Perancis membuka sidang Perhimpunan Kebangsaan pertama.
- 1940 - Perang Dunia Kedua: Negara-negara Baltik Estonia, Latvia dan Lithuania dijajah oleh Kesatuan Soviet.
- 1953 - Di Berlin, tentera Soviet dan Volkspolizei menggunakan kekerasan bagi menumpaskan pemberontakan menentang kerajaan Jerman Timur.
- 1972 - Skandal Watergate: Lima lelaki ditangkap mencuri dari pejabat Jawatankuasa Nasional Demokrat di Kompleks Watergate (gambar) di Washington, D.C.
- 1985 – Di atas Space Shuttle Discovery, Sultan bin Salman al-Saud menjadi angkasawan Arab, Muslim dan kerabat diraja pertama terbang ke angkasa lepas.
- 1994 - O. J. Simpson dikesan dan ditangkap kerana disyaki membunuh isterinya Nicole Brown Simpson serta Ronald Goldman.
- 2009 - Sekurang-kurangya 28 orang terbunuh dalam rusuhan membantah keputusan pilihan raya Presiden Iran 2009.
- 2011 - Sebagai tindak balas bantahan berterusan di Maghribi, Raja Mohammed VI mengumumkan cadangan pembaharuan perlembagaan untuk diundi dalam satu pungutan suara.
- 2012 - Parti Demokrasi Baru mendapat kemajmukan sekali lagi dalam pilihan raya perundangan Greece.
- 2013 - Perdana Menteri Czech Petr Nečas meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan korupsi.
Kelahiran
Kematian
- 2019 - Mohammed Mursi, seorang mantan Presiden Mesir ke-5.