| Jenis/bentuk sah | Awam |
|---|---|
| Industri | |
| Genre | |
| Ditubuhkan | 19 Ogos 1997 |
| Pengasas |
|
| Ibu pejabat | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia[1] |
| Tokoh penting | Tengku Iesta Tengku Alaudin (CEO) |
| Keluaran | |
| Perkhidmatan | |
| Pembahagian |
|
| Anak syarikat |
|
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Juita Viden Media Entertainment Sdn. Bhd. (berdaftar sebagai Juita Viden Media Sdn. Bhd.) ialah sebuah syarikat pengedaran kandungan televisyen dan filem yang terbesar di Malaysia.
Pengenalan Syarikat
Ia ditubuhkan pada tahun 14 Jun 1983 oleh Datuk Francis Foo Ah Kow dan Leng Lai yang menggunakan RM2 sebagai modal syarikat untuk mencapai kejayaan dia. Selepas 22 tahun, Datuk Francis Foo Ah Kow dan Leng Lai berjaya menjadikan Juita Viden sebagai antara pembekal kandungan televisyen yang terbesar di negara Malaysia. Juita Viden kini beroperasi di Phileo Damansara, Petaling Jaya, Selangor, bersama beberapa buah anak syarikat yang menerbitkan kandungan televisyen edarannya.
Perkhidmatan
Juita Viden merupakan salah sebuah pengedar kandungan televisyen tempatan dan luar negara yang terbesar di Malaysia, menawarkan pelbagai genre rancangan seperti drama, komedi, filem, format permainan dan realiti, dan animasi. Perkhidmatan edaran Juita Viden tidak terhad di Malaysia, malah meliputi kebanyakan negara di Asia. Juita Viden telah membawa siri TV Amerika Syarikat seperti The X-Files, 24 dan Prison Break ke kaca TV Malaysia, serta membantu menerbitkan rancangan televisyen realiti tempatan Akademi Fantasia dan Fear Factor Malaysia dari format-format luar negara.
Bahagian Licensing & Merchandising berfungsi melesenkan perdagangan barangan cenderamata dan promosi acara istimewa dari rancangan-rancangan televisyen edaran Juita Viden.
Anak Syarikat
Juita Viden
Juita Viden Sdn. Bhd. (berdaftar sebagai Juita Viden Studios Sdn. Bhd.), ialah sebuah syarikat penerbitan & pengedaran yang milik penuh oleh Juita Viden, menawarkan pelbagai genre rancangan tempatan Malaysia yang berbahasa Melayu seperti drama, komedi, format permainan dan realiti kepada syarikat Televisyen Malaysia dan juga syarikat Televisyen negara Asia yang lain. Ia juga ditugaskan untuk menguruskan artis-artis berbangsa melayu dan india yang terkenal yang dimiliki oleh Juita Viden.
Juita Viden Media Services
Ia adalah sebuah syarikat yang membantu penyiar televisyen tempatan Malaysia, dan juga saluran serantau Nickelodeon dan MTV Asia, menjual ruang iklan bagi slot waktu penyiaran bahan-bahan edaran Juita Viden.[2]
Juita Entertainment
Juita Entertainment Sdn. Bhd. (berdaftar sebagai Juita Viden Distribution Sdn. Bhd.), ia adalah sebuah syarikat penerbitan & pengedaran yang menawarkan drama dan filem berbahasa Cina yang terbaru di Malaysia. Ia juga ditugaskan untuk menguruskan artis-artis berbangsa cina yang terkenal yang dimiliki oleh Juita Viden.
Skywalker TV Facility House
Ia adalah sebuah syarikat pernebitan iklan dan animasi di Malaysia.
Lain-Lain
Juita Viden bersama Berjaya Group Berhad menjalankan perniagaan jualan video (VCD atau DVD) dengan label HVN Entertainment Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Berjaya HVN Sdn Bhd, dan berdaftar HVN Distribution Sdn. Bhd.).









