Dalam bidang linguistik, diperhatikan ada bahasa yang ditata meletakkan kata nama dalam jenis (bahasa Latin: genus, bahasa Inggeris: gender) yang khusus berdasarkan suatu sifat lahiriah yang difikirkan; ia selalunya tidak berkaitan dengan sifat dunia sebenar benda atau gagasan yang ditandakan oleh kata nama tersebut,[1] tetapi ia adakala dipengaruhi sifat kata-kata lain ungkapan berkaitan sifat perlambangan kata nama ini.[2][3][4] Aspek lain bahasa seperti kata sifat, kata sandang, kata ganti dan kata kerja diaturkan berjalan sepadan (yakni ditasrifkan) dengan kelompokan kata nama yang sedia ada. Biasanya sesuatu bahasa mempunyai dua hingga tiga pengelompokkan sebegini.
Sistem tersebut dipakai dalam sekitar seperempat bahasa di dunia termasuk bahasa-bahasa Samiah (termasuk bahasa Arab dan bahasa Ibrani) dan bahasa-bahasa Romawi (termasuk bahasa Perancis, bahasa Sepanyol dan bahasa Itali).

Contoh
Bahasa Arab
Sesepatah kata nama diberikan "jenis kalimat"-nya (Arab: جِنْس الكَلِمَة, rumi: jins al-kalimah) kepada jenis "muzakkar" (مُذَکَّرْ mudzakkar daripada ذَکَّرَ dzakkara "menjadikan maskulin [lelaki]"[5]) atau "muanas" (مُؤَنَّث mu'annath daripada أَنَّثَ annatha "dijadikan perempuan"[6]). Kata yang jenis muanas mempunyai hujung ta marbutah (ة; sebutan [t] terubah kepada [h] selepas sebut mati) kecuali kata nama khas tertentu seperti nama orang (contohnya: {{lang|ar|أسامة `Usāmah) atau gelaran (contoh: خليفة khalīfah).
Bahasa Itali
Kata nama "lelaki" (maschile) yang mufrad berhujung -o manakala bentuk jamaknya berhujung -i:
ragazzo "anak lelaki", ragazzi "anak-anak lelaki"
Kata nama "perempuan" (femminile) yang mufrad berhujung -a manakala bentuk jamaknya berhujung -e:
ragazza "anak perempuan", ragazze "anak-anak perempuan"
Bahasa Sanskrit
Bahasa Sanskrit menandakan jenis katanya dengan hujung bertulis -ā आ yang maskulin dan -ī ई yang feminin":[7]
सहोदर sahodarā "saudara" सहोदरी sahodarī "saudari"[8]
Akhiran -ā dan -ī turut dimanfaatkan dalam penyerapan kosa kata Sanskrit ke dalam bahasa Melayu sebagai pembeza makna antara dua kata kembar sewarisan induk Sanskrit asal yang bertindih seberapa makna - misalnya अर्थ artha "kekayaan, tujuan" tidak sahaja menjadi asal kata harta malah dijantinakan lanjut menjadi kata terbit अर्थी arthi yang diserap menjadi erti.[8]
Rujukan
- ^ Terdapat beberapa pandangan berbeza sama ada pluralia tantum mempunyai kategori genus jika sesuatu bahasa itu tidak membezakan genus pada keadaan jamak:
- Wilfried Kürschner (Grammatisches Kompendium, edisi ke-6, 2008, m/s. 121) contohnya menerangkan yang pluralia tantum pada bahasa Jerman tidak mempunyai genus.
- The Duden (Duden Grammatik, 8. edition, p. 152f.) contohnya menyatakan bahawa kesemua pluralia tantum bahasa Jerman mempunyai genus tetapi tidak boleh ditentukan.
- ^ Hockett, Charles (1958). A course in modern linguistics (PDF). Macmillan Publishers. m/s. 231.
- ^ Corbett 1991, m/s. 4.
- ^ Jackson, Steven B. "Masculine or Feminine? (And Why It Matters)". Psychology Today. Dicapai pada 2 July 2015.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 150. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005), m/s. 16
- ^ Jamison, Stephanie (2008). Woodard, Roger D. (penyunting). The Ancient Languages of Asia and the Americas. Cambridge University Press. m/s. 16–17. ISBN 978-0-521-68494-1.
- ^ a b Hoogervorst, Tom (2017). ‘Lexical influence from North India to Maritime Southeast Asia: Some new directions’. Man in India. 97 (1): 302-6.








