Jendela Hati merupakan sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2024 arahan MP Roslin Md Sharif terbitan Global Film Station Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Anna Jobling, MK K-Clique dan Hanna Aqeela. Drama ini memulakan tayangan perdana di Viu pada 15 Februari hingga 16 Mac 2024. Drama ini juga ditayangkan di Mediacorp Suria dan Sensasi pada tahun 2025.
| Jendela Hati | |
|---|---|
| Genre | |
Berdasarkan daripada | Jendela Hati karya Aisya Sofea |
| Ditulis oleh | Intan Zarina Mohd Yasin |
| Pengarah | MP Roslin Md Sharif |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Demi Cinta" - Nastia |
| Lagu penutup | "Demi Cinta" - Nastia |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 15 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Dato Zaiton Muhd Jiwa |
| Penerbit |
|
Syarikat penerbitan | Global Film Station Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
Tayangan ulang di | Mediacorp Suria 4 — 24 Mac 2025 |
| Siaran asal | 15 Februari 2024 – 16 Mac 2024 |
Sinopsis
Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.
Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.
Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.
Pelakon
Pelakon utama
- Anna Jobling sebagai Farah / Sarah
- MK K-Clique sebagai Lukman Hafizi
- Hanna Aqeela sebagai Myra
Pelakon pembantu
- Shah Rezza sebagai Dato Lutfi
- Wilma Muhammad sebagai Mak Engku
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Zahela
- Azhar Amir sebagai Marzuki
- Safwan Nazri sebagai Nazim
- Qistina Khaled sebagai Liza
- RJ Jelmy sebagai Johan
- Nick Naim sebagai Zulkarnain
- Syahir Shafein sebagai Budi
- Syamim Farid sebagai Haryati
- Yusra Akma sebagai Zarin
Siaran antarabangsa
| Negara | Rangkaian TV | Tarikh tayangan |
|---|---|---|
| MediaCorp Suria | Mac 2025 |








