Basel Committee on Banking Supervision (en) ![]() | |
![]() | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | BCBS ![]() |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan ![]() |
Bidang | Bank regulation ![]() |
Anggota bagi | Rangkaian untuk Menghijaukan Sistem Kewangan ![]() |
Tapak web | www![]() |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 1974 ![]() |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Basel ![]() |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Jawatankuasa Basel Mengenai Penyeliaan Perbankan (BCBS) ialah suatu jawatankuasa penyeliaan perbankan yang ditubuhkan oleh gabenor-gabenor bank pusat bagi negara Kumpulan Sepuluh (G10) pada tahun 1974. Jawatankuasa ini telah memperluaskan keanggotannya pada tahun 2009 dan sekali lagi pada tahun 2014. Sehingga tahun 2019, BCBS mempunyai 45 anggota daripada 28 bidang kuasa, yang terdiri daripada bank-bank opusat dan pihak-pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap pengawalseliaan perbankan.[1]
Gambaran keseluruhan
Jawatankuasa Basel Mengenai Penyeliaan Perbankan menyediakan forum untuk kerjasama tetap mengenai hal-hal penyeliaan perbankan. Objektifnya adalah untuk meningkatkan pemahaman tentang isu-isu penyeliaan utama dan meningkatkan mutu penyeliaan perbankan di seluruh dunia. Jawatankuasa ini merangka garis panduan dan piawaian dalam bidang yang berbeza – antara yang lebih dikenali di antaranya ialah piawaian antarabangsa mengenai kecukupan modal, Prinsip Teras bagi Penyeliaan Perbankan Berkesan dan Konkordat mengenai penyeliaan perbankan rentas sempadan.[2] Urus setia jawatankuasa itu terletak di Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa (BIS) di Basel, Switzerland. BIS menjadi tuan rumah dan menyokong beberapa institusi antarabangsa yang terlibat dalam penetapan piawaian dan kestabilan kewangan, salah satunya ialah BCBS. Namun seperti jawatankuasa lain, BCBS mempunyai pengaturan tadbir urus sendiri, garis pelaporan dan agenda, yang dipandu oleh gabenor-gabenor bank pusat negara G10.[3]
Keseduniaan dalam pasaran perbankan dan kewangan tidak diiringi oleh peraturan sejagat. Para pengawal selia negara kekal sebagai pelaku terpenting dalam amalan perbankan. Mereka mempunyai masalah kapasiti dan masalah maklumat.[4] Oleh itu, tujuan BCBS adalah untuk menggalakkan penumpuan ke arah pendekatan dan piawaian yang sama. BCBS juga tidak mengeluarkan peraturan yang mengikat; sebaliknya, ia berfungsi sebagai forum tidak rasmi di mana penyelesaian dasar dan piawaian dikembangkan.[5]
Rujukan
- ^ "Basel Committee membership" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2019. Dicapai pada 26 Mei 2019.
- ^ "About the Basel Committee". bis.org (dalam bahasa Inggeris). 28 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2018. Dicapai pada 30 Ogos 2011.
- ^ "About committees and associations", bis.org (dalam bahasa Inggeris), 4 Ogos 2005
- ^ Braithwaite, John. (2000). Global business regulation (dalam bahasa Inggeris). Drahos, Peter, 1955-. Cambridge [England]: Cambridge University Press. ISBN 0521780330. OCLC 43719184.
- ^ Kerwer, Dieter (2005), "Rules that Many Use: Standards and Global Regulation", Governance (dalam bahasa Inggeris), 18 (4): 611–632, doi:10.1111/j.1468-0491.2005.00294.x