![]()  | |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Javier Ignacio Aquino Carmona[1] | ||
| Tarikh lahir | 11 Februari 1990 | ||
| Tempat lahir | Oaxaca de Juárez, Mexico | ||
| Ketinggian | 1.67 m (5 ka 5 11⁄16 in) | ||
| Posisi permainan | Sayap | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini  | Rayo Vallecano (pinjaman dari Villarreal) | ||
| Nombor | 16 | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | 
| 2010–2013 | Cruz Azul | 78 | (7) | 
| 2013– | Villarreal | 44 | (1) | 
| 2014– | → Rayo Vallecano (pinjaman) | 7 | (0) | 
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2011–2012 | Mexico B23 | 31 | (2) | 
| 2011– | Mexico | 26 | (0) | 
| 
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 November 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Oktober 2014  | |||
Javier Ignacio Aquino Carmona (Sebutan Sepanyol: [xaˈβjeɾ aˈkino]; lahir 11 Februari 1990) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk kelab Sepanyol, Rayo Vallecano secara pinjaman dari kelab Villarreal CF. Beliau bermain di posisi sayap.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Cruz Azul
[sunting | sunting sumber]Pada 23 Julai 2010, Aquino membuat debut untuk Cruz Azul ketika kejohanan Apertura 2010 menentang Estudiantes Tecos, pasukannya menang 3-0. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 24 Oktober 2010 ketika hari ke-13 musim Apertura 2010 menentang Morelia, seri 1–1. Beliau kemudian menghabiskan masanya selama dua tahun di Cruz Azul, dengan 90 penampilan dan menjaringkan tujuh gol secara jumlahnya.
Villarreal
[sunting | sunting sumber]Pada 28 Januari 2013, Aquino dilaporkan telah berpindah ke kelab Villareal CF di Sepanyol. Beliau membuat penampilan pertama untuk Villareal ketika menggantikan Moi Gómez pada minit ke-67 menentang Hércules CF, seri 1-1.[2]
Rayo Vallecano (pinjaman)
[sunting | sunting sumber]Pada 25 Ogos 2014, Villarreal mengumumkan bahawa Aquino telah dipijam oleh Rayo Vallecano untuk musim 2014–15.[3] Beliau membuat debut untuk pasukannya menentang Atlético Madrid pada 25 Ogos, pasukannya seri 0–0.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Mexico pada 4 Julai 2011 menentang Chile dalam saingan Copa América 2011. Beliau kemudian bermain perlawanan peringkat kumpulan seterusnya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ name="ESPN FC">"Javier Aquino Carmona Bio, Stats, News – Football / Soccer – – ESPN FC".[pautan mati kekal]
 - ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-13. Dicapai pada 2021-08-24.
 - ^ "Aquino agrees loan move to Rayo Vallecano". Goal.com. Dicapai pada 5 August 2014.
 









